Jumaat, 16 Oktober 2015

- Keterangan ayat surah Fussilat.


keterangan ayat 9- 12

#terdahulu telah diterangkan,bahawa Allah mnjadikan langit dan bumi dalam masa 6 hari
(baca tafsir juz 10)

#dalam ayat2 ini Allah menerangkan bahawa menjadikan bumi sahaja mengambil masa dua hari (dua masa yang tertentu).

#hari pertama ialah masa ketika bumi terpelanting (terpisah) dari benda asalnya,iaitu matahari(ketika ia sejenis gas yang bernyala-nyala)

#hari yang kedua ialah ketika bumi ini mulai dingin dan dipenuhi oleh air(ayat 9).Kemudian pada hari ketiga ,terjadi daratan dan gunung-ganang,dan pada hari yang keempat terjadilah tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang.

#jadi jumlahnya empat hari(ayat 10)

#dijadikan tujuh lapis langit pula adalah dalam masa 2 hari iaitu:
  *waktu ia terpisah dari matahari (ketika ia sejenis gas yg bernyala-nyala).
  *waktu ia telah menjadi dingin seperti bumi (ayat 12)

Jadi jumlah menjadi kan masa ciptaan langit dan bumi ialah enam hari ,bersesuaian dengan ayat yg terdahulu.

 Pada asalnya langit2 itu ialah seperti asap (ayat 11),namanya dalam ilmu Falak adalah sadim@(NEBULA)

SEKADAR BERKONGSI CERITA SEKURANGNYA ANDA TAHU DAN MENDAPAT ILMU SEDIKIT SEBANYAK.. I SHARE, U'LL GOT..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan