Langkau ke kandungan utama

Aku salah kos

     Aq rasa aq salah KOS universiti aq skang ni. Sebenarnya benda ni aq baru nampak start year 2 lagi. Tapi, aq tak buat pun pertukaran kos sebab aq blur tak tahu nak tanya siapa. Satu lagi, aq rasa aq teruskan je sebab aq mohon ptptn dan di ptptn tu lulus atas sebab kos yang aq ambil. Aq takut kalau aq tukar kos aq ni ptptn tu boleh ditolak. Terdesak nak pakai duit jugak time tu memandangkan ayah aq pun x dan nak support bayar yuran belajar aq ni. End up nya, sampai tahun ke- 3 semester 2, aq dah start rasa malas belajar sebab aq macam tak paham apa yang aku belajar. Aku jadi malas. Sangat berbeza macamana aq waktu Stp dulu. Result setiap sem pon makin drop. 

    Kenapa aq kata aq rasa salah kos? actually aq ambik kos bahasa arab kesusasteraan. Salah satu mungkin sebab aq tak buat research dulu mengenai apa yang aq akan belajar kalau ambik kos ni. Aq minat nahu tapi sorof tu kuranglah sikit. Aq ingat bila masuk kos ni banyak aq belajar mengenai nahu dan soroflah. Rupanya, kita belajar je nahu sorof dan apa yang aq belajar setakat ni sangat lah mendalam contoh kalau sebelum ni i'rab perkataan tu, waktu stp aq belajar..mafulubih mansub bil fathah..tapi bila masuk je uni ni..i'rab die panjang dalam 2 baris. Aq cam nak nangis dalam hati pun ada. Bila aq go trough lagi rupa2 nya. Kos yang aq ambik ni banyak yang ada dalam silibus pelajar STAM. Aq rasa macam gelap dunia je.

    Kadang-kadang aq betul-betul fed up dan rasa hampa kalau tak boleh skor,tak boleh jawab kuiz ke apa. Sangat rasa diri ni teruk. Aq harap lulus je ni. You know what, mostly dalam kelas aq tu semua background maahad,mits,kisas,sam, macam tu..dipendekkan cerita, semuanya background sekolah agama yang ambik STAM. Budak KAA(KELAS ALIRAN AGAMA) macam aq ni berapa ketul je. Dan sangat sedikit ye guys. Boleh kira ngan mata rasa 3 ketul je..itu kalau dalam kelas aq la..kalau section lain im not sure lah. Apa yang aq belajar, subjek arudh qafiyah, arabic prose text,arabic poetry text, fikh sirah,usul fikh,ulum quran ulum hadis dan banyak lagi lah. Cukup-cukup makan je weh. Aq pikir nak amik kos arab yang mengajar2 cam tu..rupanya salah kos ish ish sabar dan tabah je lah wahai Rasyidah. Actually, kos aq budak2 kat situ panggil kos aq as BARB(arabic language and literature). Sepatutnya,kos yang sesuai ngan background aq ni ambik TAASL. Taasl ni die arabic language and teaching la cam tu. So, aq cadangkan siapa yang dari Stp nak masuk Uia nak ambik bahasa arab kan..better korang ambik TAASL..Tapi,siapa rasa nak ambik Barb silakan. Classmate aq pon katanya amaze dan terkejut sebab budak stp macam aq amik Barb. Aq buat rilex je dan bila pikir balik bukan  aq boleh undur masa pon. Aq harap cepatlah grad. Kalau cerita dekat parent aq pon, diorang tak paham. Parent aq blajar takat spm saje sbb tu apa2 hal aq banyak bertanya ngan kawan-kawan macammana tu..macamana ni..

