Rasyidasheresimpleblog
Cari Blog Ini
8 hadiah untuk mak tersayang
Buang navigation bar
1. Klik Dashboard - Design - Edit HTML
2. Tekan Ctrl+F serentak untuk cari kod ini :
/* Variable definitions
3. Paste kod yg sy bagi tu dan letak sebelum /* Variable definitions
#navbar-iframe {display: none !important;}
4. Preview dulu then save. Selamat mencuba.
Servis Menaip_Typing Services
Hai Assalammualaikum.
Aq ada buat servis menaip dokumen. Dokumen tu dalam format png(image), wmp(video), pdf atau sebagainya dan tukar kepada word atau excel.
Boleh contact aq dekat email rasyidahshere@gmail.com
👉🏻Perlu membuat tugasan menaip?
👉🏻Atau menyalin tugasan?
👉🏻Tapi tiada masa nak sediakan dokumen?
👩🏼💻Saya menawarkan perkhidmatan menaip dokumen kepada anda
✅ Harga RM2/page
✅ Bahan untuk ditaip boleh dihantar melalui e-mel
✅ Jenis font mengikut permintaan anda
✅ Menerima bahasa Arab, Inggeris dan Melayu.
🌷Jangan risau, maklumat anda akan disimpan dengan selamat🌷
________________________________________________________
👉🏻Need to do a typing assignment?
👉🏻Copywritten assignments?
👉🏻But you don't have time to prepare the documents?
👩🏼💻I offer you a document typing service
✅ Price RM2/page
✅ Material to be typed can be sent via email
✅ Font type according to your request
✅ Accept in Arabic, English, and Malay language
🌷Don’t worry, your data will be private and confidential🌷
Isu kucing mati
Salam💖
Harini nak cerita pasal kucing. Aq bukanlah seorang pecinta kucing tapi aq pun tahu kucing pon ada perasaan dan aq pon ada rasa prihatin dengan mana-mana kucing yang aq jumpa. Just nak ingatkan, walaupun kita tak suka sungguh dengan kucing-kucing tu, janganlah kita aniaya dia. Kita kena ingat mereka pun makhluk Allah. Sekali kita berbuat jahat kepada mereka, sekejap saja kita dapat hukuman cepat atau lambat. Kadang aq scroll facebook atau instagram, tengok posting video banyak yang menyedihkan aq. Secara tak lansung, menitis air mata juga. Ada aq tengok buang hidup-hidup dalam plastik sampah hitam then ikat dan campak di sungai atau longkang. Next, video lain orang bubuh racun dalam makanan, pukul and potong kaki kucing, sumbat ibu kucing yang bunting dalam dryer dobi (pernah viral kes ini satu ketika dulu). Jadi, kita sebagai manusia prihatinlah dengan makhluk sekitar kita haiwan ke tumbuh-tumbuhan ke ikutlah.
Last words, SAYANGI HAIWAN, JANGAN ANIAYA MEREKA!😺
Cara bayar bil telefon,bil air, bil api dan top up(prepaid) dari Tngo e-wallet_by rasyidahshere
Assalammualaikum, jom syidah tunjuk cara nak bayar bil dan top up dari tngo.
Pastikan topup dulu duit ke tngo e wallet. Pergi je kt 7e cakap 'kak, saya nak beli no pin tngo ewllet'... nanti dia baginlah no pin. No pin tu masukkan dalam apps tngo ye. Cara lain,boleh online transfer sahaja dari bank ke apps tngo. Guna 'Do it now transfer'.
1. Buka apps tngo
MEMOIR SEORANG GURU_coretan aku
Hai Assalammualaikum. Terkejut bukan? Sebab aku sudah lama tidak membuat entri sejak Januari lalu. Aku tak dapat tidur malam ini dan rasa nak menaip sampai aku pejamkan mataku dengan rapat. Hahaha. Okey tiba-tiba dapat satu idea nak buat pasal ini. Memandangkan esok kelas aku bermula pada pukul 10 pagi, maka aku merasakan boleh bersengkang mata pada malam buta ini ya.
Kali pertama aku menonton cerita ini, apa yang aku boleh katakan jalan cerita dia sangat istimewa, tidak 'cliche' seperti cerita-cerita yang biasa kita dengari. Sungguh bermakna cerita ini diselangi pula dengan bait-bait dan makna yang tersurat dan tersirat. Aku sungguh meminati watak Cikgu Sunan yang dilakonkan oleh pelakon tersohor kita tidak lain tidak bukan Datuk Rosyam Nor. Aku suka kata-kata yang diungkapkan oleh beliau dalam cerita ini. Masih terngiang-ngiang dalam benakku. "Jadi cikgu untuk Mendidik bukan untuk Mengajar".
