Aq rasa aq salah KOS universiti aq skang ni. Sebenarnya benda ni aq baru nampak start year 2 lagi. Tapi, aq tak buat pun pertukaran kos sebab aq blur tak tahu nak tanya siapa. Satu lagi, aq rasa aq teruskan je sebab aq mohon ptptn dan di ptptn tu lulus atas sebab kos yang aq ambil. Aq takut kalau aq tukar kos aq ni ptptn tu boleh ditolak. Terdesak nak pakai duit jugak time tu memandangkan ayah aq pun x dan nak support bayar yuran belajar aq ni. End up nya, sampai tahun ke- 3 semester 2, aq dah start rasa malas belajar sebab aq macam tak paham apa yang aku belajar. Aku jadi malas. Sangat berbeza macamana aq waktu Stp dulu. Result setiap sem pon makin drop.
Kenapa aq kata aq rasa salah kos? actually aq ambik kos bahasa arab kesusasteraan. Salah satu mungkin sebab aq tak buat research dulu mengenai apa yang aq akan belajar kalau ambik kos ni. Aq minat nahu tapi sorof tu kuranglah sikit. Aq ingat bila masuk kos ni banyak aq belajar mengenai nahu dan soroflah. Rupanya, kita belajar je nahu sorof dan apa yang aq belajar setakat ni sangat lah mendalam contoh kalau sebelum ni i'rab perkataan tu, waktu stp aq belajar..mafulubih mansub bil fathah..tapi bila masuk je uni ni..i'rab die panjang dalam 2 baris. Aq cam nak nangis dalam hati pun ada. Bila aq go trough lagi rupa2 nya. Kos yang aq ambik ni banyak yang ada dalam silibus pelajar STAM. Aq rasa macam gelap dunia je.
Kadang-kadang aq betul-betul fed up dan rasa hampa kalau tak boleh skor,tak boleh jawab kuiz ke apa. Sangat rasa diri ni teruk. Aq harap lulus je ni. You know what, mostly dalam kelas aq tu semua background maahad,mits,kisas,sam, macam tu..dipendekkan cerita, semuanya background sekolah agama yang ambik STAM. Budak KAA(KELAS ALIRAN AGAMA) macam aq ni berapa ketul je. Dan sangat sedikit ye guys. Boleh kira ngan mata rasa 3 ketul je..itu kalau dalam kelas aq la..kalau section lain im not sure lah. Apa yang aq belajar, subjek arudh qafiyah, arabic prose text,arabic poetry text, fikh sirah,usul fikh,ulum quran ulum hadis dan banyak lagi lah. Cukup-cukup makan je weh. Aq pikir nak amik kos arab yang mengajar2 cam tu..rupanya salah kos ish ish sabar dan tabah je lah wahai Rasyidah. Actually, kos aq budak2 kat situ panggil kos aq as BARB(arabic language and literature). Sepatutnya,kos yang sesuai ngan background aq ni ambik TAASL. Taasl ni die arabic language and teaching la cam tu. So, aq cadangkan siapa yang dari Stp nak masuk Uia nak ambik bahasa arab kan..better korang ambik TAASL..Tapi,siapa rasa nak ambik Barb silakan. Classmate aq pon katanya amaze dan terkejut sebab budak stp macam aq amik Barb. Aq buat rilex je dan bila pikir balik bukan aq boleh undur masa pon. Aq harap cepatlah grad. Kalau cerita dekat parent aq pon, diorang tak paham. Parent aq blajar takat spm saje sbb tu apa2 hal aq banyak bertanya ngan kawan-kawan macammana tu..macamana ni..
Bagaimana dengan tanggapan orang kat rumah, sedara mara dan jiran tetangga aq? Ok, setiap kali terjumpa diorang, semestinya diorang expect tinggi kat aq. Kata aq budak bijak lah ambik bahasa arab lah..hakikatnya bahasa arab tu banyak cabang ye makcik2. Bahasa arab aq ambik ni lebih kepada syaiir, bait bait syair, sajak arab, macam tu... pastu ade jugak expect aq ni tahu pasal hukum hakam syariah fikh tu.. aq benda basic setakat ni Insya Allah bolehla untuk hidup, tapi jangan lah sampai anggap aq tau semua benda. Acik2 kena tanya pada yang pakar lah. Kalau tak leh jawab, buat muka pulak. Sabar je lah aq ngan dugaan hidup ini. Aq mohon doa dari semua yang baca entri aq ni semoga Allah memudahkan urusan perjalanan hidup aq. Kalau ada masalah,aq dapat selesaikan.