Isnin, 31 Ogos 2020

Kesedaran pentingnya minum air masak💧

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63 🇲🇾

jarang minum air masak..payah laa kalau nak minum air masak ni. Kadang buat kadang tak buat.Ish..ish..ishh.. tak patut..

On off je aq bab air masak ni. Kalau sehari tak minum,sehari tu jugaklaaa tak minum air masak..kekekkeeke.. Then,seketika masa yang ade ,masa lapang laa katakan..aq cuba search dekat pak cik Google.

 "Berapa liter air masak sehari?"


Pak cik Google pon memberitahu dalam bentuk imej, 3L sehari beb..fuhh..

3L bersamaan 3000ML





Terkojuttt makk..siap bagi timing tu pukol berapa kena minum.Nak tak nak ko kena minum,kalau ko minum banyak sangat kelebihan air masak ni.

Antara kelebihan yang aq baca di laman web ni👉 INFO PELAJAR👈

1.Dapat melegakan sakit kepala

2.Mencegah daripada masalah sembelit

3.Mencegah penyakit batu karang

4.memberi kesan positif kepada otak dalam berfikir.

5.Lastly, semestinya dapat lembapkan kulit daripada terhidrasi.

Kalau ko minum botol air besar sedang-sedang tu dalam 2 botol cukuplaa sampai 3L

Tapi kalau botol mineral yg 600 ML kecik comell tu,dapatlaa dalam 5 botol.🥴

Aq terdetik ni pun nak minum air masak sebab muka aq ni sensitif cepat naik jerawat then parut banyak. Aq tahu salah satu punca tak minum air masak..haduii.. Start hari ini aq akan cuba minum air masak.. insya Allah..

Selasa, 25 Ogos 2020

520 GIVEAWAY BY GARAEKI

 



Hai Assalammualaikum,jom join giveaway ni guys! aq skang ni nak join giveaway je..mentang mentang dah pandai ni..hahahaha..So guys, Just clik the banner above! boleh tengok syarat2 dekat situ ye..

Empunya blog suh bagi buku yang aq idamkan...hahaha..aq actually jarang baca buku,tapi bila tengok giveaway ni,ada voucher buku..so apa lagi..tergerak hati la nak baca buku hehehehe.


"The giveaway will last for a month. Starting 22 August 2020 to 22 September 2020. Winners will be announced on 23rd September."

Kenapa aq pilih buku ni? Aq pilih buku ni sebab aq tertarik macamana ye nak tangkap gambar dengan teknik yang betul,cantik dsb..Aq minat sebenarnya menangkap gambar tapi gitu-gitu je la.Hehehehe.. kalau dapat voucher tu aq akan beli buku ni.!! mesti!!


ig: @rasyidahshere

one blogger friend: nadia jamhari




Khamis, 13 Ogos 2020

Cara buka akaun bank💸 di Maybank🐅

Hai assalamualaikum,buat apa tu?aq harap sesiapa yg baca entri ni sihat-sihat semua ye.

Percaya ke tak nak percaya,umur aq 20 tahun baru buat kad bank sendiri..hahahaha

Memandangkan musim Covid pada tahun ini(2020), nak buat buka akaun bank ni ambik masa 2 hari. Okeyh jom start dengar cerita aq.

Awal pagi aq bangun,dah solat la subuh..lepas tu tengok tengok blog orang..kikikiki.. saja blogwalking..kemudian,dalam pukul 9 lebih macam tu,adik aq yg umur 18 ni,dapat wasap daripada cikgu IKN (Institut Kraftangan Negara) maklumla,nak masuk diploma bahagian Batik. 

Cikgu dia kata, kena buat Maybank lepastu nak salinan "muka hadapan buku bank". Aq tak paham gak tapi buat faham je la,dah aq pon tak ada bank sendiri rasa macam tak perlu aq pikir..teruk nya aq weyh..tolong jangan jadi macam aq.

