Rabu, 18 Februari 2015

Gong ci Facai maa...hihi^^

assalamualaikum..selamat tahun baru cina..bgi semua org cina..hati2 di jalan rayer..kitew kt sini dok balik kampung ponn..huhu..sedih sungguh..esok gi PD.sehari jer pon..ayh yg bawak kami semua..huh,ayat..bm sokmo..ok..bye.. :)




Jumaat, 13 Februari 2015

Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi ( ayat 9- 26 ) => ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.



Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi ( ayat 9- 26 ) iaitu kisah pengalaman sekumpulan hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua. 

Menurut Ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah tujuh (7) orang . Mereka dipercayai hidup dalam zaman Maharaja Dikyanus yang menyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya. 

Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh. 

Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun. 

Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati. Selama itu tubuh mereka pastilah hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi itu seperti asalnya. Bila mereka dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah mereka sedar bahawa mereka telah tidur di dalam gua itu terlalu lama. 

Sebaik mereka terjaga dari tidur, terasalah perut mereka lapar. Mereka memutuskan untuk mengirim seorang daripada mereka pergi ke bandar membeli makanan. Tetapi malangnya, mata wang yang mereka berikan untuk membeli makanan itu tidak laku lagi pada masa itu dan tidak diterima oleh penjual makanan. 

Mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Raja zalim yang mereka takuti dahulu pun telah mati dan penduduk negara itu semuanya telah beriman kepada Allah. Maka tidak perlu lagi mereka bersembunyi di dalam gua itu.

Bila kisah pengalaman yang luar biasa ini diketahui oleh orang ramai, mereka berduyun-duyunlah datang ke gua itu untuk menyaksikan sendiri kejadian yang menakjubkan itu. 


Apa yang terjadi selanjutnya pada kumpulan pemuda Ashabul Kahfi itu tidak dijelaskan oleh Allah seterusnya. Mungkin Allah mengisahkan pengalaman ganjil itu semata-mata untuk memberi amaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya kepada sesiapa apalagi kepada hamba-hamba-Nya yang sangat dikasihi, walaupun perkara itu tidak terfikir oleh manusia boleh berlaku. 


Bagaimanapun, Allah menyebut tentang perselisihan yang terjadi diantara penduduk negara itu tentang hasrat mereka hendak mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai kenangan dari kejadian ganjil itu disitu. 

Menurut ulama tafsir, perselisihan diantara penduduk negara itu berlaku hanya sesudah para penghuni gua itu diwafatkan oleh Allah ( sesetengah pihak percaya mereka itu masih hidup dengan kuasa Allah juga). Perselisihan mereka itu malah berlaku juga tentang jumlah penghuni-penghuni gua itu sebenarnya, dan tentang jumlah masa yang tepat mereka tidur di dalam gua itu. 

Seorang penafsir yang bernama Fakhrur Razi merumuskan bahawa ayat-ayat yang mengisahkan keganjilan Penghuni Gua itu adalah bukti yang jelas adanya Karamah yang diberikan oleh Allah kepada para Aulia yang dikasihi-Nya.


LAMAN KONGSI..
SEKADAR MEMBERI PENGETAHUAN KPD KAWAN.

Sabtu, 7 Februari 2015

~CRY~~ why do we cry???



everybody cries.yes,even boys.you would be surprised by how many boys actually cry just as much as girls.But,have you ever wonder What makes us cry??well obviously our eyes need tears to help get rid of bacteria ,but when we get hurt or feel sad.what makes tears come out??


WHY DO WE CRY????

most of us probably still don't understand what makes us cry whenever we're sad or hurt.it seems really confusing as to why an emotion causes these tears to come out,but it actually is quite simple.tears flow from our eyes when we cry because they contain chemicals and hormones produced by our bodies.when we become upset,our brains and bodies react by producing chemicals and hormones.crying helps eliminate these extra chemicals that we do not need.the chemicals and hormones disappear from our body through the form of tears.as our tears flow,they soothe our sadness or distress by withdrawing these chemical agents.that is why we feel better or more refreshed after crying.it's because the tears get rid of these hormones that are produced when we're sad,happy or distressed.so,crying is not such a bad thing after all.



