Langkau ke kandungan utama

Pentingnya Sunnah Rasulullah SAW

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!


copy@paste
from:azhar jaafar
utk memudahkan kawan saye mengetahuinye.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buka akaun bank💸 di Maybank🐅

Hai assalamualaikum,buat apa tu?aq harap sesiapa yg baca entri ni sihat-sihat semua ye. Percaya ke tak nak percaya,umur aq 20 tahun baru buat kad bank sendiri..hahahaha Memandangkan musim Covid pada tahun ini(2020), nak buat buka akaun bank ni ambik masa 2 hari. Okeyh jom start dengar cerita aq. Awal pagi aq bangun,dah solat la subuh..lepas tu tengok tengok blog orang..kikikiki.. saja blogwalking..kemudian,dalam pukul 9 lebih macam tu,adik aq yg umur 18 ni,dapat wasap daripada cikgu IKN (Institut Kraftangan Negara) maklumla,nak masuk diploma bahagian Batik.  Cikgu dia kata, kena buat Maybank lepastu nak salinan "muka hadapan buku bank". Aq tak paham gak tapi buat faham je la,dah aq pon tak ada bank sendiri rasa macam tak perlu aq pikir..teruk nya aq weyh..tolong jangan jadi macam aq. Kebetulan ayah aq kerja,mak aq pulak tak pandai bawak kereta, naik grab banyak gak kene cas tu, nasib baik ade jiran yang sudi hantarkan. Aq panggil jiran aq tu Cik As,serius weyh..kalau tak ada ...

Nota tambahan Nahu: Maful fih(المفعول فيه)

المفعول فيه 👈اسم منصوب (يذكر لبيان زمان الفعل أو مكانه) Mafulun fih ni adalah Isim Mansub(sentiasa baris atas la maknanya) Ia juga bagi menerangkan masa dan zaman. ظرف زمان إذا دَلَّ على زمن وقوع الفعل 👈 Dinamakan  mafulun fih(zorof zaman) sebagai masa untuk melakukan sesuatau perbuatan itu. 👈ظرف مكان : إذا دَلَّ على مكان وقوعه. D inamakan  mafulun fih(zorof tempat) sebagai tempat berlaku kejadian itu. Zorof di bawah tajuk mafulun fih.So, basically dia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu zorof zaman(masa) dan zorof makan(tempat) Di bawah setiap zorof ade contohnya. Untuk membina ayat menggunakan zorof ini, 🔖Kita kena tahu atau tentukan tempat die di belakang sekali atau di tengah ayat. 🔖Kita kena tahu zorof ni (mansub). Contoh, خَلْفَ،دُونَ، يَسَارَ 🔖Selepas zorof ini,kene majrur iaitu baris bawah.Contoh ayat:- السيارة خلف البيتِ 🔖Contoh lain:- Semoga bermanfaat. Ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah.👇

~Lirik lagu tanya sama pokok mawaddah~

TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB POKOK  ANGIN YANG GONCANG TANYA SAMA LANGIT APA SEBAB HUJAN NANTI JAWAB LANGIT TANYALAH AWAN AWAN NANTI KATA AKU KANDUNG AIR SAMPAI TEMPAT SEJUK AKU PUN CAIR LIHAT DALAM AIR ADA BAYANG-BAYANG CAMPAK SATU BATU BAYANG PUN HILANG LIHAT DALAM TAMAN TERDAPAT BINATANG POKOK-POKOK HIJAU INDAH DIPANDANG ARNAB SUNGGUH COMEL BULU WARNA PUTIH ITU TANDA BERSIH ALLAH PUN KASIH OH RAMA-RAMA ENGKAU SUNGGUH COMEL MERAH,KUNING,PUTIH BERBATIK-BATIK INDAHNYA DIRIMU BERANEKA WARNA  KESANA-KEMARI MENGHISAP BUNGA TANYA SAMA BURUNG  APA SEBAB TERBANG  NANTI JAWAB BURUNG SAYAP DIGUNAKAN TANYA SAMA IKAN  BAGAIMANA BERENANG NANTI JAWAB IKAN SIRIP DIGUNAKAN BERBAGAI TUMBUHAN ALLAH JADIKAN MASAM MANIS PAHIT DAPAT DIRASAKAN ADA BOLEH DIMAKAN  ADA BOLEH DIPANDANG SYUKUR PADA TUHAN TIDAK TERBILANG