Ahad, 12 Disember 2021

Tutorial buat header blog guna CANVA-FREE OF CHARGE- yang penting usaha!

 



Assalammualaikum! For the beginner yang baru-baru nak buat blog tu kan..Syidah nak share buat header cantik macam Syidah buat.Tapi Syidah bukanlah org2 yang kreatif..tapi,bolehla untuk buat blog kita nampak kemas.HEHEHE. Mungkin korang yang beginner lagi hebat dari Syidah. Syidah akan tunjuk satu persatu melalui gambar dan video. Semoga bermanfaat.


1.Buka Canva. Tekan "CREATE A DESIGN" kotak purple tu.


2. Tekan "CUSTOM SIZE"



3. Taip nombor dalam kotak untuk size frame yg kita nak buat. Ia terpulang sebenarnya kpd seseorang tu nk size berapa..dan bergantung kepada ketetapan template yg kita pilih jugak tau. Macam Syidah guna, 1250 x 500 px..jangan guna CM lak..hehe.. Lepas dah masukkan nombor, tekan "CREATE NEW DESIGN"




4. Kemudian,korang editla macam ape yang korang nakkan. Caribackground atau nak taip apa..nak letak gambar ke mudah shj. Boleh tonton tutorial di bawah ni..takde iklan pon..kalau bosan lajukan hahaha.




5. Lepas dah download gambar header kite tu, Bukak blogger. Tekan LAYOUT atau dalam BM "REKA LETAK"




6. Selepas itu, Cari perkataan HEADER atau PENGEPALA. Scroll sikit ada perkataan "upload picture from your computer" dan masukkan gambar yg korang download takdi. Jangan lupa, tekan 'SHRINK TO FIT" ada kt bawah sekali yg ade button hijau. Nyalakan dia bagi hijau. Tonton video di bawah.













Khamis, 25 November 2021

GIVEAWAY BY NAZFEA SOLEHAH & ARRA SEPHIA

 

Assalammualaikum semua,jom kita join giveaway akak kembar kita ni..Hadiahnye berupa wang tunai.Jom semua join..Syarat pon mudah sahaja tau..

"Okey! Ini sahaja syarat-syaratnya. Mudah bukan. Hadiahnya berupa wang tunai RM20 bagi seorang pemenang."




Tekan sahaja gambar di atas!

Sabtu, 20 November 2021

Esaimen banyakkk!



Assalammualaikum kepada rakan2 blogger saya yang setia..Moga dimurahkan rezeki selalu semua.

Syidah nak kongsi la,pengalaman first sem blajar online. 

Ya Allah,sejujurnya excited lepas daripada Celpad..Tapi bila masuk first sem agak tough juga bagi Syidah..banyak esaimen perlu disiapkan dengan semuanya due date pon dekat2..Syidah tak thu nak hadap macamana.Selalu resah dan gelisah..macam2 perkara Syidah pikir.Kadang boleh jadi stress juga.Cabaran online di rumah sangat-sangat mencabar..dengan dugaan adik kecik..kadang2 jiran datang..nak tak nak kite kene ketepikan kerja kita dulu dan mendahulukan mereka.Kalau kerja Syidah tu urgent sesangat..maknenye Syidah terpakse terperap je dalam bilik.Nak buat macamana kan?

Actually menghadap laptop ni,kesan dia boleh membawa kita sebagai seorang ANTI-SOSIAL sebab apa?Sebab kita menghadap laptop siang malam..bercakap dengan orang pon kadang2 jarang..tu pon kalau keluar bilik nak ke tandas atau makan dan sebagainya..Kadang2 jemur kain.HAHAHHA..kadang kalau lagha sikit tengok IG,FB,YOUTUBEdan sebagainya. Oleh itu,even kita sesibuk mana,Take a Breath for a while. Tengok penciptaan Allah,macam langit,pokok atau laut..Sebab kajian mendapati,apabila kita melihat sesuatu seperti itu, Fikiran kita ini akan menjadi tenang dan menghilangkan stress yang ada sebenarnya.Selain itu,perasaan nak marah pon tak jadi.Rasa tenang je..redup je hati ni..Oh ya,jangan lupa sebut Masha Allah! Puji Allah yang merupakan Pencipta bagi semua makhluk di atas muka bumi ini.Insya Allah..