Kebetulan ayah aq kerja,mak aq pulak tak pandai bawak kereta, naik grab banyak gak kene cas tu, nasib baik ade jiran yang sudi hantarkan. Aq panggil jiran aq tu Cik As,serius weyh..kalau tak ada Cik As,rasenya sampai sekarang aq tak ada kad bank sendiri..hahahaha..Mak aq tak dapat ikut sebab dia ajar budak mengaji,jadi aq dua beradik ni la yang ikut Cik As.Cik As pesan kena pergi awal sebab bank biasa tutp pukul 3.00 ptg. So, ready la semua yang perlu untuk nak buat buka akaun bank ni.

Apa yang kau perlu ready,

1.ic original kau

2.salinan ic

3.pen

4.buku nota/kertas kosong

chop* sebab nanti once kau dah duduk depan orang yang sedang berurusan dengan kau nanti lepas kau dah download Maybank2u,time tengah-tengah nak register tu,banyak benda kau kene reka,kena ingat..macam username {kena ada nama dengan nombor}kalau password tu tak silap aq, {kena ada huruf besar,huruf kecil,nombor dan simbol} ni semua engkau yang reka ko tahu tak?banyak lagi tau,nanti orang tu akan ajar ko..ko jangan nangis pulak time tu..tanya je die apa-apa yang ko nak tanya..Macam aq, dalam otak aq dah tahu dah nak buat apa laju sikit la aq wat berbanding adik aq..hahahaha..(kembang hidung jap)

Apa salahnya kau ambik masa tulis sekejap.Nanti kalau kau lupa,senang ko nak cari balik.Orang tu die diam je,die tak suruh tulis pon tapi kau kan dah besar pandai-pandaila.

pssssstttt*actually kaunter aq dengan adik aq dapat sebelah sebelah je hihihi..Aq kaunter 8,die kaunter 9.

5.offer letter(surat tawaran belajar kau) ni ko kene bagila kalau kalau kau kata nak sambung belajar @slip gaji(kalau kau kata kat die ko bukak akaun bank ni sebab kerja)

chop* macam aq pulak,aq tak kerja dan aq lepasan stp...aq pon tengah tunggu result upu 18/8..So,tak dapat lagi offer letter tu kan? takpe..nanti ko datang bank kan,ko cakap je nak buka akaun bank ni sebab nak sambung belajar.Kiranya,ko datang bawak ic ori dengan ic salinan jer la.Jangan la pening.

6.Download siap2 apps Maybank2u dari rumah 

7.Pastikan fon ada data/internet(sebab nanti kau nak register Maybank2u(online banking) kan,orang tu ajar step by step menggunakan fon kau)face to face

*Kebetulan adik aq x ada data,nasib baik aq on hotspot,aq kat sebelah dia je kan..inilah tragedi yang kalau boleh ELAKKAN la..sebab bila kau tak ada data melambatkan kerja orang tu,dan membuat orang lain yang menunggu giliran lama tau.Tambah2 lagi orang yang berurusan tu sanggup skip rehat diorang untuk kita tau.

8.standby duit rm250 dia tengok jugakla kadang rm50 je cam adik aq rm 50 je die kene buat.

Tapi jangan risaula..nanti duit tu kau boleh keluarkan balik.. dia ambik Rm8 sebab tolak duit kad je sebenarnya.

okeyh..Ingat hadam 8 perkara yang kene standby tu ye,kalau nak cepat siap.#Kita senang mereka pon senang.


10/8/2020

Aq datang dengan hati yang gembira..sebab orang kata sehari je siap buat kad. Dah ade dah orang yang kerja bank kan jaga kat pintu,bukan guard tau tapi aq rase die volunteer kot nak tahu apa tujuan kita datang bank tu. Situasi ni depan pintu kaca nak masuk Maybank 

PAK CIK TU: Datang ni nak buat apa? (dengan muka garang xde senyum sebab pakai mask kan time tu..hahaha tapi aq dapat rasakan die tu macam garang je.)

Terus terang aq datang aq cakap nak buka akaun bank

AQ:"Saya dan adik saya nak buka akaun bank sebab nak sambung belajar,tapi saya tak ada offer letter sebab saya pelajar lepasan stp dan tengah menunggu result Upu "

Dik oi,ko cakap je direct daripada dia tanya ko macam aq.Senang kan. Dia pon....

PAK CIK TU: Ok,bagi ic, tunggu kejap ye..

Haa time ni,die pergi kat kaunter ambik borang. Aq tengok dalam bank tu macam ramai orang,kebetulan lagi,bank tu kan sebelah kedai mamak..So, aq isi kat kedai mamak je.

Dalam borang tu,die nak maklumat diri kita lengkap( no.fon alamat semua la.)

Ada 3 helai tau. 2 helai lagi,aq paham suh tulis lagi maklumat diri kita tapi sikit je la.Bawah bawah tu aq start tak paham jadi aq tinggal je,jangan memandai2 tau..tak paham tanya la pak cik takdi. ALL ENGLSIH weyh soalan dia.Aq start tak paham sebab muka surat 2 dan 3 tu,asyik cerita pasal budak US je pening aq. Mood aq yang gembira takdi kembali hilang sebab pening pikir jawapan tau..last2 aq tewas tak yah jawab.Tapi kalau ade suh tandatangan tu,sign jela ye.

Haa dah siap tu,aq pergi balik dekat pak cik takdi,barula pak cik tu suruh aq masuk..yang layan aq seorang wanita pulak..kaunter tu sebelah je pintu kaca nk masuk Maybank tu,so pak cik tu ade je kat belakang kitorang.

AKAK DEKAT KAUNTER: Bagi ic, letak ibu jari bile bende yang die letak ic tu menyala merah ehh.

AQ : okayh..(aq pon buat macamyang die suruh)

Sambil tu,

AKAK TU: kita kena buat APPOINTMENT dulu ye..sekejap saya tengok tarikh..

AQ: Ohh...bukan siapkan dalam masa sehari ni ke? kena apointment dulu rupanyaaa..

Hampa sikit aq ketika itu,tapi aq faham musim Covid kan sop perlu dijaga.Aq rasa sebab tu laa..

AKAK TU: haa 12/8 tarikh ni awak kena datang semula tau..nanti awak cakapla yang awak dah buat appointment untuk hari tu ye.

AQ: Okayh,terima kasih ye.. 


12/8/2020

Dah sampai depan pintu Maybank,

PAK CIK TU:Ohh yang hari tu kan?kejap bagi ic dulu ye..

AQ:haah..

Pakcik tu kan die tolong ambil kan nombor giliran untuk aq dan adik aq,then di suruh duduk dekat kerusi yang diorang dah sediakan. Aq rasa menunggu tu macam lama jugak.Tapi aq fahamla,biasala lama kan bila nak buka akaun bank ni.hehhehe..Tambah tambah lagi,aq selsema batuk dah kurang sikit time ni alhamdulillah.Time aq dduk tu,angka giliran yang sedang berurusan menunjukkan nombor yang ke 5509 sedangkan aq 5511..jadi aq rase tak lama dah tu..tunggu jelaa...tunggu punya tunggu..sampaila turn aq pulak.. YEAYYYYYY gembira tak terkata weyhhhh..hehhehehe buat kad je pon..lain maciam gembira aq hahahhahaaaa



ni je menyempat nangkap gambornye


Macam aq dah cerita yang kat atas-atas takdi,once ko dah duduk je,dia suruh kau download MAYBANK2U..sambil dia urus kad buah ceri kau tu la dan dia bagi satu lagi kad berwarna kuning dan kat situ ada nombor akaun kau sendiri.Dah settle bab tu,haaa masuklah pula sesi register Maybank2U...

Nanti lepas dah siap semua,dia suruh kau aktifkan cdm tu..yang ni ko kene pergi mesin yang masukkan duit..nanti pergi kat mesin tu tekan cdm dan masukkan duit rm250 dalam mesin tu tau.Akak tu cakap je kita kene buat sendiri..kita dah besar dah sedarlah diri tu ahahahahaha.

Ko tahu ni scene lawak sebelum masukkan ,

aq masuk la kat bahagian mesin atm tu aq masukkan kad ceri aq..teruja sangat..lepas jumpa cdm tapi aq tak tahu nak tekan apa.Dahla ramai jugak kat situ..hahaha..nasib baik ade kakak kat sebelah tu kata,

"Ehh tu bukan mesin untuk cdm tu..kalau cdm yang sebelah kiri ni.."

"oh ye ke kak..hehehe " aq jawap tu je la..malu tu memang malu tapi dari situ la ko belajar.

Rupanya,aq pergi masukkan kad tu dekat mesin yang keluarkan duit sahaja..ahahhahaha

Aq serius tak tahu macamana nak masukkan duit ni sebab die suh tekan cdm aq tak paham cdm tu apa..teruknya aq.

Then akak yang dekat kaunter yang tolong aq ajar...



Cara tekan cdm kat mesin untuk masukkan duit:-

1.Tak payah masukkan kad ceri pon.. Firtsly,ko tekan mana2 butang, akak tu tekan butang ENTER ..hehehe..ingat lagi..

2.tekan CDM

3.AQ tak ingat nama die tapi lepas ko tekan CDM,dia keluar 2 option.

Sama ada masukkan tunai ke keluarkan tunai tak silap aq la

4.Ko tekan "masukkan tunai"

5.Nanti no .akaun dekat kad kuning yang kau dapat masukkan je..yang panjang panjang tula..then teruskan transaksi kau..nanti tempat masukkan duit tu kan,terbuka masukkan duit dalam tu cepat2..kalau boleh duit tu tak nak konyok2 sebab die tak terima. Macam aq time masukkan duit ni,berapa kali aq cuba betulkan duit tu..Nasib baik last skali die terima. Dan siap jugak akhirnya.

Lepas settle semua ni aq rasa lapar weyh.Dan cari makanan sekitar situ..Hehehe maka pulanglah si rasyidahshere dengan hati yang riang..

byee byee

ohyeeee* pasal salinan muka depan buku akaun tu,kau tanya je dekat kaunter,macam aq, sekejap je dia urus... die mintak ic dan nom.akaun bank kita,then die cop dan sign.

edited:

belakang

depan
*kad ni takde fungsi yg besar pon sbb just tercatat no bank kita je..macam bagi sy,bende ni function giler sebab bantu saya time nak transfer atau sebagainya..lebih mudah dan eloknya kita menghafal..

haaa ni contoh kad ceri adik2 ku

# Suka untuk saya jelaskan,saya bukan lah pekerja bank dan saya hanya share pengalaman saya buka akaun bank untuk sambung belajar sahaja..kalau buka akaun bank untuk bekerja sy tak tahu..atau anda boleh lihat komen-komen sebelum ni yang mana mereka ada share pengalaman mereka serba sedikit. Untuk maklumat lanjut,boleh pergi terus ke cawangan bank tu(by oppointment dulu ye) atau call..maaf salah silap..maaf tak dapat nak bantu...

bye bye

Sabtu, 8 Ogos 2020

#Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

 

HAI ASSALAMUALAIKUM SEMUA,
Tahniah diucapkan kepada Nadia Jamhari kerana telah mengumpul follower seramai 100 orang..woww!! banyak tu kan? So,sempena meraikan follower nadia yang 100 orang ni, empunya blog ada  buat giveaway contest!! sesiapa yang nak libatkan diri Jomla join giveaway ni ya..kalau nak sertai, awak klik je banner yang dekat atas tu..dah disediakan pantang larangnya(syarat)..hahaha

Nak jadikan cerita,saya first time join giveaway..tertanya-tanya macamanlah nak buat. Ni pon,dapat tahu daripada blog  Lady Diyy
cuba punya cuba,menjadi jugak hihi

Segmen ini akan bermula pada 7 Ogos 2020 (Jumaat)  sehingga 14 Ogos 2020 (Jumaat), Segmen ini dijalankan selama seminggu, Seramai 10 orang perserta yang bertuah untuk bloglist dan 1 orang daripada 10 orang akan memenangi bodymist 250ml victoria secret ini!