Jumaat, 14 April 2023

10 malam terakhir dah kite~

 pemburu malam Lailatul Qadr


PERBANYAK DOA KEAMPUNAN DI MALAM LAILATUL QADAR


Kita sudah di 10 mlm terakhir Ramadhan dan dalam fasa terakhir ini terdapat satu malam yg penuh dgn keberkahan yakni malam Lailatul Qadar yg mana ianya lebih baik daripada 1000 bulan.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata,

“Aku pernah bertanya pada Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?”


Jawab Rasululullah SAW:

“Berdoalah: 


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي


Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni  (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku”


(HR Tirmidzi No: 3435) Status: Hadis Sahih


Janganlah kita mensia2kan fasa terakhir bulan ramadhan ini kerana kita mungkin tidak berpeluang lagi utk mendapatkan ramadhan yg akan mendatang. Jom usaha sungguh2 dengan memperbanyakkan amal soleh di malam fasa yg terakhir ini. Ayuh PECUT!

Firman Allah:


وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِمَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا ثُمَّ اهْتَدَىٰ


Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi org yg bertaubat, beriman, beramal soleh kemudian tetap dijalan yg benar 

(Taha:82)