Review kamera Samsung Galaxy A35
Pengalaman Pertama di Lalaport: Tempat Menarik untuk Dilawati di Kuala Lumpur
Salam, hai semua.
Pada hari Sabtu lepas, Syidah ke Lalaport menemani roommate nak beli baju katanya. Kitorang bukan yang jenis keluar selalu, memang jarang. Syidah pun pada awalnya susah untuk keluar-keluar macam tu sebab kita pun student duit pun urmm kalau tak ada better tak payah HAHA. Macam roommate Syidah ni memang kerja part time. So, adalah sedikit income dia begitu. Perjalanan kami adalah dari LRT Gombak to Kl sentral. Then dari Kl Sentral, kami naik Monorail. Nak ke monorail tu, kami kena masuk dalam Nu sentral mall baru jumpa Monorail tu. Then korang berhenti kat Hang Tuah. Die link dengan mall Lalaport dah, so tak perlu jalan jauh-jauh pun. Oh iya, tempat asal Lalaport ni rupanya penjara Pudu yang pernah dirobohkan dahulu dan akhirnya dibina mall.
Sebenarnya, ini adalah kali pertama Syidah pergi mall Lalaport ni. Masuk je mall tu agak terkejut sebab tak rami orang. Kebanyakan yang Syidah jumpa pun Cina sahaja. Orang Melayu kurang nampak. Compare to Melawati Mall, punyalah ramai orang ya. Seriously, di Lalaport Syidah perasan banyak tempat-tempat kalau kita nak acah-acah study dan mesra dengan bunyi.
1) GSC (cinema)
Antaranya, tempat rehat di GSC. Syidah ingat bising lah kat situ, sekali pergi tak bising pon. Menarik tempat dia siap ada buaian HAHAH.
2) Book Excess
Lepas itu, Syidah masuk BOOK EXCESS. Sangat besar ya tempat dia. Syok jugak nak baca sudut-sudut tersembunyi. Rekaan dinding dia pun menarik tau. Hari tu syidah pergi siap ada orang shoot untuk convo tau.
3) Anime Shop
4) Kedai Nasi Lemak (memang meow) not sure betul ke tak ejaan
5) llao llao
Apa maksud Hallyu?
Salam.
Syidah saja nak kongsikan serba sedikit apa makna Hallyu. Hallyu adalah Korean Wave atau dalam Melayu kita kata sebagai Gelombang Korea. Kenapa nama dia begitu? Seperti yang kita tahu, Korea ini famous dengan movie klasik yang pernah keluar tahun 2002. Contohnya, Winter Sonata, Autumn in my heart dan sebagainya. Kalau kita pergi mana2 negara orang kenal dan tahu pasal ini. Selain itu, lagu K-pop contoh macam BTS, NCT, dan sebagainya dan juga K-drama yang rakyat Malaysia takkan terlepas episode-episodenya. Nak katanya, setiap negaralah memang familiar dengan Korea bagaimana budaya, lagu,bahasa dan sebagainya. Dari sini, kita dapat tengok, bahawa disebabkan adanya Korean wave ini membuatkan Korea merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong seluruh dunia. Lihatlah bagaimana mereka mencipta fenomena ini.
Tadi dalam kelas, lecturer cerita pasal Hallyu ni. Syidah first time dengar. Sebab kita pon suka K-drama jadi tertarik dengan apa yang disampaikan oleh lecturer ni. Lecturer syidah tu sebut pasal Winter Sonata. Auchh sungguh manggamit kenangan cerita ini. Best sangat-sangat bagi syidah. Suka cerita dan lagu dia.
Foodbank di Melawati Mall
Salam semua.
