Isnin, 30 Januari 2023

Kisah lagu Tangisan Sebatang Tamar


penyanyi: Daqmie  penulis lirik: Ito Lara

Pernah tak dengar lagu ni? korang faham tak maksud tersirat tersurat lagu ni? Ada kisah tau disebalik lagu ni yg berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Syidah dengar sampai mengalir air mata sebak.

Syidah buat ringkasan ya. Asalnya, zaman nabi kita dulu baginda menggunakan batang tamar utk berkhutbah. Kemudian zaman up sikit, umat Islam semakin bertambah dan jemaah semakin ramai jadi mereka cadang untuk buat mimbar supaya jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah SAW. So, mereka pun tukar dan menggantikan dengan batu(mimbar). Jadi, batang tamar dah tak digunakan lagi. Pada masa itu juga, Baginda menyampaikan khutbah macam biasa dengan mimbar yg baru itu. Tiba-tiba terdengar seperti suara seseorang yg teresak-esak menangis. Bila baginda mengamati suara itu ternyata batang tamar yang selalu Nabi guna tu yg menangis. 

Sambungan.. dari petikan web Pameran Artifak Rasulullah SAW

Rasulullah ﷺ tersenyum. Lalu Baginda turun daripada mimbar dan menghampiri pokok tamar yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah ﷺ meletakkan tangan pada batang pokok tamar dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan.

Rasulullah ﷺ berkata pada pokok tamar itu: “Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى agar engkau akan menjadi pokok di syurga, supaya para wali Allah dapat memakan buah-buahmu.”

Batang tamar itu menjawab: “Saya memilih untuk ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga supaya wali-wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat dimana di dalamnya saya kekal.”

Lalu goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah ﷺ kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah ﷺ berkata: “Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana ini!”

Rasulullah ﷺ kemudian menyuruh supaya ditanamkan batang pokok tamar itu berhampiran mimbar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga.

Jabir RA berkata, “Pokok kurma itu juga menangis apabila ia mendengar orang berzikir atau mendengar bacaan al-Quran dekatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Inilah kisah batang kering dari pohon tamar yang menangis kerana sangat rindukan Rasulullah ﷺ. Begitu kasih, cinta dan rindunya sebatang pohon tamar ini kepada Rasulullah ﷺ hanya kerana Rasulullah ﷺ beralih mimbar untuk berkhutbah. Allahhuakbar!

Hasan al-Basri apabila meriwayatkan kisah ini, beliau pun menangis dan berkata; “Wahai hamba Allah! Batang tamar pun rindu kepada Rasulullah , maka kamu semua lebih utama untuk merasa rindu bertemu dengan Rasulullah .”

Cuba kalian bayangkan! Itu hanya sebatang pohon tamar yang berada dekat dengan Nabi kita. Bagaimana pula dengan kita? Bagaimana dengan kasih, cinta dan rindu kita kepada Rasulullah ﷺ, nabi yang akan memberikan syafaat kepada kita di akhirat nanti. Nabi yang menangis kerana sangat rindukan kita walau tidak pernah berjumpa dengan kita, umat baginda.

Pernahkah kita menangis kerana rindukan baginda? Jika betul kita rindukan baginda, sejauh mana kita tunjukkan bukti kecintaan dan rasa rindu itu? Apa yang kita lakukan?

Berselawat kepada baginda juga amat susah sekali walaupun kita tahu akan kelebihannya. Allahhu. Ampunkan kami Ya Rasulullah ﷺ.


Tambahan: Hari tu ada handle program di uni Syidah(kelab),penulis lirik lagu Tangisan Sebatang Tamar pun ada..so kita sempat nangkap gambor ngn Ito Lara.Pak Cik Ito ni banyak buat lirik lagu,lagu kumpulan nasyeed Inteam, Hijjaz dan sebagainya. 


Ujian seseorang

Ujian seseorang.

Kadang tak semua kehidupan seseorang itu indah. Sometimes mesti akan ada suka, duka, perit jerih. Itulah orang kata roda kehidupan.

