Isnin, 28 Ogos 2023

Ayam goreng ala kepci


Hari ni makcik aq nk datang rumah. Jadi,hari ini ade mood baik jadi kita rasa rajin nak goreng ayam ala kepci. Ni pon jiran jugek yang beritahu camna nak buat.HAHA.


1. Kena ada ayam mentah

2. Tepung bestari



Senang je weh nak buat. Rasanya adik aq yg 6 tahun pon boleh buat. Cuma atas kita je lah rajin ke tak nak buat.


First, cari bekas. Lepas dah siap potong2 basuh2 n so on kan..ha letakla tepung letak air sikit ala-ala ko nak buat perap ayam tu. Macam aq,aq guna tepung spicy. Lepas gaul ngan tangan tu memang rasa pijar2 le tangan aq hahaha..tapi takpe sebab result die Padu..pedas2 gitu ayamnya. OKi. Berbalik pada cara nak bagi ayam kepci cam dalam gambor. Lepas ko dah salut2 ayam tu kan..biar kan ditepi.. 


Kemudian, letak tepung bestari sekali lagi di pinggan yang lain. SEBAB? haa sebab kita nak ambik ayam yang kita dah perap takdi tu kan, salut pula pada tepung bestari yang kering tu. Pada masa yang sama, minyak dah dipanaskan tau. Pastikan minyak panas! Sebab kita x nak ayam tu melekat kat kuali. Boleh moody jugek kalau jadi camtu. HAHA. Haa letak lah ayam tu. Dapatlah ayam seperti dalam gambar. Macam aq biar lama sikit api sederhana sebab nak bagi isi dalam tu macam masak sikit. Sebab kalau buat api kuat takut kulit bhgian luar je masak. Gitulah hidup.

Lepas baca ni,korang boleh share jugak tau resipi korang just komen di bawah hihi



Selasa, 22 Ogos 2023

Ku ke Sabah!!

Tak terucap dengan kata..

best sangat! 

Antara tempat g aq dah pergi, Kundasang, Desa Dairy Farm, Tengok2 Pulau Gaya, UMS dan banyak lagi. Aq pergi 2 minggu lepas kot. Beli tiket flight bulan 4 lagi. Pergi balik RM272.

aq pergi dengan kawan..next time nk ajak family gi Sabah. Memula mak aq macam tak bagi pergi sebab kami mana2 pon area semenanjung je selalu dapat kluar pon. Hehehe. aq pergi Sabah ni pun bukan atas alasan bercuti lah. Tapi atas urusan menimba ilmu. Orang kata, sambil menyelam minum air. Gittuw!

Awalnya,takdenya plan aq nak ke Sabah malah tak terpikir dek akal pon nak pergi kesana. First, tak lain dan tak bukan aq ni masih student. Nak cekau mana lah duitnya. Mujur ada hamba Allah ni dahulukan duit dia. Dan rasa kurang beban sikit tu pulak sebab aq sempat kerja sekejap sebelum pergi Sabah tu..so,adalah sikit duit makan minum kan? Kat sana Alhamdulillah kami masing2 beli barang dan masak sendiri. Kami duk homestay di area Kundasang. Guys, kalau sampai di Kundasang aq nak citer tak mandi tak pe kot. Sejuk giler weyh. Rasa paralysed sekejap muka kalau basuh muka dan kaki. Mandi apentah lagi. Tapi kalau aq mandi je sebab tak nak berebut tandas kan.Hhahaha. 

ni di KUNDASANG,belakang tu Gunung Kinabalu..orang situ kata ni kira nasib baiklah ni dapat tangkap gambar nampak gunung kat belakang..sbb slalunya 5 minit jap gi ada kabus lalu..so dah tak nampak dah gunung tu. 

-MELANGKAP
gambar kat bawah ni aq duk kat jambatan tu la

ni di MELANGKAP, kat sini ada air sungai jernih sangat tapi tak leh mandi rasanya sebab berbatu2 
Masya Allah sungguh indah ciptaan tuhan.. Aq terpukau dengan keindahanMU disini.

-DESA DAIRY FARM,KUNDASANG

kat desa ni,aiskrim dia sedap..ada jual susu kotak macam susu marigold tu. Memang pure rasa dia. Susu perisa kopi pon ada sedap sangat. Yogurt pon ade..kiranya semua berasaskan susu lembu ni ada.

nampak tak lembu kartun tu..lembu tu lah guna utk mendapatkan susunya. Hahaha apa aq cakap ni agak berbelit tapi tulah harap komer sume paham ye...

-HOMESTAY
view dekat homestay kami

haa tu homestay kami ada nur pulak kat situ ye


ni sahaja dapat saya kongsikan..jika ada masa dan peluang sya nak pergi lagi.. Best!
sempatlah aq berjalan di pasar Filipin cari fridge magnet untuk bawa balik as cenderamata..ikan bilis mata biru..dsb  Bolehbahkalakau!

Ahad, 6 Ogos 2023

Cara buat_dadih_puding_ mudah sangat!

Assalammualaikum. Sihat ke awok mu? Haa, saje ler hari ni  kitew nak share resipi buat dadih laici mudah dan simple tak perlu banyak bahan pon. 



-1 paket serbuk dadih perisa laici

-gula sirup dalam paket tu(biasanya dia sediakan dalam paket serbuk dadih tu)

-susu cair 1 tin

-susu pekat (1/2)

-garam secubit jer.


Masak air putih 3L, biar menggelegak. Pastu, slowkan api, letak susu cair 1 tin, susu pekat manis. Untuk susu pekat manis tu, aq letak hampir nak separuh tin. Tapi x sampai separuh sangat pon. Kalau terlebih terkurang manis adjust situ la. Kalau nak kurang manis, jangan sampai separuh tau. Sebab, dalam serbuk dadih yg aq beli tu ade gula dah tu. 

Just aq guna susu pekat manis nak bagi rase lemak die. N secubit garam. Ciput je letak.. jangan banyak pulek. Tujuan die rase lemok2 gituh. Hhahak. Tapi aq cam letak tak sampai secubit pon ghisau jadi gulai je nanti. Boleh gantikan susu pekat manis dengan gula kalau x de susu pekat manis tu. Tapi rase die x berlemak la. Ha...kacau2 sampai sebati. Pastu. letaklah serbuk dadih. 

perisa Laici hhihi

Jangan lupa satu lagi serbuk sirup yg kecik molek ada dalam plastik serbuk tu biasanya.

Kacau2 sehingga sebati dan menggelegak. Biar betul2 masak then tutuplah api..biar die macam rasa suam2 sikit..baru letak dalam bakas.Then, tutup api. Kalau nak cantik, biasanya lepas kita kacau n tutup api tadi akan kluar buih2 kat permukaan tu..buang lah buih tu.. 

TADAAA!
dalam 20 lebih bekas boleh dapat. Ada yg tak cukup bekas tu, aq bantai je la ,mangkuk mana2. Pastu, simpan dalam peti ais.