Semalam Syidah kena keluar dari uni, round luar uni Syidah..untuk buat kerja berkumpulan mengenai Nutrition and Public Health. So, apa yang Syidah and groupmates nak cari adalah foodbank dan poster-poster atau kempen yang kerajaan galakkan kepada rakyat Malaysia tentang pengambilan makanan yang berkhasiat. Foodbank ni juga bawah tajuk Nutrition and Public Health tau, parts of Food Insecurity. Banyak juga aktiviti-aktiviti yang syidah kena ambik gambar, antaranya pakcik jual buah, pakcik buat air buah, konsep makan suku-suku separuh semua kami dah ambik gambar. Alhamdulillah. Semalam try2 je pergi Melawati Mall. Nak tengok ada tak poster ke kempen2 ke kan. Sekali terjumpa foodbank dari Air Selangor. Wah bagusnya. Terima kasih Air Selangor sebab buat foodbank ni. Siapa rasa sesak boleh lah ambik. Foodbank ni dekat depan grocer je. Sebenarnya kebaikan foodbank ni adalah:
1. Membantu mereka yang memerlukan:
Foodbank menyediakan makanan percuma kepada golongan yang kurang bernasib baik, seperti keluarga berpendapatan rendah, individu yang kehilangan pekerjaan, atau mereka yang mengalami krisis ekonomi.
2. Mengurangkan Pembaziran Makanan:
Foodbank membantu mengurangkan pembaziran makanan dengan menerima sumbangan makanan daripada syarikat, kedai, dan individu yang tidak terpakai tetapi masih boleh dimakan.
3. Meningkatkan Kesedaran Masyarakat:
Foodbank memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih peka terhadap isu kemiskinan dan kekurangan makanan. Ia menggalakkan lebih ramai orang untuk memberi derma dan membantu mereka yang memerlukan.
4. Memberi Sokongan Kepada Keluarga dan Komuniti:
Foodbank bukan sahaja menyediakan makanan, tetapi juga memberikan sokongan moral dan sosial kepada mereka yang terjejas oleh kemiskinan atau keadaan yang mencabar.
5. Penyelesaian Krisis Jangka Pendek:
Ia dapat menjadi penyelesaian sementara bagi keluarga atau individu yang sedang menghadapi kesulitan kewangan atau kecemasan, memberikan mereka masa untuk mencari penyelesaian jangka panjang.
6. Peluang Sukarelawan:
Foodbank memberi peluang kepada individu untuk menjadi sukarelawan dan terlibat dalam aktiviti yang membantu komuniti, memberi mereka rasa kebersamaan dan tanggungjawab sosial.
Dengan adanya foodbank, banyak orang dapat diberikan bantuan yang sangat penting, membantu mereka untuk terus menjalani kehidupan walaupun dalam keadaan sukar.
Thanks sangat sebab jumpa foodbank kat Melawati mall. Kami dah buntu dah nak cari kat mana. Dan kalau nak tukar tajuk pun dah last minit, nak jumpa lecturer lagi fuhh. Nasib ada..
Tadaaa! inilah foodbanknya.
Konsep 'Buat Baik dibalas Baik'
Konsep 'Buat Baik Dibalas Baik': Kisah Syidah, Kalkulator dan Teh Boba
Mungkin ramai yang pernah dengar pepatah "buat baik dibalas baik," tetapi adakah kita betul-betul menghayati maknanya? Baru-baru ini, syidah alami sendiri situasi yang mengingatkan syidah tentang kebaikan.
Alkisah di Grup Asrama: Kalkulator
Minggu lepas, dalam grup asrama, ada seorang pelajar perempuan ni..kita bagi nama dia Nina (bukan nama sebenar) yang minta tolong pinjamkan kalkulator untuk menjawab soalan kuiz. Kebetulan syidah ada kalkulator saintifik yang syidah bawa. Kalkulator time SPM dulu hehehe, yang memang syidah guna untuk kira-kira benda simple kadang tak guna pun.. biar bersekung lama kat dalam laci ni.. Jadi, tanpa fikir panjang, syidah terus tawarkan kalkulator tu.
Teh Boba sebagai Hadiah Kejutan
Malam ini, Nina datang mengetuk pintu bilik syidah dan memulangkan semula kalkulator. Tetapi ada sesuatu yang membuat syidah terkejut. Selain kalkulator, dia juga bawa air teh boba dari Richiamo! Tidak disangka, syidah yang tengah fikir nak minum air boba tengah hari tadi, tiba-tiba Allah hadirkan seseorang untuk tunaikan permintaan Syidah.
