Sabtu, 10 Oktober 2020

Pengalaman melawat tempat bersejarah di Istana Bandar,Banting

Hai Assalammualaikum semua..sihat ke tuu?

Sebelum memulakan penceritaan saya, saya buat kajian pada 9 Feb 2019 .Saja nak throwback.Hihikss.

nampak tak  tudung kuning tu..tulah aq hahaha

Saje aku nak buat tajuk ni. Aku nak cerita pengalaman aku ni.Sebenarnya,kalau tak ada kerja kursus Sejarah time aq Stpm, memang tak la jawabnya aq pergi ke tempat bersejarah macam ini tau..hahahaha..  Tajuk kerja kursus Sejarah tu aku dah tak ingat lah pulak tajuk dia tapi, die seakan-akan berbunyi begini.. "cari tempat bersejarah tempat die start bina dalam tahun  1980 sehingga 2015". Bayangkanlah wei, nak cari kat mana lah tempat bersejarah ni..huhu..dan dalam satu kelas,setiap pelajar tak boleh sama tempat. Huh apa lagi,semua berebut cari apa semua.

Cikgu Najib kata,masjid boleh tak kesah apa apa tempat yang dibuka dari tahun 1980 an sehingga 2015. Ada pelajar tu pilih,Masjid Putrajaya,Masjid Shah Alam,Mall macam Giant , Muzium galeri Sultan Abdul Aziz kt Klang and banyak lah..Aku time tu,dahlah asrama,kalau nak balik search-search tempat ni time Jumaat, Sabtu, Ahad SAHAJA tau.Bak kata cikgu Najib, "MASA MENCEMBURUI KITA".

Ramai kawan-kawan aku dah jumpa tempat nak buat kajian and aku masih tercari-cari lagi dimana tempat kajian yang aku nak buat.Hmmm..

Then,satu hari aku search lah tempat yang jarak perjalanan senang sampai, I mean, yang dekat dengan rumah aku. Then ayah aq suggest Istana Jugra. Rupanya,lepas search kat Google. Sama je nama dengan Istana Bandar. Ada banyak nama antaranya (Istana Jugra/Istana Bandar/Bandar Temasya).

Selepas aku confirmkan tajuk ini dengan Cikgu Sejarah aku, bermulalah alkisah dimana pengalaman paling best dan beri semangat kepada aku untuk nak lawat lagi bangunan bersejarah selain tempat ini.

Oleh itu, aku pun..search la segala maklumat mengenai mengenai Bandar Temasya ni. Ramai yang tak tahu termasuklah aku. Satu lagi, bersyukur sangat sebab jarak antara rumah aku Bandar Saujana Putra ke Istana Bandar ni dalam 28 minit je. Kira okeylah sebab lalu highway je guys.

2 minggu sebelum aku pergi ni,time tu cuti sekolah seminggu.So, aku cari nombor fon ketua yang menguruskan bahagian Istana Bandar iaitu Puan Norhazita bt Sumali dekat Facebook sebab aku tengok dekat Facebook beliau aktif.Tergerak hati aku untuk mencari nombor telefon beliau kerana disebabkan bisikan syahdu umi ku," ehhh Syidah,dok kang mu gi sane dok khabor mende mende?mu tepon orang hok jaga tempat tu,bagitahu kita nok wat kajian ke mende ke..takkan gi saje gitu," Hambik kau,penangan mak aku. Alhamdulillah dapat jugak call Puan Hazita,beliau sangat baik oranganya senang faham hasrat kita. Walaupun suara garang dia memecah suasana, kau kena be calm and cool je.Kalau tak de beliau punah harapan aku untuk interview beliau.

9 FEBRUARI 2019

Haa ini adalah tarikh aku pergi. Alhamdulillah ayahku sudi nak hantar..biasanya die suh naik grab je dan ayah aq memang suka anak dia berdikari.Ayah dengan mak aku yang hantar waktu tu.Penat jugak sebab pagi tu,aq buat interview di Taman Putra Bestari tepi Lrt Alam Megah tu. Ala balik pulak,makan sekejap dan solat. Kemudian,terus gerak ke Istana Bandar. Dalam perjalanan,sikit lagi nak sampai tu...adik aq yang keempat nak terberak la pulak. Aku dah lah tengah kejar masa.Boleh pulak dia buat hal.Ko rasa??? ayah aq cepat cepat cari masjid terdekat  then tinggalkan sebentar adik aq yang buat hal dengan mak aq sebagai peneman.Alhamdulillah,selepas tengok maps,akhirnya sampai jugak ke destinasi pilihan hatiku, Agitchuw. Aku dan adik kedua aku yang turun sebab dia akan jadi camemerawoman aku sebab dia perempuan. Disebabkan hal adik aku takdi,aku telah terlewat dalam 20 ke 30 minit macam tu weyh. Ya ampun. Nasib aku dapat cari Puan Puan Hazita. Kalau tak mesti dia dah balik. So, korang tolong jangan jadi macam aku. Kita kene sharp atau pon awal sebelum masa yang dia dah tetapkan. Tak kesah lah sesiapa yang kau interview tu selagi kita bernama manusia, tepatilah masa.

Lepas dah jumpa beliau,beliau bawa aku ke satu bilik khas untuk para pelawat. Kat situ penuh pemplet dan banner. Memang sangat membantu dalam menghasilkan penulisan aq tau. Korang snap je ngan camera. Siap!

Aku sebenarnya first time interview and tak ada pengalaman pon lagi.Boleh pulak time tu fon aq storan penuh pulak. Nasib baik ada camera phone ayah aq dan camera go pro.

Banyak benda aku kena tanya dan aku dah siapkan soalan kiranya tengok skrip je la. Setiap apa yang puan Hazita kata tu EMAS tau. Kalau boleh jangan terlepas something. Sebab maklumat-maklumat pasal bandar bersejarah ni jadi lebih tulen berbanding dekat google.gitulaa ibaratnya..hehehe

Apa yang aq perasan kan, rakyat kita macam malas dah nak lawat bandar-bandar bersejarah tau..aq lah tu org nya.Hahahha. Mereka lebih suka pergi mall,taman,waterpark je la selalu ramai yang kunjung. Betul tak?Lagi-lagi tengah covid lagi la mereput dekat rumah.hehe.

Antara tempat yang aq syorkan adalah Istana Bandar.Memang tengok dari segi luaran binaan ni macam lama.Tapi bagi aq lama tu lah LEGEND,bro.Puan hazita pon ada bagitahu walaupun Istana Bandar terletak tepi rumah orang,namun kebanyakan yang datang ke Istana Bandar bukanlah majoriti dari penduduk situ. Ada yang datang dari Negeri Sembilan,Serdang,Perak dan banyak lagila. Nampakkan?kalau dah minat tak kisah lah kita duduk ceruk mana pon,kita yang nak kita berkorban lah..hihi.

nilah suasana yang aq dapat gambarkan.

bye bye

apa apa soalan diminda diizinkan bertanya di ruangan komen di bawah hihiks

Jumaat, 9 Oktober 2020

Giveaway by ejulz & raydah

Hai Assalammualaikum semua,have a nice day!hihiks.

Jom kita join segmen giveaway by ejulz and raydah guys. Kemungkinan kali inilah rezeki kita semua dapat.Hehehe Jangan pernah berhenti mencuba..Keep fightinggg!

Apa-apa jom klik banner diatas untuk mengetahui syarat-syarat yang ringan je.Hihiksss.

Tarikh tutup:- 15/10/2020 cepat..jangan menyesal di kemudian hari hehehehe.

DONE subscribe

rasyidahshere (utube)

rasyidahsheresimpleblog(blog)

Khamis, 8 Oktober 2020

Cara buat tajuk blog kita ada di carian Google menggunakan Google Search Console

Assalammualaikum semua. Saya saja nak tunjuk cara bagaimana tajuk blog kita cepat ada di Google.Sebelum itu,saya nak bagitahu la kelebihan gunakan Google Search Console.

Antaranya :-

-selamat

-kita dapat tahu blog mana yang paling ramai orang singgah

-bila ada tajuk kita di Google,mugkin rezeki kita cepat untuk tambahkan pendapatan di Google Adsense.

"Mesti google Adsense ni pikir,bagus budak ni pilih jalan selamat,"

ini saya rasa laa..hehehe..tapi google adsense pon saya baru buat dan naiklah jugak dari $0.00 sehingga $0.16. Alhamdulillah,walaupun tak banyak tapi ada lah jugak peningkatan..hehehe..

Untuk pengetahuan korang,setiap kali post blog terbaru, terus ambik link dari blog dan paste je kat url di Google Search Console.

Korang jangan marah saya pulak sebab tak semestinya bila dah submit link kat Google Search Console tu hari tu terus tajuk blog korang ade kat Google.Tidak ye kawan. Ambik masa dalam 2-3 hari jugak tak pun seminggu lebih maybe untuk mereka terima request kita tu. So, paling penting BERSABAR. Bersabar adalah kunci Kejayaan. Al Sobru Minal Iman(Sabar separuh daripada Iman)

Sorry intro yang panjang sebab nak bagi faham.Kan main ikut tapi tak tahu function payah la pulak kan?

jom start!

Step 1:

• tekan ni πŸ‘‰πŸ‘‰GOOGLE SEARCH CONSOLEπŸ‘ˆπŸ‘ˆ
• tekan START
• maaf saya tak berapa ingat,tapi rasanya dia suh masukkan e-mail yang kita guna untuk blog kita ya
• Kemudian nanti akan keluar macam ni πŸ‘‡
Sorry nampak kabur.Tapi masih boleh nampak kan?
lepas dah keluar macam tu, tekan atas belah kiri ikut anak panah warna merah tu.