Khamis, 28 Oktober 2021

CARA CENTERKAN BLOG TITLE DAN BLOG DESCRIPTION

Assalammualaikum,saje nak share tutorial ni..Hari tu Syidah kena buat assignment yang menggunakan blog.Lepastu ada masalah untuk centerkan blog.Huhu..so Syidah letak sini..nnti bila2 masa boleh belek2..


Firstly bukak blog korang.

  1. Search Layout
  2. Tekan Theme Designer warna biru kat atas sekali tu(bucu belah kanan)
  3. Tekan Advanced
  4. Pastu tekan ank panah kecik sebelah Page text tu
  5. Cari Add CSS,pastu klik
  6. Paste link dekat bhgian ade tulis "Add custom CSS"
  7. Jangan lupa copy dulu link saya bagi kat bawah ni,okay! 
  8. Preview dulu,then kalau rasa puas hati Save!

#header-inner {text-align: center ;}














SELAMAT MENCUBA GENG!

Ahad, 22 Ogos 2021

Merdeka Giveaway by TarotTheFool

 


tekan banner ni segera! untuk syarat dan maklumat lanjut👌


Salam semua,salah seorang rakan blogger kita ni ada buat giveaway sempena Hari Kmerdekaan.Seperti kita semua tahu,hari merdeka dah nak dekat kan?Wuhuuuu bersemangat patriotik lah kita semua even stay at home.Hihihi.Syidah sebenarnya barus sahaja follow blog Tarot ni.And thank you juga kepada empunya blog sudi singgah dan jengok blog Syidah ke mari.hihi. Uoll kena join.Rugi tak join tau!Banyak hadiah yang menarik dan best👀.Mana tahu ade rezeki tak kemana.Insya Allah. 

Okay,bila ditanya apa yang Syidah nak buat sekiranya tamat PKP kan..hmm sebenarnya banyak giler nak buat!

Antaranya..raya Aidilfitri nak balik kampung.Kampung syidah kat Terengganu..fuhh kalau balik kampung ni,raya ketiga Syidah terjah sungai atau pantai.Maklumla jakun orang kata..AHAHA..Selain itu,Syidah nak merasa duduk dekat Universiti sendiri dan belajar face to face dengan lecturer dan kawan-kawan.Yerla,sejak pandemik ni,kenal member pon secara alam maya...Itu sahaja kot!Korang dah join belum GA Tarot?Acer komen kat bawah hihi

Jumaat, 20 Ogos 2021

Isi masa lapang dengan mewarna ala-ala pelukis terkenal

Assalammualaikum,kepada pembaca setia.Alhamdulillah Syukur kepada Allah SWT,kita masih diberi nafas untuk kita menjalani hidup kita.Syidah kebosanan sebenarnya tau.Bukanlah bosan tak buat apa-apa.Ada juga kerja kena buat,jemur baju,basuh baju ,jaga adik dan tengokkan PDPR adik-adik syidah.Kakak mithali sangattt! HAHAHA😜

Btw sekarang ni,sempat la bukak blog sebab mak syidah pulak yang urus..Alah bagi chance la sikit an orang kata.Ahahha.Okeyh,tanpa membuang masa pembaca kita ni..jom syidah perkenalkan. 


Tujuan syidah beli benda alah tu just sekadar hiburkan hati sahaja. Dekat Shopee je cuma di China la.Syidah SANITIZE SEGALA BARANG tu..yerla risau jugak kadang-kadang kan. 


Sampai je,Syidah terus bukak..excited giler tau!Haa..dalam kol 2 lebih tak silap siap dah..cuma yang susahnya line tepi dia tula..tapi tak apa,menguji kesabaran kita sikitla kat situ..Apepun sangat seronok buat benda tu.Dia dah siap ada nombor dah.So,kita warna ikut nombor yang diber aje. Syidah sejujurnya manalah reti warna cam gitu rupa.Bila ade guide ni,Fuhhh!bersemangat lain maciam..Akhir sekali,jomlah kita isi masa kita dengan perkara yang berfaedah.Masa itu ibarat Emas jadi,kita gunalah masa yang ada itu dengan sebaiknya.Hihihi.Sekian-



ni shopee dia


Dia dah siap bagi brush,frame border(kayu),skru ngan tempat sangkut frame.Packaging die pon wrap kemas giler puas hati la.