Renungan: Bagaimana Allah Menunaikan Permintaan dengan Cara yang Unik
Tengah menaip entri ini, tiba-tiba datang sebak ya. Kadang-kadang, kita mungkin lambat melaksanakan apa yang Allah perintahkan, tetapi Dia tetap membalas dengan cara yang luar biasa. Ini adalah tanda kasih sayang-Nya yang tak terhingga. Kebaikan yang syidah beri, walaupun kecil, dibalas dengan cara yang sangat istimewa, dan pada masa yang tepat.🦋
Samsung Galaxy A35 Review Malaysia – Sesuai Ke untuk Pelajar Universiti?
Kenapa Pilih Samsung Galaxy A35?
Prestasi dan Bateri – Tahan Ke Guna Seharian?
Setakat ini, syidah guna phone ni untuk buka Google Docs, Telegram, Canva dan YouTube – semua berjalan lancar. Bateri 5000mAh tu tahan dari pagi sampai malam walaupun guna untuk belajar contoh snap nota, tangkap gambar, scroll social media dan tonton video di Youtube.
Kamera – Untuk Gambar Nota & Assignment?
Kamera belakang 50MP dia okay untuk ambil gambar nota, assignment atau rakam video pendek. Kalau waktu malam, gambar agak grainy, tapi acceptable untuk phone bajet macam ni. Bagi syidah sumpah dah cukup bagus dah kameranya kalau kita tahu angle mana yang cantik dan sesuai.
Berbaloi Tak untuk Student?
Pada saya, Samsung Galaxy A35 memang berbaloi kalau awak student yang nak phone dalam bajet RM1000–RM1500. Performance dia cukup untuk multitasking ringan, dan design pun tak nampak murah dan premum look orang kata. Kalau awak cari phone bajet dengan ciri premium – ini antara pilihan yang bagus tau. Harga asalnya syidah beli kat shopee adalah rm1400+ tapi lepas tolak voucher bagi dapat RM1080 je. Tak silap syidah beli time 11.11 di shopee. Kena pandai tekan2 voucher kt shopee lah. hehe syidah beli kat SINI
Chop! Boleh ke nak main game guna phone ni?
Jawapannya, boleh dan tak boleh. Kalau game berat tak sesuai sebab fon ni cepat panas. Syidah banyak juga tengok review di Youtube katanya tak sesuai main game guna phone ni. Setakat ni syidah guna main game Roblox HAHA okey je la. Tapi tak tahu lah masa akan datang macamana. Setakat nak main word search, candy crush ke boleh je kot.
Okay itu sahaja, nanti syidah share review gambar belakang jika ada masa ye bye!
UPDATE: Boleh tengok ni Review kamera belakang samsung A35
Cara letak icon comel di tabs text blog
Apa perlu buat sekiranya air masuk dalam telinga??
Hai Assalammualaikum semua.
Aq nak cerita pengalaman aq mandi sungai bersama keluarga aq pada hari raya ke-2 baru-baru ini. Nak jadikan cerita, berapa kali menyelam..air pulak masuk dalam telinga. Setiap kali mandi sungai memang selalu jadi macam ni tapi biasanya ambik masa dalam 4 atau 5 hari je kurang dengar HAHA.
Kali ni penangan tak dengar lama pulak lebih 10 hari. Sampai aq masuk kampus, lecturer cakap pun hilang mood aq disebabkan aq tak berapa dengar apa yang dr sampaikan tu. Aq pun pergilah klinik uni aq. Dia bagi ubat titik nama "cerumol" tak silap. Doktor kata titik 2 kali pagi dan malam selama 3 hari. Aq angguk tanda fahamlah. But then, after 3 hari pon same woi. Aq mula cuak takutlah kan sebab gegendang telinga aq rosak ke apa. Memang emosi gak ar HAHAH.
Aq pergi lagi skali klinik tu doktor cek telinga aq. Die kata wax aq tu dah ke dalam sangat so doktor suggest untuk cuci dengan air ubat kt dalam telinga aq. First dengar tu, aq dalam hati " eh..sakit ke tak ni huhu"..tapi sebab nak sembuh kita buat je. Rupanya prosesnya die tembak ngan air dalam telinga kita je.