Jumaat, 6 Februari 2015

~NABI UZAIR A.S~ Bangun dr tidur yg panjang.

setelah 100 tahun berlalu,ALLAH s.w.t mengutuskan malaikat utk membangunkan Nabi Uzair.Dlm keadaan terpinga-pinga Nabi Uzair pun  bangun.Alangkah terkejutnye Nabi Uzair apabila melihat keadaan di situ sudah banyak berubah.Di mana keldai yg selalu menjadi tunggangannya ??
sedangkan sebelum tidur,keldainya itu telah ditambat pd sebtg pokok yg menjadi tempatnye berteduh.

  Malaikat bertanya:"berapa lamakah kamu tertidur wahai Nabi Uzair?"
  "saya rasa,saya telah tidur selama sehari atau setengah hari,"jawab Nabi Uzair.
  "sesungguhnya,kamu telah tidur selama seratus tahun.Lihatlah makanan dan minuman mu,semuanya tidak berubah seperti asalnya.tetapi lihatlah keldaimu.ia telah terbaring mati selama seratus tahun,kini bangkainya telah berubah menjadi selonggok debu tanah."

Nabi Uzair melihat ke arah makanannya,semuanya masih segar dan sedia dimakan.Tetapi,keldainya  sudah pun menjadi selonggok debu tanah.Nabi Uzair pelik dgn keadaan itu.Benarkah dia telah tidur selama seratus tahun?Dgn kuasa ALLAH s.w.t,tiba2 longgokan tanah itu bergerak dan berubah menjadi tulang-tulang yg tersusun rapi.Kemudian,tumbuh daging membentuk tubuh keldai.Akhirnye,keldai Nabi Uzair bangkit semula drpd kematiannya setelah seratus tahun dgn cara yg menakjubkan.

Nabi Uzair sedar bahawa ALLAH sedang memberi peringatan kpdnye kerana persoalan ygbermain di fikirannya tentang kuasa ALLAH dlm menghidupkan org2 yg telah mati."Astaghfirullah,kini aq benar2 yakin bahawa ALLAH MAHA BERKUASA ats segala sesuatu,"ucap Nabi Uzair.

Nabi Uzair kembali ke kampungnye yg kini telah berubah menjadi sebuah bandr besar.Tiada seorang pun penduduk di situ yg mengenali NabiUzair.Begitu juga dengan Nabi Uzair yg tidak pernah melihat mereka sebelum ini.Sehinggalah apabila Nabi Uzair bertemu dgn seorang perempuan tuayg buta dan pernah bekerja sbg pembantu di rumahnye dhulu.Apabila Nabi Uzair memperkenalkan dirinya,perempuan tua itu menangis lalu berkata,:"Uzair adalah Nabi ALLAH yg mulia.Teladan dan ajarannya kekal diamalkan oleh Bani Israil sehingga sekarang.Salah satu keistimewaan Uzair ialah ucapannya sentiasa didengar dan dikabulkan ALLAH.kalau benar engkau adalah Uzair,maka buktikanlah."

Nabi Uzair mengangkat tangan dan berdoa agr ALLAH mengembalikan penglihatan perempuan tua itu.Ketika itu jga penglihatan perempuan tua itu pulih seperti sedia kala.Dia amat terkejut apbila mendapati tuannya yg hilang seratus tahun lalu kini sedang berdiri dihadapannya.Kedatangan Nabi Uzair dgn cerita tidurnya selama seratus thun telah menggemparkan seluruh masyarakat Bani Israil.Mereka gembira kerana ALLAH S.W.T telah mengembalikan Nabi Uzair kpd mereka.


sumber:drpd buku ana muslim..
             dpt jgk pengetahuan kan? drpd x dapat...