Jadilaaaa daripada tak jadi ahahahahaha..dadaaaa✌




Jumaat, 23 Julai 2021

Segmen Wanna Be My GFF by AO

 




Jom join guys..syida pon baru je join hehek

Jom Join Giveaway Blog ShalimarYusofDotCom

 




Salam guys,jom join ga ni..Tempoh giveaway adalah selama 1 bulan bermula 4 julai 2021 hingga 4 Ogos 2021..dan jangan lupa tau,tinggalkan link penyertaan korang kat ruangan komen GA shalimaryusof hihi.Pemenang akan dipilih secara random.org.Best kan?Jom join...




Giveaway Aku Dan Kamu

 








Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat dan bahagia hingga ke Jannah


#asaliff💗




Selasa, 6 Julai 2021

Giveaway Road To 3M Mamapp







Assalammualaikum guys,jom kita join giveawa Mama..tapi sebelum tu,uolls kene patuh syarat syarat yang dah diberi dulu la.Mama buat Ga ni kan untuk  mencapai follower sehingga 3 juta.Hadiah pon menarik guys jom la join.Jangan lepaskan peluang. Tarikh GA berlangsung dari 6 Julai - 6 Ogos 2021.



Hadiah GA Road To 3M Mamapp

Ada 2 kategori hadiah ye..

Hadiah Kategori 1: Cash RM50 & RM30 (20 peluang menang)

Syarat untuk dapat hadiah cash mudah aje. Korang hanya perlu follow syarat penyertaan di atas dan kemudian selalu check pageview blog mama (ada di bahagian bawah sekali). Sesiapa yang dapat capture no pageview 3,000,000 secara tepat mama akan bagi RM50

Bagi yang tak dapat capture nombor tepat mama akan bagi RM30 kepada sesiapa yang dapat capture within 2,999,990 - 3,000,010 so ada 20 peluang untuk dapat capture nombor dan menang cash dari mama. Tak kira berapa orang dan berapa kali dapat capture, semuanya boleh menang jika follow syarat penyertaan. Jangan lupa kena ada bukti screenshot dan email kepada mama tau.

Hadiah Kategori 2: Inpods i12 tws (5 Pemenang)


Selain wang tunai,ada jugak Inpods ni.Siapa yang bertuah boleh la dapat hehe.


 


"Ini 5 hadiah yang akan dimenangi. Ada 5 warna. Kepada pemenang yang terpilih nanti korang boleh pilih warna apa yang korang nak. Tapi ni bergantung kepada first email first served ye. Pemenang yang email mama detail dengan cepat dan bagitau warna apa yang korang nak, korang yang akan dapat dulu."


Maklumat lanjut,klik sahaja banner  atas sekali..dan anda akan dibawa ke alam Blog MAMA.. bye..

DEMAM SAWAN

Assalammualaikum semua..apa khabar..Alhamdulillah kita masih boleh bernafas lagi sehingga ke hari ini..

setelah bersiap nak pergi kedai kerepek


Syidah nak cerita sikit pengalaman adik syidah mengalami demam sawan.Syidah pon pada mulanya tak terpikir yang adik syidah yang last ni akan kena demam sawan tau.But when that incident happened in front of my eyes la org kata..automatik shaking ..panic and so on..Now jom kita merungkaikan kisah ini.

Alkisahnya,pada 1 Mei 2021 hari sabtu..Syidah dengan umi syidah pergi kedai kerepek.Adik yang lain ikot sekali..cuma kami pergi dengan jiran la.Dia tolong bawa kereta.Ayh syidah tak de time tu sebab dia keluar.Kedai kerepek tu kan,dekat Banting.If uoll nak tahu,famous tau kedai kerepek area Banting tu.Lagipon rumah Syidah dekat area situ jugak.So,takde masalah laa isu rentas daerah ke apa hahahaha.Kami bertolak kol 12 lebih macam tu.Kami pergi sana beli kerepek untuk buat raya aidilfitri ni laa..