Doktor kata " awak tahan sikit eh, kalau sakit cakap tau. Lepas cuci ni awak akan rase pening tau" sambil aq pegang mangkuk kecik tepi telinga aq untuk tadah lah wax yg keluar tu nanti haha. Aq angguk je laa..ingat pening biasa. Sekali die masukkan air dalam telinga tu pergh lega tak terkata tapi at the same time pening die tak boleh bawa berbincang. Ko kena baring beberapa minit. Kalau ko bangun memang akan jatuh pengsan je.
Telinga aq sebelah dah boleh dengar dah. Bunyi air, bunyi tapak kaki org, bunyi org letak beg kuat giler dari biasa. Lepas tu, doktor buat sebelah lagi telinga aq. Pening kali ke 2. HAHAH. Cam biasa melepet aq atas katil dia tu untuk beberapa minit. Tapi apa-apa pun doktor kat situ memang peramah.
Alhamdulillah dapat dengar. Kesimpulannya, cepat-cepatlah korang jumpa doktor kalau ade masalah. Risau kalau dibiarkan, lagi teruk HEHE. Kalau ditanya nak mandi sungai lagi tak? of course nak. Jumpa sungai setahun pon jarang. Sekali jumpa sungai, memang aq terjun walaupun tak pandai berenang.
Lirik lagu Jauh Hati - Izwan Pilus
Dia yang mengetahui
yang terlintas di hati
biarpun tidak dengan kata-kata
dia yang mengetahui
mengapa ku begini
biarlah jauh dari pandanganmu
hakikat sebenarnya ku berjauh hati
Andai diungkit kisah silam
Pilu pasti menjalar
Dan biarlah cuma ku seorang sahaja rasa
Apa maknanya berbicara
Hanya menambahkan luka
Di balik senyuman belum tentu lagi tersimpan keikhlasanmu terhadapku
Lidah menutur kata
Hati pula terasa
Sedangkan jiwa ini kehampaan
Biar berdiam diri
Dari berkata-kata
Kebenaranku tidak di hatimu
Sudah sekian lamanya ku pendam rasa
Biarlah masa menentukan
Retak antara kita
Untukku berpaling
Dan tersenyum bagai dahulu
Dia yang mengetahui
Yang terlintas di hati
Biarpun tidak dengan kata-kata
Dia yang mengetahui
Mengapa ku begini
Biarlah jauh dari pandanganmu
Hakikat sebenarnya ku berjauh hati
Ku berserah padaMu Tuhan
Kau kurniakanlah ketenangan di hatiku..wuuu..
Hati ini sungguh terluka
Dia yang mengetahui
Yang terlintas di hati
Biarpun tidak dengan kata-kata..ooo..
Dia yang mengetahui
Mengapa ku begini
Biarlah jauh dari pandanganmu
Hakikat sebenarnya ku berjauh hati
Sebenarnya ku berjauh hati.. 2X
Lirik lagu Ku kembali Cahaya - Izwan Pilus
Hilang dari pandangan zahir..
Dihatiku tetap kau hadir..
Suram naluriku menggamit syahdu..
Oh entahkan bila.. terubat nanti..
Nur kasih yang bersinar..
Tak mungkinkan pudar..
Biar seketika..
Rupanya tuhan lebih menyayangi..
Menjemputmu kembali
(Korus)
Seharum wangian kasturi..
Doa dan rinduku hanya untukmu sayang..
Nun jauh di taman Firdausi..
Bahgia kau di singgahsana..
Ku redha kau pergi membawa cahaya..hoooo..uuuuu..
Nur kasih yang bersinar..
Tak mungkinkan pudar..
Biar seketika..
Rupanya tuhan lebih menyayangi..
Menjemputmu kembali
(Ulang Korus)
Seharum wangian kasturi..
Doa dan rinduku hanya untukmu sayang..
Nun jauh di taman Firdausi..
Bahgia kau di singgahsana..
Ku redha kau pergi..wooooo.. membawa cahaya..
