Rabu, 29 April 2020

Cara mudah letak watermark link url blog pada gambar mengggunakan Microsoft Powerpoint

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Hi Assalamualaikum,

Saja nak kongsi,kot kot ada yang nak tahu..Mesti ada di antara kita belum tahu dan nak tahu macamana nak letak link url blog sendiri dekat gambar kan?Yerlah takot orang tak dikenali tu main rembat je gambar kita dan sesuka hati mereka je nak guna gambar kita tanpa pengetahuan kita..bile letak watermark ni,Insha Allah,dapat jamin kita hidup bahagia lah..hahaha..


nampak tak yang dalam kotak line merah tu? haa yang tulah..

okayh sambung..
bukan lah kate..letak watermark ni takde orang boleh ambik gambar kita sesuka hati..Ada jugak yang lagi profesional akan buat apa sahaja dengan kebolehan mengeditnya.. Oleh itu,aq tunjuk "formula" ni adalah salah satu langkah pencegahan kita bersama. Sapa nak buat try lah..tak nak buat sudah..aq tak kesah..hahhaha..lek lek..ade je apps edit yg lagi senang tapi aq lebih suka guna powerpoint sebab tak nak download apps lain punya pasal. Susah sekejap je..lama2 dah buat rasa senang je.

1.Bukak powerpoinnt,



2.Insert gambar(caranya tekan "Insert" pastu tekan "this device"/"this pc")nanti cri lah gambar yang ko nak.

3. Lepas dah insert/masukkan gambar yang ko nak tu, pergi kat "Format" lepas tu tekan gambar dekat "anak panah biru".Lepas dah tekan, gerakkan cursor/mouse bawah gambar tu then klik "kiri" mouse,,tarik panjang sikit sebab nak bagi link blog ko muat dalam kotak tu..k settle utk bab ni..lepas tu biarkan dulu..



4.Cara nak ambik link? okeyh,pada masa yang sama ko bukak blog, "view blog" "blank link" dan "copy"


5. Lepas dah "copy", paste dalam kotak yg ko sediakan tadi ..

tadaaaaa!
6. lepas dah paste link blog ko, ko letakkan link dekat mana yang ko nak..macam aq,aq gerakkan/letakkan atas kepala aq sebab saja2..Cuba tengok gambar kat bawah dalam bulatan merah tu..nampakkan? Kemudian,ko kena satukan gambar dengan link blog ko..macam 2in 1..caranya macamana? okeh ni nak bagitahu, 1. tekan "home"(anak panah merah)  2.tekan "select all"(select all ni function dia nak bagi banyak2 bende yang ko nak tu di boldkan sekali dengan benda lain) contoh :- ko nak tekan link dan gambar dalam masa yang sama. Ehh ko faham tak apa aq melalut ni..hahaha



7. Masih lagi di bahagian "Home", Ko tekan "Arrange" ikut anak panah merah tunjuk tu.. Then cari  "Group" dan tekan macam dalam bulatan merah comel2 tu. Nantikan,secara automatik, 2 in 1.(maksudnya,kalau ko gerakkan gambar tu,link pon ada dekat gambar tu dan dia ikut sekali..takdela link dengan gambar tu terpisah)..faham eh..apa aq melalut ni..




8. Haaaa sikit lagi nak abis, lepas ko tekan "group" takdi kan, jadi macam gambar kat bawah ni.


9. Akhir sekali, cara ko nak save gambar yang dah edit ada link blog ko ni kan, senang je caranya.

  • klik gambar
  • tekan kanan mouse/cursor
  • cari "save as picture......."
  • cari fail untuk ko nak save gambar yang ko dah edit ni...
  • Then bila nak upload dekat blog,upload macam biasa la.. 
Siap!
It's Doneeee!

Selamat maju jaya,Semoga berjaya



bye



MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!


Cara screenshot(printscreen) menggunakan laptop atau pc

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Hi Assalamualaikum,

Sebenarnya,aq tahu ramai je yang dah tahu..tapi aq saje jugak nak share...hihi..untuk korang yang belum tahu..korang tahu tak,aq baru tahu boleh screenshot melalui laptop ni pon tahun lepas..haahhaha..tu pon secara tak sengaja..aq ingat lagi time nak buat kerja kursus sem 2..fuhhh kena cari bahan punya lah bnyak kat internet..malas lah nak tekan "save picture as" last2..kawan aq ajar ss atau screenshot je..kawan aq tu pon satu..baru sekarang nak bagitahu..kalau tak aq lama dah screenshot..hahahaha..

meh ikut cara ni..senang je..

1. Firstly...ko tengok dekat keyboard ko..cari perkataan "PrtSc"  dan gambar "Window" yang aq dh bulatkan tu..lepas dah jumpa, ko pergi lah kat mana2 ko try lah screenshot..Tekan serentak...macam ko screenshot guna tefon ko..

2. Lepas tu,nak cari gambar yang ko ss takdi, boleh pergi dekat "file"
cari "pictures"..Then dalam pictures tu ada file "screenshot"..haa..tulah tempat simpanan segala mak nenek yang ko screenshot ada kat situ..So settle!
Done!
Semoga berjaya!



MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!


Sabtu, 25 April 2020

Dot to dot puzzle


بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Hi Assalamualaikum,
Musim pkp ni,dah tak tahu nak buat apa kan?Sampai aq terfikir "apa benda aq nak buat ni..hadui..pejam celik pejam celik dah malam pastu tido,esok bangun mcm biasa..tengok tv bende yang ulang2 je..kebosanan melanda..hahaha..lagi2 puasa ni..

Ha korang.Nak bagitahu ni..best buat dot to dot puzzle weyhhh.. yang aq beli ni, ada nombor 1 sampai 3000..and aq dah siap hahaha..bukan aq je buat bende..nanti ada orang lain pulak ambik tugas..bila buat benda tu aq rasa macam....

1.aq pandai lukis
2.aq arkitek
3.boleh hilangkan kebosanan gak
4.best
5.fun

lagi lagi,ko guna pen warna warni kan, lagi nampak berseni...agitchuuuuw(bak kata kak lina pompom)



haaa...ko nampak tak tukang back up ni..hahaha..

kitorang buat dlm masa 3 hari ala malam je siang kadang2 kalau buat sehari aq rasa boleh je..non stop ar..stop pon solat ke..hahaha..ni first time aq beli benda ni dah jatuh chenta terus..
aq beli yang longest punya.. dalam Rm 4.90 + pos jnt(rm4.13)=Rm 8 hinggit lebih la..beli shopee je..
ni pon aq beli lagi tau.. tengah tunggu je ni bila nak sampai hahahaha..boleh lah buat hilang kebosanan kitorang ni..Korang bolehla la jugak beli kalau minat..
 muka depan dia


haaa die macam dalam gambar la..sama je konsep macam kita tadika dulu...kan dulu kan ada abc lah 123 lah..

haa..contoh macam ni, dulu kan kita sambung dari 1 sampai 10.. tapi yang buku aq beli ni, dari 1 sampai 3000 beb..halangannya tak banyak cuma die banyak kelirukan kita dengan nombor yang lebih kurang sama.hehehehe


die panjang tau..aq tak reti nak snap macamna


 haa ni sambungan sampai ke hujung..x de la panjang sangat..hehe


haa ni bhgian akhiraq snap yang ni dulu sebab aq baru terpikir nak pakai pen warna warni tu..maklumla first time dalam sejarah hidup aq beli mende alah ni..hahaha


yang lainnya

hihi

hihi tu jer


MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!

Rabu, 22 April 2020

bagaimana cara nak padam akaun nuffnang?

weyh help aq..aq dah buat dah contact us, isi form..pastu suh tengok email..x sampai sampai pon..acemane sebenarnya ni?


MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!