Time kami masuk kereta tu kan...tak rasa demam pon adik syidah tu..elok aje main..Adik syidah umur 1 thun 8 bln..kikiki..nama dia Raslan.Haa si Raslan..Waktu dalam kereta tu, mak menyusu la sebab dia nak tidur kan..sampai saja tempat kedai kerepek tu,Syidah letak dia kat dalam tali pinggang baby tu kan..apa nama dia syidah pon tak tahuu..Syidah la yang bawak si raslan tu..sbb mak syidah sakit kaki.Kesian pulak kan..


Pastu Sampai kedai kerepek tu kan..kena beratur ambik nombor..macam syidah duduk dengan si raslan la..mak yang beratur tunggu giliran.Satu lagi time tu cuaca panas terik jugak yerla pukul 12 lebih nak ke pukul 1 macam tu.Syidah duduk bawak khemah tak expect lansung apa apa.Syidah pegang dah kepala ngan badan raslan..panas..Syidah pikir dia kena panas  sekejap je  sebab kami lintas jalan sebelum nak sampai ke kedai kerepek tu. 


Sambil duduk tu main laa dengan die cak-cak bagai. Teeeetibaaaaa..whole badan dia shaking...mata ke atas dan bawah mata dia merah sangat2..Syidah panic giler n inilah first time in my life lah org kata..berlakuu depan mata kita sendiri...Apa yang syidah nampak dari raut wajahnya..dia tak mampu bernafas...banyak soalan bermain dalam fikiran..

...Semua ni salah aku ke??..

..Macamana nak buat ni??..

..Kenapa aku diuji??..


Syidah terus berlari selaju mungkin dekat umi syidah..sebab kita tahu dia tak boleh buat apa..badan keras kejung..kaki pon keras..

Umi syidah pon tepuk tepuk belakang..banyak kali..but no respon..Syidah rasa time tu die dah tak bernyawa dah kot sebab no respon.. Kalau cakap pasal orang lain,takyah cakapla semua tengok kepada kami..Alhamdulillah ada pakcik tu kata..cepat bawak dia ke hospital.Sebenarnya kan,bila kita panic memang kita akan jadi blurr nak buat sesuatu.

Kami cepat2 berlari kearah kereta..untuk nak ke hospital.Ya Allah bersyukur sesangat.Hospital Banting tak jauh pon dari situ..Time dalam kereta pon,umi syidah tak berhenti-henti tepuk raslan..henjut2 dia bagi dia sedar sikit kee..Paling sedih bila mana,adik syidah tu bawah mata dia dah biru...n syidah masih ingat wajah dia biru..cuma tak ingat part mana..Time tu,Ya Allah,siap menangis dah kami ni..hospital memang dekat cumanya,traffic light la lama betul kene tunggu.Time tu lampu mereh,ada kereta kat depan kami even kami buat lampu emergency no respon kereta depan.Tapi bukan salah kereta depan..sebab die patuh lampu isyarat.Jadi kami akur.Kami tunggu sehingga hijau.Syidah doa banyak banyak semoga adik syidah dapat tahan time tu.Serius tak sanggup tengok dia.Mak tak berhenti henti tepuk dia..Then tetiba terlintas dalam fikiran mak untuk cari air..nasib ada botol air untuk si Raslan mak bekalkan sebelum bertolak takdi.Terus bukak penutup botol simbah seluruh badan n kepala.

Nampak ok sikit tapi macam tak bermaya.Alhamdulillah sampai sahaja di wad kecemasan cepat2 doktor ambik raslan minta mak ikut die.Syidah pulak urus pendaftaran si Raslan.bayar rm1 je.Pastu,lepas dah  bagi all info about si raslan  kan..syidah terus cari mak syidah ngan raslan..yerla kita nak tahu apa puncanya..dia sakit apa kan..

Doktor syak demam sawan.Seumur hidup saya kan.Inilah pertama kali dengar perkataan demam sawan.Rupanya  ada..benda ni macam menambahkan ilmu jugaklah dekat Syidah.

doktor tanya,

"ada keturunan sawan ke?"

"Takda kami memang takda keturunan sawan.."kami jawab.

"Ada demam ke sebelum dia datang?"doktor tanya lagi.

Mak syidah cakap dia elok jee..Pastu Syidah tambah,"tapi tak pasti la kalau dia start demam waktu kami pergi kedai kerepek takdi.."

Banyak jugak soalan doktor tanya tapi tak ingat dah..Tangan syidah ni belum habis shaking lagi huhuu..

Syidah tengok dia masuk wire apa semua,cucuk tangan n kaki.Alhamdulillah dia stabil dah.Bersyukur sangat.Start hari tu,raslan kena admit 2 hari.Sebab time tu badan dia panas,doktor siap bukak baju ngan seluar dia dah sebelum tu.Doktor pon kata bagi dia betul-betul sihat,baru boleh balik.End up Syidah balik la dengan jiran,bukak puasa n sahur.. sendu jugak rasa.Kita the eldest.Like mak-mak jugak haritu.Hmm faham faham jela.Alhamdulillah ramai kawan-kawan bagi kata-kata semangat disamping doa.Terima kasih tauuu! 

Time 2 hari tu jugaklah,Syidah search info2 pasal demam sawan.Banyak benda jugak dapat bagi Syidahlah.Yerla ni kan first time syidah hadapi.


Apa itu DEMAM SAWAN?

  • Sebenarnya kita fokus SAWAN tau.Sawan yang budak tu kena namanya demam sawan.Haa gituu..And demam ni akan berlaku apabila baby tu demam.

Siapa je boleh kena?

  • Biasanya,yang akan kena baby yang berumur 6 bulan HINGGA 5 tahun atau 6 tahun.

Lepas umur 6 tahun,demam sawan sangat jarang berlaku.So,apa perlu kita buat,time anak atau adik dalam umur yang Syidah sebutkan takdi tu,kita kena berhati2laa..kena ambik perhatian..contoh kalau demam,bagi ubat cepat-cepat ke..dan kalau boleh rawat segera..jangan biar dia main kat luar..takut kene demam sawan kan orang tak perasan.At least bila baby atau kanak2 tu ada dengan kita,kita tahu la..apa,bagaimana boleh berlaku kan..mudah untuk doktor buat kesimpulan..ceh..faham ke tak entah..kadang syidah pon cakap belit-belit.


DEMAM SAWAN BANYAK NAMA

-Febrile fit

-Febrile Seizure

-Febrile Convulsion


Demam sawan ni sama ke dengan Epilepsy?

  • TIDAK ye..


Bagaimana nak cam dia demam sawan ke bukan?

  • Sawan + Demam =DEMAM SAWAN
  • Sawan + Tada Demam+ Berulang =Epilepsy

Apa ciri2 demam sawan?

  1. Badan Mengejang dan menggeletar
  2. Kaki kejang
  3. Mata ke atas


Syidah tengok dekat youtube DR.NUR.Banyaklah pengetahuan yang kita dapat dari youtube channel DrNur ni..dan beliau ada jugak menunjukkan cara nak rawat sawan sementara nak tunggu ambulans mari ke../sedikit tips daripada beliau..





Guys untuk maklumat lanjut boleh tengoklah channel ni.Semoga bermanfaat untuk orang yang first time yang menghadapi macam saya ni.Tidaklah banyak ilmu yang saya sampaikan.Sedikit sahaja.Maaf salah silap dan saya bukan orang yang arif dalam bidang ni.Alhamdulillah..sehingga bulan 7,Raslan dah tak kena dah demam sawan.Sekali tu je..lagi satu setiap kali dia nak demam,cepat cepat mak bagi ubat demam..Hehe.Bye!


Korang pernah lalui tak?kalau tak keberatan boleh je share dekat komen di bawah mana tahu dapat ilmu baru.








Jumaat, 23 April 2021

why this happpen?

 Hai korang wat ape tuu?Syidah nak tanya la kenapa bukak2 blog jadi macam kat bawah ni?huhu how to settle it...?




yang kotak oren tu pasal feed burner..can someone help me huhu?

Isnin, 12 April 2021

Cara verify no pin Google Adsense 2021

Assalammualaikum, semua..Salam menyambut bulan Ramadhan semua..maaf lama menyepi dan menghilang...biasalah komitmen dalam kehidupan...hehehe yang Wajib diutamakan manakala blog ni hanya mengisi masa lapang daripada terbiar begitu sahaja. 

