Review kamera Samsung Galaxy A35
Pengalaman Pertama di Lalaport: Tempat Menarik untuk Dilawati di Kuala Lumpur
Salam, hai semua.
Pada hari Sabtu lepas, Syidah ke Lalaport menemani roommate nak beli baju katanya. Kitorang bukan yang jenis keluar selalu, memang jarang. Syidah pun pada awalnya susah untuk keluar-keluar macam tu sebab kita pun student duit pun urmm kalau tak ada better tak payah HAHA. Macam roommate Syidah ni memang kerja part time. So, adalah sedikit income dia begitu. Perjalanan kami adalah dari LRT Gombak to Kl sentral. Then dari Kl Sentral, kami naik Monorail. Nak ke monorail tu, kami kena masuk dalam Nu sentral mall baru jumpa Monorail tu. Then korang berhenti kat Hang Tuah. Die link dengan mall Lalaport dah, so tak perlu jalan jauh-jauh pun. Oh iya, tempat asal Lalaport ni rupanya penjara Pudu yang pernah dirobohkan dahulu dan akhirnya dibina mall.
Sebenarnya, ini adalah kali pertama Syidah pergi mall Lalaport ni. Masuk je mall tu agak terkejut sebab tak rami orang. Kebanyakan yang Syidah jumpa pun Cina sahaja. Orang Melayu kurang nampak. Compare to Melawati Mall, punyalah ramai orang ya. Seriously, di Lalaport Syidah perasan banyak tempat-tempat kalau kita nak acah-acah study dan mesra dengan bunyi.
1) GSC (cinema)
Antaranya, tempat rehat di GSC. Syidah ingat bising lah kat situ, sekali pergi tak bising pon. Menarik tempat dia siap ada buaian HAHAH.
2) Book Excess
Lepas itu, Syidah masuk BOOK EXCESS. Sangat besar ya tempat dia. Syok jugak nak baca sudut-sudut tersembunyi. Rekaan dinding dia pun menarik tau. Hari tu syidah pergi siap ada orang shoot untuk convo tau.