Review: Daripada breakout sampai la rasa ok sikit dengan Cetaphil


بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


Hai semua…assalamualaikum dan salam sejahtera
Aq buat entri ni bukan saja saja just nak membantu orang yang senasib dengan aq..ceh gitu la..nampaknye..ajom kita baca sesama..

Aq akan cerita sejak dari mula aq berjerawat sampai sekarang..hahaha..sekarang pon still ade lagi cume tak seteruk dulu2...Alhamdulillah..banyak kali juga berikhtiar…tak silap aq la..rasanya berjerawat sejak f1 tapi waktu f1 tu kat dahi jer..hmm time tu aq fikir ruam2 and tak tahu pon amende jerawat tak ambik tahu pon..hahaha..waktu sekolah menengah ni jugak..aq tak pakai fon..tak tahu langsung function pencuci muka..wakakakaa..lawakk..mesti korang pikir aq ni dok dalam gua ke apa an..hahaha..tak teringin pon nak cari cara jaga muka ke ape..naik f2 ng f3(dh start dah) bukan kat dahi je weyh..kat pipi pon ada..dah start nak ke arah kritikal tu..apa lagi..pinjam fon ayah mak la search ape bende hal laa ng muka aq ni weyhh.


2016
Kalau bab makanan,seafood pon aq BAHANG..orang Ganu says BAHANG means main TIBAI JE SEMUA TAK KESAH APA…bila dah jadi teruk macamni terus jaga makan habis..huhu..sedihhhhhhhh…sejak tahun ni maybe sampai ke hari ni….aq akan cuba elakkan makan bende-benda seafood..tapi kalau rase nak makan dan terliur sgt kan..makan je jugak..tapi ada padahnya la..aq pulak bukanla jenis suka selfie2 ni..tapi terpaksa selfie tgok ade perubahan ke tak kat muka aq ni..hahaha korang pon sama kan? banyak kali giler2xx la pakai pencuci muka tu pencuci muka ni..ntah la kadang surut sikit je nanti naik balik..mungkin die tgok kulit kot..cop tgok gambar di bawah ni.. 
9.5.2016

9.5.2016

4.8.2016

4/8/2016

kan..teruk giler kan..huhu aq tengok sendiri pon sheraammm..kalau ade bf ni lame dah kena tinggal..hhahahaha..gurau (menyampah)..waktu gambar kat atas tu aq dah tak kesah giler dah weyh possing macamane..nantok ko la..geram sebab tengok muka sendiri...tapi aq selalu pikir macamni,"kalau kita rasa kita ni ditimpa ujian ni..kita kena pikir jugak bahawa ade lagi orang yg lagi susah drpd kita"

Mungkin macam aq,sempurna pacaindera cuma aq jerawat ni je la..tapi ada lagi kat luar sana tu, yang kurang pancaindera cth penglihatan ke pendengaran ke..Jadi kat sini..kita kena bersyukurlah..okay..DON'T GIVE UP! FIGHTING!

Aq tak tahula apa sebabnya sampai aq boleh jadi macam ni,tapi aq rasa la kan sebab ni,
1.stress
2.tak jaga makan
3.kurang bersenam
4.kurang minum air masak

DITEGUR
Aq menyampah  dan terasa kecik hati betul kalau orang tegur muka aq..mula2 aq tak boleh nak hadap orang ramai.Serius..sebab tu aq lebih suka berkurung dalam rumah je.cth dialog..

#Seorang budak kecik nama Abu(bukan nama sebenar)
“ehh akak..apa bintik2 tu”

#Geng geng makcik bawang putih/merah/holland
“tak pergi jumpa pakar ke”

“cuba pakai ni..cuba pakai tuu…”

“tak pakai pencuci muka ke”

“eiyhhhh teruknya jerawat”


