Jumaat, 23 Julai 2021

Segmen Wanna Be My GFF by AO

 




Jom join guys..syida pon baru je join hehek

Jom Join Giveaway Blog ShalimarYusofDotCom

 




Salam guys,jom join ga ni..Tempoh giveaway adalah selama 1 bulan bermula 4 julai 2021 hingga 4 Ogos 2021..dan jangan lupa tau,tinggalkan link penyertaan korang kat ruangan komen GA shalimaryusof hihi.Pemenang akan dipilih secara random.org.Best kan?Jom join...




Giveaway Aku Dan Kamu

 








Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat dan bahagia hingga ke Jannah


#asaliff💗




Selasa, 6 Julai 2021

Giveaway Road To 3M Mamapp







Assalammualaikum guys,jom kita join giveawa Mama..tapi sebelum tu,uolls kene patuh syarat syarat yang dah diberi dulu la.Mama buat Ga ni kan untuk  mencapai follower sehingga 3 juta.Hadiah pon menarik guys jom la join.Jangan lepaskan peluang. Tarikh GA berlangsung dari 6 Julai - 6 Ogos 2021.



Hadiah GA Road To 3M Mamapp

Ada 2 kategori hadiah ye..

Hadiah Kategori 1: Cash RM50 & RM30 (20 peluang menang)

Syarat untuk dapat hadiah cash mudah aje. Korang hanya perlu follow syarat penyertaan di atas dan kemudian selalu check pageview blog mama (ada di bahagian bawah sekali). Sesiapa yang dapat capture no pageview 3,000,000 secara tepat mama akan bagi RM50

Bagi yang tak dapat capture nombor tepat mama akan bagi RM30 kepada sesiapa yang dapat capture within 2,999,990 - 3,000,010 so ada 20 peluang untuk dapat capture nombor dan menang cash dari mama. Tak kira berapa orang dan berapa kali dapat capture, semuanya boleh menang jika follow syarat penyertaan. Jangan lupa kena ada bukti screenshot dan email kepada mama tau.

Hadiah Kategori 2: Inpods i12 tws (5 Pemenang)


Selain wang tunai,ada jugak Inpods ni.Siapa yang bertuah boleh la dapat hehe.


 


"Ini 5 hadiah yang akan dimenangi. Ada 5 warna. Kepada pemenang yang terpilih nanti korang boleh pilih warna apa yang korang nak. Tapi ni bergantung kepada first email first served ye. Pemenang yang email mama detail dengan cepat dan bagitau warna apa yang korang nak, korang yang akan dapat dulu."


Maklumat lanjut,klik sahaja banner  atas sekali..dan anda akan dibawa ke alam Blog MAMA.. bye..

DEMAM SAWAN

Assalammualaikum semua..apa khabar..Alhamdulillah kita masih boleh bernafas lagi sehingga ke hari ini..

setelah bersiap nak pergi kedai kerepek


Syidah nak cerita sikit pengalaman adik syidah mengalami demam sawan.Syidah pon pada mulanya tak terpikir yang adik syidah yang last ni akan kena demam sawan tau.But when that incident happened in front of my eyes la org kata..automatik shaking ..panic and so on..Now jom kita merungkaikan kisah ini.

Alkisahnya,pada 1 Mei 2021 hari sabtu..Syidah dengan umi syidah pergi kedai kerepek.Adik yang lain ikot sekali..cuma kami pergi dengan jiran la.Dia tolong bawa kereta.Ayh syidah tak de time tu sebab dia keluar.Kedai kerepek tu kan,dekat Banting.If uoll nak tahu,famous tau kedai kerepek area Banting tu.Lagipon rumah Syidah dekat area situ jugak.So,takde masalah laa isu rentas daerah ke apa hahahaha.Kami bertolak kol 12 lebih macam tu.Kami pergi sana beli kerepek untuk buat raya aidilfitri ni laa..

Time kami masuk kereta tu kan...tak rasa demam pon adik syidah tu..elok aje main..Adik syidah umur 1 thun 8 bln..kikiki..nama dia Raslan.Haa si Raslan..Waktu dalam kereta tu, mak menyusu la sebab dia nak tidur kan..sampai saja tempat kedai kerepek tu,Syidah letak dia kat dalam tali pinggang baby tu kan..apa nama dia syidah pon tak tahuu..Syidah la yang bawak si raslan tu..sbb mak syidah sakit kaki.Kesian pulak kan..


Pastu Sampai kedai kerepek tu kan..kena beratur ambik nombor..macam syidah duduk dengan si raslan la..mak yang beratur tunggu giliran.Satu lagi time tu cuaca panas terik jugak yerla pukul 12 lebih nak ke pukul 1 macam tu.Syidah duduk bawak khemah tak expect lansung apa apa.Syidah pegang dah kepala ngan badan raslan..panas..Syidah pikir dia kena panas  sekejap je  sebab kami lintas jalan sebelum nak sampai ke kedai kerepek tu. 


Sambil duduk tu main laa dengan die cak-cak bagai. Teeeetibaaaaa..whole badan dia shaking...mata ke atas dan bawah mata dia merah sangat2..Syidah panic giler n inilah first time in my life lah org kata..berlakuu depan mata kita sendiri...Apa yang syidah nampak dari raut wajahnya..dia tak mampu bernafas...banyak soalan bermain dalam fikiran..

...Semua ni salah aku ke??..

..Macamana nak buat ni??..

..Kenapa aku diuji??..


Syidah terus berlari selaju mungkin dekat umi syidah..sebab kita tahu dia tak boleh buat apa..badan keras kejung..kaki pon keras..

Umi syidah pon tepuk tepuk belakang..banyak kali..but no respon..Syidah rasa time tu die dah tak bernyawa dah kot sebab no respon.. Kalau cakap pasal orang lain,takyah cakapla semua tengok kepada kami..Alhamdulillah ada pakcik tu kata..cepat bawak dia ke hospital.Sebenarnya kan,bila kita panic memang kita akan jadi blurr nak buat sesuatu.

Kami cepat2 berlari kearah kereta..untuk nak ke hospital.Ya Allah bersyukur sesangat.Hospital Banting tak jauh pon dari situ..Time dalam kereta pon,umi syidah tak berhenti-henti tepuk raslan..henjut2 dia bagi dia sedar sikit kee..Paling sedih bila mana,adik syidah tu bawah mata dia dah biru...n syidah masih ingat wajah dia biru..cuma tak ingat part mana..Time tu,Ya Allah,siap menangis dah kami ni..hospital memang dekat cumanya,traffic light la lama betul kene tunggu.Time tu lampu mereh,ada kereta kat depan kami even kami buat lampu emergency no respon kereta depan.Tapi bukan salah kereta depan..sebab die patuh lampu isyarat.Jadi kami akur.Kami tunggu sehingga hijau.Syidah doa banyak banyak semoga adik syidah dapat tahan time tu.Serius tak sanggup tengok dia.Mak tak berhenti henti tepuk dia..Then tetiba terlintas dalam fikiran mak untuk cari air..nasib ada botol air untuk si Raslan mak bekalkan sebelum bertolak takdi.Terus bukak penutup botol simbah seluruh badan n kepala.

Nampak ok sikit tapi macam tak bermaya.Alhamdulillah sampai sahaja di wad kecemasan cepat2 doktor ambik raslan minta mak ikut die.Syidah pulak urus pendaftaran si Raslan.bayar rm1 je.Pastu,lepas dah  bagi all info about si raslan  kan..syidah terus cari mak syidah ngan raslan..yerla kita nak tahu apa puncanya..dia sakit apa kan..

Doktor syak demam sawan.Seumur hidup saya kan.Inilah pertama kali dengar perkataan demam sawan.Rupanya  ada..benda ni macam menambahkan ilmu jugaklah dekat Syidah.

doktor tanya,

"ada keturunan sawan ke?"

