pemburu malam Lailatul Qadr PERBANYAK DOA KEAMPUNAN DI MALAM LAILATUL QADAR Kita sudah di 10 mlm terakhir Ramadhan dan dalam fasa terakhir ini terdapat satu malam yg penuh dgn keberkahan yakni malam Lailatul Qadar yg mana ianya lebih baik daripada 1000 bulan. Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?” Jawab Rasululullah SAW: “Berdoalah: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku” (HR Tirmidzi No: 3435) Status: Hadis Sahih Janganlah kita mensia2kan fasa terakhir bulan ramadhan ini kerana kita mungkin tidak berpeluang lagi utk mendapatkan ramadhan yg akan mendatang. Jom usaha sungguh2 dengan mem...