Korang hok muka licin tu tak tahu yang sebenarnya berapa banyak kali dah aq berikhtiar ni..aq nak je jumpa pakar..masalah duit pulak..sekali pergi berapa habis tu..even seratus beratus pon..aq rasa benda ni terbuang je..tulaaaa..kalau aq ni berduit lama dah aq singgah..doa doakanlah semoga aq cepat kaya..hahahhaa...aq sebenarnya hidup dalam kawasan yg sederhana je...ko paham sendiri la kalau orang kata SEDERHANA tu maksudnye macamane..bawah bawah aq pulak ramai adik..jadi apa apa pun aq uatamakan adik-adik aq je la dulu dan paling penting tak nak susahkan mak ayah aq la. Duit pon banyak habis beli pencuci muka je..kesian mak ayah aq..huhuhu..aq hargai giler la pengorbanan mereka..hahhaha.
.psssst# korang lain kali, kalau nak beli pencuci muka tu kan,beli lah yang starter kit..dapat la jimat duit korang tu..
okay sambung balik ehh..kalau korang nak tahu kan, sepanjang 2016 ni,aq tak nak pergi sekolah..tapi dalam hati nak belajar huhu..aq malu dengan kawan2 aq..kawan satu batch..satu sekolah..

Aq tahu je..dekat sekolah tu ade je kutuk2 belakang aq..malunya la..boleh dikatakan,di antara kawan-kawan aq..aq la paling teruk sekali muka nih..sbb tu kalau bergambar kan aq duduk belakang je..sebab aq rase tak de function pon aq…

Utk tahun 2016 ni,
Aq sangat sangat berterima kasih kepada kawan2 aq terutama kawan kawan sekelas aq..sebab korang adalah my truly friends do..sayang budak 5 ABU BAKAR.. aq sayang jugak 6 Jannatul Firdaus.Terima kasih banyak bagi aq support weyh..banyak kali jugak nangis tahun 2016..hahaha…perempuan kan.. kalau lelaki pon aq tak tahula pulak..hihiks

Kadang rasa fed up sangat..”asal aq tak mati je dulu..rasa hidup macam ni x der orang peduli pon..huhuhu”
Apapon korang..jangan persoalkan macam ni ye..kene kental,kene kuat..sentiasa ingat Allah beri Ujian ni sebab die nak uji ko..Ko mapu hadapinye..dan..memang benar pon orang kata “SETIAP BERLAKU ADA HIKMAHNYA” hikmah tu akan ada..Cuma cepat atau lambat lah..SABAR ADALAH SEGALA KUNCINYA.

Dan ia berlarutan sehingga..

2017
Alhamdulillah nampak makin surut hujung hujung tahun ni..aq tak ingat bulan 5 atau bulan 6 aq pergi klinik pakar kulit Ria,Bandar Saujan Putra, alhamdulillah aq disambut dengan baik hahhaa..rasa macam lame tak gi klinik sebab berkurung je kan..

Sampai kan time aq masuk bilik doktor tu aq pergi duduk kat depan meje doktor tu..yang sepatutnya tempat aq di sebelah meja sana tu..hahahha..doktor tanya..

"err...mana satu pesakitnya"

HAHAHA. sengih kera sumbang aq weyh..padahal dalam hati rasa nak ketawa
 guling-guling..rupanya tempat yg aq dduk tu untuk mak aq la..aq kena duduk sebelah meja...hahaha malu jugak..wat tebal muka je..jangan jadi macam aq guys. Die ambik hand sanitizer pakai then pegang muka aq ke kiri ke kanan ke mana ntah lagi tak ingat..Baik la doktor tu.Dah settle apa semua,die bagitahu apa sebab nya..

1.tukar cadar sarung bantal selalu
2.kurangkan makanan berminyak/ bergoreng
3.kerapkan minum air masak
4.tuala pon kene tukar
5.TAK BOLEH MAKAN AYAM

Alahhhaii..terkejut beruk aq takleh makan ayam...ayam tu dah lah sedap..aq bantai je weyh..tapi sampai sekarang aq pon kurang dah makan ayam...banyak makan ikan pulak sekarang ni..aq dah mewarisi ayah aq pulak dah..sebab die ponn memang tak makan ayam sejak aq belum ada dalam perut mak aq lagi..Waktu kecik dulu dia pernah makan ayam pastu muntah.. aq pelik la.. Aq rasa la kan maybe muntah sebab terlebih makan ke kita tak tahu..hmm by the way kite HUSNUDZHON je la eyh..

Ok..lepas settle cakap2 ng doktor, tunggu ubat.. dapat ubat antibiotik,dgn krim..alhamdulillah ubat tu memberi effect yg ok sikit laa..habis jugak dlm RM 200 jugak..so, korang bersedia ng duit sebanyak tu tau..
Then tak lama pon,ubat habis je..naik jerawat balik..maybe sebab makanan, air,atau cadar..entah di mana silap nya..padahal aq tahu banyak dah aq langgar pantang larang..

HUJUNG TAHUN 2017

Aq dapat tahu yang Cetaphil ni adalah produk  yang dijamin BAIK untuk muka yang sensitive..Aq tak tahu Cetaphil ni banyak jenis..Aq main ambik je dah la mahal..HAHHAA..Aq tak pernah lah pergi Watson atau Guardian..sejak pada tahun 2017 ni la..aq mula pandai nak ke sana..Hehhe..2017 dan 2018 aq pakai pencuci muka Cetaphil je..air suam panas la..kalau malas pakai air paip tu je..

oktober

jerawat tu ada je lagi.. dalam hati(sedih x selicin org lain)kahkah..Tak kesah lah weyh sebenarnya bagi aq kan,memang Alhamdulillah la..sebab tak seteruk 2016
Terima kasih Cetaphil sangat terharu.. 
Lawak betui muka aq..jangan tengok lame2..

 2019

2019
Hmm tahun ni last Stp,jerawat aq ada lagi weyh kalau dekat2 nampak je ..tapi jauh2 x nampak sangat..berbeza la dengan gambar dulu 2016,yang mana bila tangkap gambar dekat nampak jerawat jauh pon nampak..hahaha..Tahun ni jugak,aq baru tahu pasal skincare ape suma tu..yang kena ade mosturizer tu kan..aq tak layan sebab tak de duit la nak beli..hahaha..duit pon banyak guna untuk belajar..So,aq hold on dulu..aq pakai ni je Aloe Vera yg 100%..Alhamdulillah okay..parut tak pasti hilang ke tak,yang pastinya..kalau jerawat naik aq sapu je..


2020

Bulan 1
kan kerja kan tahun ni,haaaaa,,yes! Tandanya ada duit..jadi aq mampu laa beli starter kit Cetaphil....Aq beli starter kit yang dah ada mosturizer ng sun apantah..yg uv uv tuu..haa..setiap kali gi kerja aq pakai..rase nya lembut lembut gitulaa..sampai sekarang la pakai..macam okay sikit la..
Pastu aq beli BENZYL PROXIDE jugak

benzyl peroxide
benzyl peroxide atau benzyl Ac ni, pakaila time jerawat naik tu kan..rasa macam menggunung naik,terus letak..aq biase letak sebelum tidur..kadang kadang ingat pakai je..best rase die maca sejuk je..hahaha..aq beli kat Shoppe hari tu die buat harga murah je.. rm 8 lebih rasa..takdi pon aq survey dalam rm 10 pulak,entahlah ko try cari dan jangan lupa tengok date expired bila ke..kadang murah tu ada maksud..hehehehe

MOSTURIZER
Ni pulak mosturizer yang aq cuba pakai tahun ni..harap menjadi la.. yang aq belini dalam RM 37 lebih..kalau kat Watson atau Guardian lagi mahl la drpd ni..dan expired nye pon yg aq beli kat Shoppeee ni pon tahun 2022..So, bagi aq selamat lagila untuk aq pakai.

satu lagi,


micellar water

Pastu aq beli ni tak silap yang kecil harganya dalam RM 11 lebih..aq beli ni pon sebab bila kita pakai mosturizer ng sunscreen tu kan,kalau basuh muka dengan air(terutama ambik air wudhuk) mcm tak hilang sepenuhnya tau,tambah2 lagi bedak2 yang ko dah tempek kat muka tu..so better guna micellar water ni dulu sebelum ambik wudhuk..ambik tisu letak sikit micellar water tu terus sapu kat muka ko..buatlah macam nak nyahkuman daripada muka ko.