Step 2:
- tekan ADD PROPERTY

Step 3:
- next, masukkan link blog korang, kalau korang ada domain sendiri,masukkan link belah kiri dan kalau korang tak de domain atau tak beli (cth: https............. . blogspot. com) masukkan link korang di sebelah kanan. settle eeeehhhh..
-lepas korang dah letak link semua,lepas dah settle apa yang dia mintak tu,korang akan nampak link blog korang di bahagian atas belah kiri macam saya punya. Ini maksudnya,blog korang selamat la nak buat apa-apa pon dengan Google Search Console ni.

Step 4:

Selepas itu,biarkan sebentar. Now, buka tab lain > buka blogger.com > Post

-Cari tajuk mana-mana tajuk yang korang nak supaya tajuk tu ada di carian Google. Kalau saya,saya buat semua. Hahahaa..tapi kali ni korang try la satu dulu.
-Tekan tajuk post yang awak nak dan sebelah kiri dalam post tu cari perkataan PERMALINK. scroll scroll lah ke bawah.Jap bagi ss takut tak faham ye.

Lepas  dah jumpa PERMALINK,tekan permalink dan kat bawah tu dah ada dah link blog kita untuk tajuk tu,copy dulu.

-Next, bukan tab yang Google Search Console tu,pastekan link tadi dalam kotak search URL seperti gambar di bawah ye. Tekan je ENTER lepas dah paste.
Step 5:
-Lepas tekan Enter, akan keluar macam ni kan?πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
Okayh,yang saya garis merah tu,link awak paste tadi. Next,tekan REQUEST INDEXING

haaa,korang tunggu laa die indeks tak lama pon dalam 1-2 minit la paling kurang.Sampai dia keluar macam gambar kat bawah ni..πŸ‘‡

Tekan GOT IT. Siap!

Nanti gambar nya macam ni balik btw jangan risau yang penting korang dah buat step atas takdi kan?So tunggu la dalam 2-3hari ke..
Okayh nak tahu request kita dah accept ke belum kan, cek balik dengan copy link yang di permalink tu paste kan kat dalam kotak search URL di Google Search Console keyh..
ini contoh dia dah terima dan tajuk blog yang kita dah daftar hari tu Insya Allah ada di Google tapi bawah bawah lagi. Nanti lama-lama tajuk tu akan naik sendiri. Nanti lepas dah approved hijau macam tu,try search kat Google tajuk blog korang.

Selamat Mencuba

Faham ke tak faham komen aja di bawah keyhh!

Selasa, 6 Oktober 2020

CARA LETAK YOUTUBE DI SIDEBAR

Hai Assalamualaikum,saje nak share. Saya dapat daripada blog MizzRuby tapi saya ubah sikit.HEHE.Bezanya saya letak di sidebar saya je. jom! stay tuned.

STEP 1:

LAYOUT > ADD A GADGET > HTML/JAVA SCRIPT

Lepas dah tekan html/javascript tu, ambik kod kat bawah ni...paste dulu dalam tu.Letakla tajuk apa pon untuk box musix korang.Taknak letak tajuk tak payah letak. Jangan tekan save lagi!!

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†

Step 2:

Sementara korang biarkan dulu html/javascript tu, bukak YOUTUBE.

1.Search lagu yang korang nak letak dalam blog.

2.Tekan button SHARE macam gambar yang saya screenshot kat bawah ni ye

Step 3:

Tekan embed kod
Then nanti keluar kod html tu kan,copy semua. Pastekan die mana-mana,notepad boleh,microsoft word boleh,microsoft powerpoint boleh. Macam saya,saya lebih suka guna microsoft powerpoint,so saya paste dalam tu sekejap.

ni wajah di halaman utube ye

ni pula wajah di Microsoft powerpoint, nnti saya bgthu sebab apa kena buat begini ya.

Step 4:

Lepas dah paste dekat powerpoint, korang ambik yang saya highlight merah je daripada embed code yang korang dah paste dekat powerpoint takdi.

*pssstt,pastikan...ambik link tu betul-betul dengan berati-hati ye, start belakang simbol (") sehingga sebelum simbol (") (tengok link yang  warna merah tu)

Pastekan lagi sekali di link yang korang dah paste dalam html/javascript awal awal takdi dengan menukar sahaja link warna biru kepada potongan link yang awak paste dekat powerpoint takdi.(saya ingatkan lagi sekali,bukan semua link tetapi link warna merah je yang tukar)

dah siap,tekan SAVE
tengok hasilnya

Komen kat bawah ni jadi ke tak jadi!

*lupa nak bagitahu,fungsi saya suh paste embed code dekat powerpoint tu sebab kita nak amik link warna merah sahaja. Kalau ikutkan boleh je nak copy link warna merah dari embed code dekat youtube..masalahnya,dekat embed code youtube tu die pergi highlight semua sekali.So,nak tak nak buat la cara macam saya. Hehe selamat je dan selamat mencuba semua.