Isu kucing mati

 Salam💖

Harini nak cerita pasal kucing. Aq bukanlah seorang pecinta kucing tapi aq pun tahu kucing pon ada perasaan dan aq pon ada rasa prihatin dengan mana-mana kucing yang aq jumpa. Just nak ingatkan, walaupun kita tak suka sungguh dengan kucing-kucing tu, janganlah kita aniaya dia. Kita kena ingat mereka pun makhluk Allah. Sekali kita berbuat jahat kepada mereka, sekejap saja kita dapat hukuman cepat atau lambat. Kadang aq scroll facebook atau instagram, tengok posting video banyak yang menyedihkan aq. Secara tak lansung, menitis air mata juga. Ada aq tengok buang hidup-hidup dalam plastik sampah hitam then ikat dan campak di sungai atau longkang. Next, video lain orang bubuh racun dalam makanan, pukul and potong kaki kucing, sumbat ibu kucing yang bunting dalam dryer dobi (pernah viral kes ini satu ketika dulu). Jadi, kita sebagai manusia prihatinlah dengan makhluk sekitar kita haiwan ke tumbuh-tumbuhan ke ikutlah.

Last words, SAYANGI HAIWAN, JANGAN ANIAYA MEREKA!😺





Cara bayar bil telefon,bil air, bil api dan top up(prepaid) dari Tngo e-wallet_by rasyidahshere

Assalammualaikum, jom syidah tunjuk cara nak bayar bil dan top up dari tngo. 

Pastikan topup dulu duit ke tngo e wallet. Pergi je kt 7e cakap 'kak, saya nak beli no pin tngo ewllet'... nanti dia baginlah no pin. No pin tu masukkan dalam apps tngo ye. Cara lain,boleh online transfer sahaja dari bank ke apps tngo. Guna 'Do it now transfer'. 


1. Buka apps tngo


2. Scroll bawah sikit, cari option 'More'



3. Cari atau search 'Bill'




4. Pilih lah telco apa awak pakai. Umobile ke, Maxis ke dan sebagainya. Contoh saya pilih Maxis.


5. Tekan 'New Account'


6. Masukkan no.phone awak atau no akaun bil awak.


7. Masukkan amaun atau berapa yang awak nak bayar dekat anak panah tu, then tekan 'Pay' utk bayar.


8. SETTLE!


Cara ni sama juga kalau nak top up prepaid. 

Ulang langkah 1 dan 2, search atau cari 'My prepaid'


Dekat bahagian prepaid number tu, letak no. Phone. Then, cari telco yang awak pakai. Contoh, saya ambil umobile ye.




Lepas dah tekan telco yang awak pilih xdi, boleh pilih nak masukkan berapa ringgit. Bahagian 'mobile credit' tu, kalau kita nak masukkan duit tanpa bayar data utk internet.  Kalau bahagian 'Internet pass' tu kalau nak pakej internet sekali.
 Lastly, tekan topup. SETTLE!


Bayar bil air dan bil api pon boleh. ULANG LANGKAH 1, 2 dan 3.
Cari sahaja air selangor atau TNB, masukkan no akaun bil air api rumah tu. Terus bayar je.

MEMOIR SEORANG GURU_coretan aku

Hai Assalammualaikum. Terkejut bukan? Sebab aku sudah lama tidak membuat entri sejak Januari lalu. Aku tak dapat tidur malam ini dan rasa nak menaip sampai aku pejamkan mataku dengan rapat. Hahaha. Okey tiba-tiba dapat satu idea nak buat pasal ini. Memandangkan esok kelas aku bermula pada pukul 10 pagi, maka aku merasakan boleh bersengkang mata pada malam buta ini ya.

Kali pertama aku menonton cerita ini, apa yang aku boleh katakan jalan cerita dia sangat istimewa, tidak 'cliche' seperti cerita-cerita yang biasa kita dengari. Sungguh bermakna cerita ini diselangi pula dengan bait-bait dan makna yang tersurat dan tersirat. Aku sungguh meminati watak Cikgu Sunan yang dilakonkan oleh pelakon tersohor kita tidak lain tidak bukan Datuk Rosyam Nor. Aku suka kata-kata yang diungkapkan oleh beliau dalam cerita ini. Masih terngiang-ngiang dalam benakku. "Jadi cikgu untuk Mendidik bukan untuk Mengajar". 

Aku faham maksud beliau sebenarnya, bila mengajar budak ini bukan niat kita untuk nak dapat gaji semata. Tapi sebenarnya,kita didik mereka supaya dia boleh jadi orang berguna satu hari nanti dan bukan alasan gaji semata.

Aku pernah kerja kafa sekejap sebagai ustazah kelas darjah 1. Ikutkan hati memang nak marah sebab dengan karenah masing-masing. Kuncinya SABAR sahajalah. INSYA Allah kemanisan akan mengejar kita. Aku macam dapat rasa apa yang Cikgu Sunan rasa walaupun aku bekerja selama 3 bulan sahaja. Pernah suatu masa subjek tertentu ini, aku minta anak muridku untuk menyelak halaman yang dimintaku. Namun, aku jadi keliru dengan pengertiannya lalu tergendala seketika untuk aku mengajar mereka pada waktu itu. Aku cuba untuk memahami supaya aku dapat menerangkan kepada mereka agar mudah untuk aku menjelaskan keoada mereka. Dalam waktu itu, seorang budak berseloroh kepadaku, "mengapa aku tidak fahamkan dahulu sebelum aku masuk kelas mengajar mereka"🙂..Budak sekecil ini boleh berkata sedemikian kepada guru. Aku tidak mengambil hati. Aku cuma kecewa dengan diri aku. Aku tidak pandai mengawal. Tiada skill mungkin. Aku hanya terdiam. 

Jika kita lihat dari sudut cerita Cikgu Sunan, kita boleh lihat jawapan yang diberikan oleh Alias kepada cikgunya mengenai dia memujuk beruknya, mencari beruknya yang lari dan macam-macam lagi..agak tidak masuk akal dengan soalan mengapa datang lambat ke sekolah. Hatta, Cikgu Sunan sendiri memberi arahan satu kelas untuk menyebut perkataan 'Beruk' sebanyak 3 kali pun mereka tidak tahu dan reti untuk beza bahawa itu adalah suatu ejekan atau doa😅 betapa marahnya cikgu dengan jawapan anak muridnya itu. Namun dari situ juga kita faham, nak tak nak itulah budak..itulah tabiat mereka. Apabila mereka tidak tahu, maka kita ajarlah mereka agar mereka akan tahu kelak.

By the way, tengok 3 kali cerita itu masih aku menitiskan air mata. Haih, tak boleh aku tengok sedih cikgu Sunan dengan rasa serba salahnya kepada murid yang ditamparnya (Alias). Oh baru ku teringat. Aku sungguh meminati lagu yang dinyanyikan Firdaus Rahmat yang bertajuk Kasih. Sungguh menusuk kalbu. Sekali dengar, menitis juga air mata ini. Hatiku ibarat tisu sekarang. Sekian sahaja coretan hati dari saya. Yang jadi cikgu..semoga anda sabar dan tabah dan apa ilmu yang anda curahkan kepada mereka sebenarnya adalah kunci pahala dan syurga buatmu.




Aku baca buku novel

 Assalamualaikum geng..

Aku agak terkejut aku rajin baca buku ke erk hahaha..Sebab dalam masa 3 hari aq boleh baca 1 buku novel yang tebal bertajuk Sayang yang tak Terungkap.. Aq cam kurenglah bab cintan cintun ni tapi serius buku ni  die 10% cintan cintun tapi 90% kisah lelaki suka sama lelaki & perempuan suka sama perempuan. Memandangkan zaman kita ni moden sampai wujudnya penyakit lg**kn. Dia buatkan kita takut pulak nak ke arah tu.. Novel ni ada jugak selitkan islamik dan cara macamana diorang cure benda tu. Best. Aq rasa budak tak sesuai kot baca sebab takut diorang belum cukup faham lagi mengenai ni. Kalau ada masa terutama yang rajin membaca lah,boleh la beli ye..HAHAH kat popular konfem ada. 



Mega Run iium

 Assalamualaikummm geng

Semalam aq join mega run uia related dengan mental health gak..okay lah kan dari aq duk terperap dalam bilik kan..hihik..aq seorang yang pemalu juga tapi once jumpa member masuk air hilanglah malu kita tu. kikiki. Sebab tu jarang join lah aktiviti ni and sem ni kalau boleh nak menyendiri je.. sebb aq rasa aq tak cantik pon ye gak..aq tak pandai bercakap dan berpikir jauh..insecure ngan semua benda. Tiber ke situ.

Nak join mega run ni pun telan air liur gak wei. Kene bayor rm50..tapi sebab aboh bagi keizinan dan hulurkan duit so aq takde apa nak cakap..terima kasih banyok2 kat aboh. Inilah first time aq join run2..tak rajin hayat aq join.. dan aq join ni pun atas desakan kawanku yang dalam gambar tu..sem depan last dah dia berada di uia..jadi,aq ikutkan sahaja. Nanti dah takda dah nak cherish the moment org kata.

Sangat terasa begitu produktif semalam. HAHAHA


simpan sini kenanganku💖

eh kejap ce baca sini!🤓

Isu kucing mati

 Salam💖 Harini nak cerita pasal kucing. Aq bukanlah seorang pecinta kucing tapi aq pun tahu kucing pon ada perasaan dan aq pon ada rasa pri...