    Bagaimana dengan tanggapan orang kat rumah, sedara mara dan jiran tetangga aq? Ok, setiap kali terjumpa diorang, semestinya diorang expect tinggi kat aq. Kata aq budak bijak lah ambik bahasa arab lah..hakikatnya bahasa arab tu banyak cabang ye makcik2. Bahasa arab aq ambik ni lebih kepada syaiir, bait bait syair, sajak arab, macam tu... pastu ade jugak expect aq ni tahu pasal hukum hakam syariah fikh tu.. aq benda basic setakat ni Insya Allah bolehla untuk hidup, tapi jangan lah sampai anggap aq tau semua benda. Acik2 kena tanya pada yang pakar lah. Kalau tak leh jawab, buat muka pulak. Sabar je lah aq ngan dugaan hidup ini. Aq mohon doa dari semua yang baca entri aq ni semoga Allah memudahkan urusan perjalanan hidup aq. Kalau ada masalah,aq dapat selesaikan. 




Ulasan

  1. Situasi rasyidah mengingatkan Cuya masa Cuya mula2 masuk diploma
    Pada awalnya CUya ambil Sains Komputer di UITM, masalahnya itu sahaja pilihan yang ada untuk Cuya dekat dgn rumah...Parent suruh belajar dekat2 je

    Cuya bukan minat pon computering ni.. dipendekkan cerita Cuya stop belajar sains komputer.. dan akhirnya masuk diploma Tourism Management di Poli
    Panjang sebenarnya perjalanan Cuya, dan Cuya antara student tertua.. tapi percayalah, perancangan Allah tu lebih baik.

    Jangan berhenti bersangka baik dengan Allah dan teruskan berdoa. InsyaAllah Allah akan tunjuk jalan pada awakkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy for you Cuya kerana baru sahaja convo tempoh hari..betullah kena yakin je dengan stiap perancangan Allah..

      Padam
  2. Mungkin ada hikmahnya tu... benda dah jadi bubur terpaksa slow² habiskan mkn ye syidah... semoga dipermudahkan urusan slps ni ye

    BalasPadam
  3. Bersabar jer la dik rasyidah. kalau kita suka sorof lagi dari nahu sebab sorof tak complicated mcm nahu hahaha.. bab kata org pandai matematik pandai la sorof.. is about formula gitu lah :P

    Selagi boleh kedepan teruskan la insyallah boleh grade dah tahun ke 3 smeste ke 2 kan.. Insyallah tak lama mana pun. Kat uia okla belajar buku teks bukan macam kat mahad kena hafal matan panjang2 tu hahaha..

    Insyallah boleh tu... Chaiyokkk..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Done follow your blog.. Tambah 1 follower di sini :D

      Padam
    2. Ada jugak yang faham ape saya cakap ni ye HAHAHA. Kalau kat uia bukan tak pakai buku teks ..tapi ade je buku yang direcommend oleh lecturer. Just up to us rajin ulangkaji ke takkan.. baik terima kasih dengan kata2 semangat dari bro!rasa bersemangat!

      Padam
    3. Mesti la faham.. sebab nak belajar ulum quran dgn ulum hadis tu kena pandai B.arab.. at least pandai baca pun jdi walau tak pandai ckp..
      Kang habis bljr smbung lgi master kat timur tgh kasi power..hahaha

      Padam
  4. Saya selalu berfikir kalau saya salah course, tapi kalau bukan begitu, tidaklah begini. Apa yang terjadi sebenarnya memang begitulah aturannnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HEHEHE, kan..go trough je la...pesanan untuk generasi akan datang kena pilih betul-betul jangan menyesal.