Awak semua sihat ke tu? Harap sihat walafiat belaka..


Alhamdulillah,sekian lama menunggu..akhirnya sampai pun no pin from Google Adsense berkat korang jugak ni sebenarnya singgah menyinggah ke blog ni..rasa kecik je blog ni..biarlahh asalkan bermakna..


Mesti tanya macamana awak buat Google Adsense ni??

Haaaa..nak tunggu approve pun bertahun jugak..namun jangan putus asa.Apa perlu saya buat?

1.Buat research

Syidah kan..survey bermacam macam blog..tengok youtube jugak macamana nak masukkan google adsense dalam blog..Google adsense ni kalau nak mudahkan cerita iklan..iklan yang mana memberi income sedikit kepada kita..Begitu..Selain Google Adsense,Nuffnang pon boleh tau..tapi Nuffnang macam lambat sikit tapi Syidah buat je.


2.Buat perkongsian yang menarik

Macam Syidah,ada buat perkongsian mengenai Pengalaman Syidah belajar di tingkatan 6..tak tahu pulak entri tu ramai yang berkerumun kat situ..hehe..Alhamdulillah,dengan ramai nya orang klik bahagian entri tu,tulah bukti yang Google Adsense terima jugak..So,u olls yang baru nak mula..pastikan cerita tu tak gempak pon takpe,yang penting memberi perkongsian kepada orang..Percaya kepada diri awak.. You can do it!

Cerita lah,pengalaman pergi bercuti ke..then attach la gambar atau video yang ada..hehetak kesah pengalaman pahit atau manis la...


3.Bila buat cerita kena taip panjang panjang sikit..

hehehe,kalau pasal ini ada je entri Syidah yang pendek namampus pon ada..Terpulang pada korang la..


OK tu je..Syidah mohon 2019 lagi..akhir tahun 2020 dalam bulan 9 ke 10 macam tu..baru dapat approve..tu pon Alhamdulillah..main taram je try error permulaan nak memahami Google Adsense punya prosedur..sampai sekarang pon masih belajar jugak..kalau ada org ajarkan senang la kan..


Then,tahun 2020 tu pon walaupun dah place iklan kat blog memang x de income ape ape..zero..then tahun ni bulan 1 kot tak silap..naik..$0.2..$0.6 ke macam tu..Alhamdulillah jugak tahun ni..setiap bulan naik naik ..tak banyak pon tapi bagi Syidah ia adalah satu KEJAYAAN tau! uolls kena fight uoll boleh..


Now,baru masuk pasal verify pin number..


ni bentuk MOBILE ye senang nak angkut ke mana sahaja saya berada!HAHA


Firstly,ayuh kita tengok bahagian kotak pink tu kan.. saya translate la ye.. dia kata " payment tu tak leh dikeluarkan selagi kita belum sah kan no.pin yang dia bagi".. tu yang saya dapat tahu.."oh rupanya kena verify no.pin ke" So,tunggula sebulan paling kurang sebab biasalah benda ni kan luar negara.

Pastikan bahagian alamat rumah,no fon,nama penuh..dan semua yang dia mintak tu awak isi tau..baru la dia akan bagi notify yang dia akan hantar nombor pin ke rumah kita.Kalau yang baru letak google adsense biasa x de bagitahu lagi..macam saya dalam bulan 2 ke 3 dia kata suh verify no.pin..cuak jugak..sebab x reti gak bab ni hehe..Tapi tunggu je no,pin tu sampai,,sebab kat Google adsense tu dia akan bagitahu,yang dia send no pin ke alamat rumah kita lebih kurang dalam sebulan jugakla..tapi aq rse aq punya 2 bulan baru sampai.Tapi nasib baik lambat2 pon sampai jugak kat tangan penerima.



muka depan


Haa..ni la wajahnya..die macam sekeping je tau nipis sangat..kena jaga leklok..hihi



ni muka belakang tau



cakkk! ni la keadaan dalam dia.. nombor yang besar gedabak warna biru tula no pin.. masukkan la dalam kotak verify no pin dekat web Google Adsense..

1.  Bukak google ..

2.Search Google Adsense..