Jom baca quotes ni💕







💮💮💮💮💮

Isnin, 23 Januari 2023

Giveaway 23rd_Anniversary Ciknur & Husband

Hai semua! dag lama syidah x join giveaway rakan2 blogger. Ni ada peluang..jom!
Mudah je caranya..pergi ke blog Ciknur ni ye.. follow dan beri ucapan sempena anniversary Ciknur.

klik banner di atas👆


 

Terimalah ucapan dari syidah yang tak seberapa hihik



Berlangsung pd 23hb Jan sehingga 13 Febuary 2023

Jumaat, 20 Januari 2023

Aku beli Printer Epson di SHOPEE!

Assalammualaikum, hai semua. Syidah just nak share lah mengenai printer Epson yang Syidah beli di Shopee tau. Memang sebelum kerja part time lagi dah terpikir nak beli printer Epson ni untuk kerja2 assignment bagai. Sebelum ni ada je printer tapi printer tu menggunakan katrij..agak sakit ler juga nak membeli ink katrij ni.. satu, sebab dia mahal dan cepat habis ink. So, Syidah ada buat research sikit je la pasal printer ni..rupanya ada printer yang jimat ink..ink botol rupanya.. 1 botol dekat rm20 jugak..sgt murah berbanding 1 katrij yg berharga RM 90. Syidah rasa bagi student yang sedang mencari printer,ada baiknya awak cari printer Epson ink botol sbb sangat jimat. Printer Epson agak mahal tapi ink dia murah dan lambat habis. Dapat je duit part time,terus Syidah beli. Sebab dekat uni Syidah ni kedai printer agak jauh le nak berjalan kaki jadi hmm tu salah satu sebab syidah perlu beli printer KAHKAH..banyak lagi sebab lain.

Ok guys. Syidah beli di shopee ini.  TEKAN SINI  Servis dia bagus. Printer ni sampai kat rumah Syidah dalam keadaan baik. Nak setting printer ni pon senang sebab dah ada contoh yang die beri dalam pamplet tu. Pastikan ikut apa yang dia suruh step by step. Jangan buat pandai ye! HAHA Tapi, incase ada masalah ke apa, chat je seller tu..ramah je seller tu. Sangat gembira saya guna printer ini. Harga Syidah beli hari tu dekat RM 600.


tu harga dia guys!



korang tengok tu berapa ribu kertas boleh print pergh!


adu part takleh belah. Komen Syidah..hahah



copy,print,scan! ni pakai wire..ade jugak yang pakai wifi tapi yang tu tambah duit lagi la gittuw..

Khamis, 12 Januari 2023

Perlis dan Kedah sudah ku jejak!

Assalammualaikum semua,hai cheq nak habaq yang cheq akhirnya berjalan-jalan ke Utagha sana nuh. AHAHA sorry sekiranya pelik ayat sy tu ye. Syidah pergi berdua ja dengan mak cik ni. Sabtu malam kami bertolak. Rupanya, Peghelis tak banyak tempat menarik. Still ada, tapi tak banyak. Kebanyakkan mereka banyak  pergi ke Kedah. Ni sumber orang yang duduk di Bukit Keteri, Perlis. Tapi syidah sangat lah excited ke Perlis ntah kenapa. HAHA. 

Kat Perlis ada je tempat menarik contoh Kangar Street 2.0, Taman Tasik Melati, Gua Kelam dsbg. Syidah teringin nak gi tapi x berkesempatan. Maklumlah berjalan dengan orang tua,hihi..kalau berjalan dengan orang muda kesitu kesini boleh gerak lagi. Tambah-tambah pula,mak cik tu memang kaki dia sakit. So,tak nak bebankan dia. Makcik tu minta syidah temankan dia naik bas tu pun kebetulan Syidah tengah cuti,so kita turutkan saje. HIHI. kitorang gi kat makan kat Changlun, Kedah. Kemudian,gi jalan2 kat area menara tu. Hehe. Banyak perhentian jugak then tangkap gambar hihik. Bukan selalu dapat gi belah utara sebab kampung Syidah ni belah pantai timur ja.



Itu sahaja dapat ku coretkan. Ku ketakkan kenangan di sini,supaya senang ku nak belek suatu hari.🥀