Isnin, 30 Januari 2023

Kisah lagu Tangisan Sebatang Tamar


penyanyi: Daqmie  penulis lirik: Ito Lara

Pernah tak dengar lagu ni? korang faham tak maksud tersirat tersurat lagu ni? Ada kisah tau disebalik lagu ni yg berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Syidah dengar sampai mengalir air mata sebak.

Syidah buat ringkasan ya. Asalnya, zaman nabi kita dulu baginda menggunakan batang tamar utk berkhutbah. Kemudian zaman up sikit, umat Islam semakin bertambah dan jemaah semakin ramai jadi mereka cadang untuk buat mimbar supaya jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah SAW. So, mereka pun tukar dan menggantikan dengan batu(mimbar). Jadi, batang tamar dah tak digunakan lagi. Pada masa itu juga, Baginda menyampaikan khutbah macam biasa dengan mimbar yg baru itu. Tiba-tiba terdengar seperti suara seseorang yg teresak-esak menangis. Bila baginda mengamati suara itu ternyata batang tamar yang selalu Nabi guna tu yg menangis. 

Sambungan.. dari petikan web Pameran Artifak Rasulullah SAW

Rasulullah ﷺ tersenyum. Lalu Baginda turun daripada mimbar dan menghampiri pokok tamar yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah ﷺ meletakkan tangan pada batang pokok tamar dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan.

Rasulullah ﷺ berkata pada pokok tamar itu: “Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى agar engkau akan menjadi pokok di syurga, supaya para wali Allah dapat memakan buah-buahmu.”

Batang tamar itu menjawab: “Saya memilih untuk ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga supaya wali-wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat dimana di dalamnya saya kekal.”

Lalu goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah ﷺ kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah ﷺ berkata: “Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana ini!”

Rasulullah ﷺ kemudian menyuruh supaya ditanamkan batang pokok tamar itu berhampiran mimbar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga.

Jabir RA berkata, “Pokok kurma itu juga menangis apabila ia mendengar orang berzikir atau mendengar bacaan al-Quran dekatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Inilah kisah batang kering dari pohon tamar yang menangis kerana sangat rindukan Rasulullah ﷺ. Begitu kasih, cinta dan rindunya sebatang pohon tamar ini kepada Rasulullah ﷺ hanya kerana Rasulullah ﷺ beralih mimbar untuk berkhutbah. Allahhuakbar!

Hasan al-Basri apabila meriwayatkan kisah ini, beliau pun menangis dan berkata; “Wahai hamba Allah! Batang tamar pun rindu kepada Rasulullah , maka kamu semua lebih utama untuk merasa rindu bertemu dengan Rasulullah .”

Cuba kalian bayangkan! Itu hanya sebatang pohon tamar yang berada dekat dengan Nabi kita. Bagaimana pula dengan kita? Bagaimana dengan kasih, cinta dan rindu kita kepada Rasulullah ﷺ, nabi yang akan memberikan syafaat kepada kita di akhirat nanti. Nabi yang menangis kerana sangat rindukan kita walau tidak pernah berjumpa dengan kita, umat baginda.

Pernahkah kita menangis kerana rindukan baginda? Jika betul kita rindukan baginda, sejauh mana kita tunjukkan bukti kecintaan dan rasa rindu itu? Apa yang kita lakukan?

Berselawat kepada baginda juga amat susah sekali walaupun kita tahu akan kelebihannya. Allahhu. Ampunkan kami Ya Rasulullah ﷺ.


Tambahan: Hari tu ada handle program di uni Syidah(kelab),penulis lirik lagu Tangisan Sebatang Tamar pun ada..so kita sempat nangkap gambor ngn Ito Lara.Pak Cik Ito ni banyak buat lirik lagu,lagu kumpulan nasyeed Inteam, Hijjaz dan sebagainya. 


13 ulasan:

  1. Moga satu hari nanti ada peluang kita berjumpa dgn Nabi :(

    BalasPadam
  2. Terima kasih... dpt juga org kg ni, pengathuan sikit..

    BalasPadam
  3. Memang menarik dan makna yg mendalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! terima kasih datang jenguk sini hihi

      Padam
  4. nice sharing! zaty suka dengar lirik lagu yang poetic macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..faham bagusnya minat lagu poetic ni!

      Padam
  5. Banyak tersurat dan tersirat melalui lirik ni kan...lagu dan alunan suara pun sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,sangat mendalam maksudnya tambahan pulak lagu ni dinyanyikan oleh Daqmie lagi feeling.

      Padam
  6. lagu ni sedap...masa ammi memula dengar tanpa tahu maksud pun ammi rasa ada goosebump. Bila dah tau maksud liriknya lagilah

    BalasPadam