Aku faham maksud beliau sebenarnya, bila mengajar budak ini bukan niat kita untuk nak dapat gaji semata. Tapi sebenarnya,kita didik mereka supaya dia boleh jadi orang berguna satu hari nanti dan bukan alasan gaji semata.
Aku pernah kerja kafa sekejap sebagai ustazah kelas darjah 1. Ikutkan hati memang nak marah sebab dengan karenah masing-masing. Kuncinya SABAR sahajalah. INSYA Allah kemanisan akan mengejar kita. Aku macam dapat rasa apa yang Cikgu Sunan rasa walaupun aku bekerja selama 3 bulan sahaja. Pernah suatu masa subjek tertentu ini, aku minta anak muridku untuk menyelak halaman yang dimintaku. Namun, aku jadi keliru dengan pengertiannya lalu tergendala seketika untuk aku mengajar mereka pada waktu itu. Aku cuba untuk memahami supaya aku dapat menerangkan kepada mereka agar mudah untuk aku menjelaskan keoada mereka. Dalam waktu itu, seorang budak berseloroh kepadaku, "mengapa aku tidak fahamkan dahulu sebelum aku masuk kelas mengajar mereka"🙂..Budak sekecil ini boleh berkata sedemikian kepada guru. Aku tidak mengambil hati. Aku cuma kecewa dengan diri aku. Aku tidak pandai mengawal. Tiada skill mungkin. Aku hanya terdiam.
Jika kita lihat dari sudut cerita Cikgu Sunan, kita boleh lihat jawapan yang diberikan oleh Alias kepada cikgunya mengenai dia memujuk beruknya, mencari beruknya yang lari dan macam-macam lagi..agak tidak masuk akal dengan soalan mengapa datang lambat ke sekolah. Hatta, Cikgu Sunan sendiri memberi arahan satu kelas untuk menyebut perkataan 'Beruk' sebanyak 3 kali pun mereka tidak tahu dan reti untuk beza bahawa itu adalah suatu ejekan atau doa😅 betapa marahnya cikgu dengan jawapan anak muridnya itu. Namun dari situ juga kita faham, nak tak nak itulah budak..itulah tabiat mereka. Apabila mereka tidak tahu, maka kita ajarlah mereka agar mereka akan tahu kelak.
By the way, tengok 3 kali cerita itu masih aku menitiskan air mata. Haih, tak boleh aku tengok sedih cikgu Sunan dengan rasa serba salahnya kepada murid yang ditamparnya (Alias). Oh baru ku teringat. Aku sungguh meminati lagu yang dinyanyikan Firdaus Rahmat yang bertajuk Kasih. Sungguh menusuk kalbu. Sekali dengar, menitis juga air mata ini. Hatiku ibarat tisu sekarang. Sekian sahaja coretan hati dari saya. Yang jadi cikgu..semoga anda sabar dan tabah dan apa ilmu yang anda curahkan kepada mereka sebenarnya adalah kunci pahala dan syurga buatmu.
Aku baca buku novel
Assalamualaikum geng..
Aku agak terkejut aku rajin baca buku ke erk hahaha..Sebab dalam masa 3 hari aq boleh baca 1 buku novel yang tebal bertajuk Sayang yang tak Terungkap.. Aq cam kurenglah bab cintan cintun ni tapi serius buku ni die 10% cintan cintun tapi 90% kisah lelaki suka sama lelaki & perempuan suka sama perempuan. Memandangkan zaman kita ni moden sampai wujudnya penyakit lg**kn. Dia buatkan kita takut pulak nak ke arah tu.. Novel ni ada jugak selitkan islamik dan cara macamana diorang cure benda tu. Best. Aq rasa budak tak sesuai kot baca sebab takut diorang belum cukup faham lagi mengenai ni. Kalau ada masa terutama yang rajin membaca lah,boleh la beli ye..HAHAH kat popular konfem ada.
eh kejap ce baca sini!🤓
8 hadiah untuk mak tersayang
Hai Assalammualaikum semua. Tiba-tiba sahaja terlintas dalam fikiran aq untuk bagitahu korang the best ever gift untuk wanita yang kita saya...
-
Hai assalamualaikum,buat apa tu?aq harap sesiapa yg baca entri ni sihat-sihat semua ye. Percaya ke tak nak percaya,umur aq 20 tahun baru bua...
-
المفعول فيه 👈اسم منصوب (يذكر لبيان زمان الفعل أو مكانه) Mafulun fih ni adalah Isim Mansub(sentiasa baris atas la maknanya) Ia juga bagi men...
-
TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB POKOK ANGIN YANG GONCANG TANYA SAMA LANGIT APA SEBAB HUJAN NANTI JAWAB LANGIT TANYA...