Haa tu je la setakat ni.. buat je ng apa yang ada apa yang mampu dengan bajet ..nanti ada duit lebih,beli la pulak toner ke..ko buatlah penambahan.Setakat ni aq pakai Alhamdulillahh..bukan hilang terus tapi,parut je yg ade..pencuci muka pulak,lepas ni,aq nak try yg Oily yg jenama cetaphil jugak tu..ntah apa nama..

Tambahan: kalau aq ABC naik aje jerawatnya.Nanti surut balik..macam ombak air laut tu..
now,in 2020 Aq yg tudung hitam tu.

Now inilah aq. Inilah Kisah aq..Doakan semoga aq dan kawan-kawan berjaya dunia akhirat.



MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!


Isnin, 20 April 2020

Cara cari code colour

assalamualaikum,salam sejahtera..

sape rasa nak cari code untuk colour tapi tak jumpa..jangan risau..ni link die (tekan sini)

jangan risau tak tahu..meh tengok cara untuk yg belum tahu..

tekan je mana2 colour yg awak nak..nanti dekat anak panah merah tu..automatik die bagi code..copy dan paste kat mane2 okay..done.

psssst...code ni biase guna untuk nak setting background ke scroll bar ke..mcm2 boleh..

MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!

Selasa, 14 April 2020

Cara buat pengeluaran kwsp terbaru!!!!

Guys,ade cara baru rupenya..fuh mesti yg hantar melalui emel tertunggu tunggu..bile nak smpai..bile nak smpai..

Haa meh tekan link kt bwah ni


Direct permohonan anda dlm proses nnti.

Apa lagi tekan sekarang..
Elok elok isi..tarik nafas Bismillah.

Meh tgok step simple ni
1.tekan link tu..die akn bawa kita ke sini..tgok gmbr kat bwah ni..

 2.tekan permohonan baru..then isi la ape yg patut..


 3.last sekali tanda je sume kotak tu..tekan jugak kotak im not robot tu tau..nnti die bg peringatan nak semak semula atau terus hantar..pastikan semua maklumat tu diisi dengan betul.


 4.haa ni contoh lepas dh tekan hantar.


Bye..
Semoga bermanfaat..



MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!






Sabtu, 11 April 2020

CARA NAK HANTAR BORANG I AKAUN DI EMAIL/GMAIL

Okeyh first..tak mahir sgt bab kwsp..sbb aq rse aq kecik je lagi.
Tapi bile PM kita kata boleh buat pengeluaran..automatik ramai kalangan kita terutama ibu bapa kita pening. Pesanan saya..better mak cik Kiah suh ank mak cik yg buatkan..sbb mereka boleh lah tahu serba sedikit pasal IT ni. Kalau ank makcik tak thu, tanya la jiran2 mane tahu dorang boleh tolong..betul tak?

kenapa saya buat entri ni? hehehe..bagus soalan. Sebenarnya sape yang ade dah I akaun senang..tup tup..isi semua.. permohonan berjaya hantar..tunggu duit je masuk. Alhamdulillah, umi ng abahku ade I akaun. Yg jadi masalah skang jiran aq n kakk kat tempat kerja...hihi..diorang tahu je pasal IT ni cume nak menghantar melalui emel tu mereka pening.. Saya harap apa yg saya dh buat utk jiran dgn kakak tempat kje tu betullah .. Skarang ni tunggu die SMS je. Insha Allah.

ok masalah nye mcm ni, diorang yg mintak tlong saya ni adalah pengguna yg tidak mempunyai I akaun. Diorang dh siap isi apa semua dah.. cantik semua..hihi.. cop!! sapa yg takthu camne nk start boleh la tengok blog  sis nurul ni..(SINI) apa-apa hal..boleh la tanya sis ni..sis ni bnyak membantu tau..tq sis..love u..

saya bukanlah nak cita pasal cara nak isi ke apa.
just simple je ni. nak cita pasal cara hantar benda tu kt email.
paling penting mcm kak nurul tu ckap pastikan tak lebih 2 mb tau.
mcm apa yg awak bace pasal entri kak nurul tu die guna pdf punya kan..

Mcm saya,guna fon je.. Klau yg guna fon senang sikit..download je dlm  Play Store fon anda.. cari apps DECOMP. download la yer..

jom tengok step by step nye.

1. download apps DECOMP



2. Lepas dah download,First sekali, kalau die suh isi email time tu,awak kena isi la. bukak apps tu

3. Nanti tekan je kat tempat sy tunjuk anak panah tu,untuk ambik gambar yg awak nak compresskan tu.


4. Cari la imej yang awak nak tu. Contoh kalau gambar ic awak cri la gambar ic tu.
Ni contoh,saya pilih gambar yg saya nak kecikkan saiz dia.



5.haa bila dah tekan gambar tu, akan keluar macam ni..ha awak adjust ikut yg awak nak.
Saya tak adjust apa pun start terus taknak buang masa..hahahhaa.

6.Haa lepastu die buatlah kerja dia automatik siap..tunggu je la..dah siap.. Done..
nampak tak? drpd 397.5 kb..kecikkkan jadi 61.4 kb je. Sangat magic..hahahaha.

Done untuk tutorial ni..hahaha.. SELAMAT MENCUBA SEMUA
sapa yang dah buat tu,meh sini comment,bagi pandangan,or apa2 la..tinggalkan jejak ke..jangan malu jangan segan..bye2



MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!












Jumaat, 10 April 2020

Part 2: Perjalanan dan pengalaman belajar di Tingkatan 6(stp)


Is This a Fantastic Idea and Supply to Check SEE Result Nepal by ...

Hey korang yg tengah baca ni..assalamualaikum.
sorry ler lama tak update. internet dh laa ciput..takde mood aq.
sorry jugak SBB LAMA x update. Kan aq dh jnji nk up to date pasal ni... sila tekan ni .Pastu sampai sekarang terus tak bukak2 blogger smpai ke hari ni.

guys..

Alhamdulillah. Aq mencapai pointer yg bukan shj aq nak dn semestinya pelajar2 yg dduk kt situasi aq pon mesti nk kn bende yg sama..iaitu suatu KEJAYAAN. Aq berjaya mendapat 3.25.Aq sangat bersyukur dan inilah usaha aq selama ini. Kawan2 aq yg lain lebih lagi drpd aq. Aq turut bergembira atas kejayaan mereka. Bukan senang nk merentas onak duri..luas lautan...ni..fuh. Hanina pulak..memang power guys. dia dapat 3.58..memang bagus..sangat bagus. itulah usaha dia selama ni. Memang kita tak nampak ape ujian die yg dia lalui.




muka aq memang takleh belah..x ready lagi ni ngek..hahahah


alhamdulillah kawan2 sekelas yang berjaya.
FIGHTING!!!

okay.dah lepas satu ujian. berdebar2 jugak tuh.

ujian yg mendatang ni plak..

aq kene isi upu..fuh banyak hari pedong otak aq..duk mikir ke bende ni..guys..kalau korang isi upu ni kan..kene pikir masak2 yerla masa depan ko kan..hehehe tu je. Dan sekarang ni..semua budak stpm,stam,lepasan spm semestinya tgh tggu result dapat kt U mane..insha allah rezeki ade je..cume cepat atau lambat..jangan pernah merungut..Allah ada bantu kita.hehe..

Sekarang ni..palin..paling..paling mencabar adalah ujian menghadapi Virus corona atau Covid-19.
Pesanan saya kepada semua..stay safe and stay at home.


MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!