      Padam
  5. You can do this. Semoga dipermudahkan semua urusan awak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks sis! semoga berbalik kepada awak juga >-<

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buka akaun bank💸 di Maybank🐅

Hai assalamualaikum,buat apa tu?aq harap sesiapa yg baca entri ni sihat-sihat semua ye. Percaya ke tak nak percaya,umur aq 20 tahun baru buat kad bank sendiri..hahahaha Memandangkan musim Covid pada tahun ini(2020), nak buat buka akaun bank ni ambik masa 2 hari. Okeyh jom start dengar cerita aq. Awal pagi aq bangun,dah solat la subuh..lepas tu tengok tengok blog orang..kikikiki.. saja blogwalking..kemudian,dalam pukul 9 lebih macam tu,adik aq yg umur 18 ni,dapat wasap daripada cikgu IKN (Institut Kraftangan Negara) maklumla,nak masuk diploma bahagian Batik.  Cikgu dia kata, kena buat Maybank lepastu nak salinan "muka hadapan buku bank". Aq tak paham gak tapi buat faham je la,dah aq pon tak ada bank sendiri rasa macam tak perlu aq pikir..teruk nya aq weyh..tolong jangan jadi macam aq. Kebetulan ayah aq kerja,mak aq pulak tak pandai bawak kereta, naik grab banyak gak kene cas tu, nasib baik ade jiran yang sudi hantarkan. Aq panggil jiran aq tu Cik As,serius weyh..kalau tak ada ...

Nota tambahan Nahu: Maful fih(المفعول فيه)

المفعول فيه 👈اسم منصوب (يذكر لبيان زمان الفعل أو مكانه) Mafulun fih ni adalah Isim Mansub(sentiasa baris atas la maknanya) Ia juga bagi menerangkan masa dan zaman. ظرف زمان إذا دَلَّ على زمن وقوع الفعل 👈 Dinamakan  mafulun fih(zorof zaman) sebagai masa untuk melakukan sesuatau perbuatan itu. 👈ظرف مكان : إذا دَلَّ على مكان وقوعه. D inamakan  mafulun fih(zorof tempat) sebagai tempat berlaku kejadian itu. Zorof di bawah tajuk mafulun fih.So, basically dia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu zorof zaman(masa) dan zorof makan(tempat) Di bawah setiap zorof ade contohnya. Untuk membina ayat menggunakan zorof ini, 🔖Kita kena tahu atau tentukan tempat die di belakang sekali atau di tengah ayat. 🔖Kita kena tahu zorof ni (mansub). Contoh, خَلْفَ،دُونَ، يَسَارَ 🔖Selepas zorof ini,kene majrur iaitu baris bawah.Contoh ayat:- السيارة خلف البيتِ 🔖Contoh lain:- Semoga bermanfaat. Ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah.👇

~Lirik lagu tanya sama pokok mawaddah~

TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB POKOK  ANGIN YANG GONCANG TANYA SAMA LANGIT APA SEBAB HUJAN NANTI JAWAB LANGIT TANYALAH AWAN AWAN NANTI KATA AKU KANDUNG AIR SAMPAI TEMPAT SEJUK AKU PUN CAIR LIHAT DALAM AIR ADA BAYANG-BAYANG CAMPAK SATU BATU BAYANG PUN HILANG LIHAT DALAM TAMAN TERDAPAT BINATANG POKOK-POKOK HIJAU INDAH DIPANDANG ARNAB SUNGGUH COMEL BULU WARNA PUTIH ITU TANDA BERSIH ALLAH PUN KASIH OH RAMA-RAMA ENGKAU SUNGGUH COMEL MERAH,KUNING,PUTIH BERBATIK-BATIK INDAHNYA DIRIMU BERANEKA WARNA  KESANA-KEMARI MENGHISAP BUNGA TANYA SAMA BURUNG  APA SEBAB TERBANG  NANTI JAWAB BURUNG SAYAP DIGUNAKAN TANYA SAMA IKAN  BAGAIMANA BERENANG NANTI JAWAB IKAN SIRIP DIGUNAKAN BERBAGAI TUMBUHAN ALLAH JADIKAN MASAM MANIS PAHIT DAPAT DIRASAKAN ADA BOLEH DIMAKAN  ADA BOLEH DIPANDANG SYUKUR PADA TUHAN TIDAK TERBILANG