"Takda kami memang takda keturunan sawan.."kami jawab.

"Ada demam ke sebelum dia datang?"doktor tanya lagi.

Mak syidah cakap dia elok jee..Pastu Syidah tambah,"tapi tak pasti la kalau dia start demam waktu kami pergi kedai kerepek takdi.."

Banyak jugak soalan doktor tanya tapi tak ingat dah..Tangan syidah ni belum habis shaking lagi huhuu..

Syidah tengok dia masuk wire apa semua,cucuk tangan n kaki.Alhamdulillah dia stabil dah.Bersyukur sangat.Start hari tu,raslan kena admit 2 hari.Sebab time tu badan dia panas,doktor siap bukak baju ngan seluar dia dah sebelum tu.Doktor pon kata bagi dia betul-betul sihat,baru boleh balik.End up Syidah balik la dengan jiran,bukak puasa n sahur.. sendu jugak rasa.Kita the eldest.Like mak-mak jugak haritu.Hmm faham faham jela.Alhamdulillah ramai kawan-kawan bagi kata-kata semangat disamping doa.Terima kasih tauuu! 

Time 2 hari tu jugaklah,Syidah search info2 pasal demam sawan.Banyak benda jugak dapat bagi Syidahlah.Yerla ni kan first time syidah hadapi.


Apa itu DEMAM SAWAN?

  • Sebenarnya kita fokus SAWAN tau.Sawan yang budak tu kena namanya demam sawan.Haa gituu..And demam ni akan berlaku apabila baby tu demam.

Siapa je boleh kena?

  • Biasanya,yang akan kena baby yang berumur 6 bulan HINGGA 5 tahun atau 6 tahun.

Lepas umur 6 tahun,demam sawan sangat jarang berlaku.So,apa perlu kita buat,time anak atau adik dalam umur yang Syidah sebutkan takdi tu,kita kena berhati2laa..kena ambik perhatian..contoh kalau demam,bagi ubat cepat-cepat ke..dan kalau boleh rawat segera..jangan biar dia main kat luar..takut kene demam sawan kan orang tak perasan.At least bila baby atau kanak2 tu ada dengan kita,kita tahu la..apa,bagaimana boleh berlaku kan..mudah untuk doktor buat kesimpulan..ceh..faham ke tak entah..kadang syidah pon cakap belit-belit.


DEMAM SAWAN BANYAK NAMA

-Febrile fit

-Febrile Seizure

-Febrile Convulsion


Demam sawan ni sama ke dengan Epilepsy?

  • TIDAK ye..


Bagaimana nak cam dia demam sawan ke bukan?

  • Sawan + Demam =DEMAM SAWAN
  • Sawan + Tada Demam+ Berulang =Epilepsy

Apa ciri2 demam sawan?

  1. Badan Mengejang dan menggeletar
  2. Kaki kejang
  3. Mata ke atas


Syidah tengok dekat youtube DR.NUR.Banyaklah pengetahuan yang kita dapat dari youtube channel DrNur ni..dan beliau ada jugak menunjukkan cara nak rawat sawan sementara nak tunggu ambulans mari ke../sedikit tips daripada beliau..





Guys untuk maklumat lanjut boleh tengoklah channel ni.Semoga bermanfaat untuk orang yang first time yang menghadapi macam saya ni.Tidaklah banyak ilmu yang saya sampaikan.Sedikit sahaja.Maaf salah silap dan saya bukan orang yang arif dalam bidang ni.Alhamdulillah..sehingga bulan 7,Raslan dah tak kena dah demam sawan.Sekali tu je..lagi satu setiap kali dia nak demam,cepat cepat mak bagi ubat demam..Hehe.Bye!


Korang pernah lalui tak?kalau tak keberatan boleh je share dekat komen di bawah mana tahu dapat ilmu baru.