3.Kalau mintak email ko masukkan la email ko..




Lepas dah bukak Google Adsense..tempat nak masukkan kod no pin tu terpampang kat situ..tengok anak panah tu ye..




nampak tak kat bahagian pin correct kat gambar di atas ni?? YEAY!!Alhamdulillah anda berjaya!


Boleh ke tak boleh buat tu?Cer komen..kat bawah ni..




Isnin, 25 Januari 2021

Kenapa telinga asyik berdengung?

Assalammualaikum semua,im back hehe..tetapi entri pendek ajerla kot kali ni.Sebab nak menyesuaikan diri ni ahaha..baru berapa bulan tak aktif di blog ni akibat perkara-perkara yang tak dapat dielakkan.Huhu

.

.

.

Sebelum tu,actually,selama ni Syidah menghilang pon sebab exam hari tu..then sampai ke hari ni pulak on off blog.hehe Syidah rindu kawan-kawan blogger..Doakan ayah Syidah jugak,sebab 2 minggu lepas sampai ke hari ni dia masih dalam keadaan sakit.Baru lepas operate apendiks.Tapi sekarang ni pulak,berperang dengan kencing manis.Sekarang ni pon,jalan slow je,dia banyak termenung,tengok kalendar,tak banyak cakap.Tak tahu kenapa,lain gila perwatakan dia tahun ini.Syidah anak sulung so,banyak komitmen Syidah..adik2 lagi.Arghh..mulalaaa nak menitik air mata ni.Apapon,doakan kesihatan dan kesejahteraan abah Syidah.Semoga jugak apa yang uolls doakan tu berbalik juga kepada uolls insya Allah.

.

.

Tajuk utama:- Kenapa telinga berdengung atau berdesing?

syidah  tak tahula apa beze tapi Syidah rasa sama je kot.If u guys nak tahu lebih lanjut cuba search..sebab syidah tak buat pencarian maklumat pon lagi.Hehe.


Cuma yang Syidah nak bagitahu ni 

ok meh dengar citer


Semalam,main scroll-scroll facebook,tetiba ade satu ceramah ni tajuk dia pasal "Sebab apa telinga berdengung" something like that bunyinya.Syidah pon tak ingat.Sorry. Tapi apa yang Syidah dapat dengar dan ingat adalah ustaz tu cakap..


"kalau kita buat sesuatu dengan secara tiba tiba kita rasa telinga kita berdengung..itu tandanya ada seseorang yang sebut nama kita" 

-ustad (maaf syidah tak ingat apa nama ustad tu)

Syidah cakap dalam hati 

"haa ni member kita yang sebut² nama kita..atau gosip pasal kita la ni."


Ustad tu menyambung lagi,

"Awak tahu siapa yang sebut nama kita yang rindukan kita ? Dialah Nabi Muhammad SAW."


Dalam hatiku

"Allahu Rabbi" 😢

Sebaknya hati Syidah time tu.Tak dapat nak digambarkan.Betapa ingatnya Rasulullah SAW terhadap umatnya yang lalai ni.


Ustad tu bagitahu lagi,apa kita nak buat?Cepat-cepatlah kita berselawat tau uolls.

Macamana?haa tengok bawah ni.


Bukan sahaja selawat ni je boleh..awak sebutlah selawat yang lain pon boleh..apa yang terlintas di fikiran.Tapi,apa yg ustad tu sebut takdi selawat yg Syidah bagi ni lah.Bukan senang nak dapat peluang ni.


Ustad tu kata,ade org tu sampai dapat penyakit lagi sebab telinga asyik berdegung.Yes memang ada.Syidah doa semoga orang yang mengalami masalah ini cepat pulih .Tapi ustaz tu kata,Okayh lagi orang yang ada penyakit ni at least dia tahu sebab apa..dari segi Islam la.Kalau dari segi Sains hmm..Syidah tak tahula..mungkin faktor lain.Terpulang kepada orang tu.


Syidah suka sangat nak share tentang perkara ni kat rakan2 blogger yg lain. Tak sangka jugak,dengan masa yng ada ni jugak uolls dapat pahala sebab berselawat.


So,sudahkah anda berselawat hari ini?🤗