Ku lambai cahaya..
Lirik lagu Erti Kasih - Izwan Pilus
ni pon lagu fav aq.. kita fahami liriknya dan apa yang dimaksudkan oleh dia.
ooooo..huuuuu....
Demi.. masa..
aku mencari-cari..
tafsir.. mimpi..
sesungguhnya...kehidupan..
memerlukan.. caturan..
seandainya.. dalam tidur yg lena..
ku temui.....
erti kasih.. (erti kasih)
yg ku mimpi.. (yang ku mimpi)
terucaplah.. segala..
maksud hati.. hooohoo
oh kekasih.. maafkanlah..
berikanku.. kesempatan.. sekali lagi....
bila malam ku lakarkan..
coretan semalam..
agar ia.. tak berulang..
demi.. kasih...
ku ingin kau kembali...
pasti... nanti...
erti kasih.. (erti kasih)
yg ku mimpi.. (yang ku mimpi)
terucaplah.. segala..
maksud hati.. hooohoo
oh kekasih.. maafkanlaaaahhhh..
berikanku.. kesempatan.. sekali lagi....
huuuuuuuuuu...hu..hu..huuuu..
Lirik Lagu Terseksa Jiwa - Izwan Pilus
Hai wasap gais.
Aq tengah dalam vibe2 Izwan Pilus nak nyanyi tapi lirik susah nak jumpa. Baik aq buat entri lirik lagu Izwan Pilus, senang aq jenguk entri aq beratus kali pon tak jemu HAHAH. Al Fatihah untuk abg Izwan Pilus yang juga merupakan abang kepada Aril AF.
Adakah kerna berlainan cara
Tertolak lamaran
Terhurailah janji
Puas bertanya
Makna dalam kata
Jawapannya hampa
Usah menduga
Tersiksanya... jiwa ini..
uuuuuuu...uuu
(Korus)
Oh dari jauh..
Ku mencuri pandang...
Ku genggam harapan...
Amat menyakitkan..
Aku tahu..
Tiada ketentuan..
Mungkin harapan menentukan...
Debu bertebangan...
Sejauh mana..
Engkau menjauhi...
Aku mengekori...uuuuu
ooooo...oooooohhh..uuuuuuu
(Ulang korus)
Ohhhhh... dari jauh..
Ku mencuri pandang...
Ku genggam harapan...
Amat menyakitkan..
Aku tahu..
Tiada ketentuan..
Mungkin harapan menentukan...
Debu bertebangan..
Yang manis itu..
Halusnya budimu..
Dan mengindah pula..
Lembut bahasa..
Merantaiku.... membelaiku..
kala rindu...
Tersiksa jiwa...
Semua kernamu...
8 hadiah untuk mak tersayang
Buang navigation bar
1. Klik Dashboard - Design - Edit HTML
2. Tekan Ctrl+F serentak untuk cari kod ini :
/* Variable definitions
3. Paste kod yg sy bagi tu dan letak sebelum /* Variable definitions
#navbar-iframe {display: none !important;}
4. Preview dulu then save. Selamat mencuba.
Servis Menaip_Typing Services
Hai Assalammualaikum.
Aq ada buat servis menaip dokumen. Dokumen tu dalam format png(image), wmp(video), pdf atau sebagainya dan tukar kepada word atau excel.
Boleh contact aq dekat email rasyidahshere@gmail.com
👉🏻Perlu membuat tugasan menaip?
👉🏻Atau menyalin tugasan?
👉🏻Tapi tiada masa nak sediakan dokumen?
👩🏼💻Saya menawarkan perkhidmatan menaip dokumen kepada anda
✅ Harga RM2/page
✅ Bahan untuk ditaip boleh dihantar melalui e-mel
✅ Jenis font mengikut permintaan anda
✅ Menerima bahasa Arab, Inggeris dan Melayu.
🌷Jangan risau, maklumat anda akan disimpan dengan selamat🌷
________________________________________________________
👉🏻Need to do a typing assignment?
👉🏻Copywritten assignments?
👉🏻But you don't have time to prepare the documents?
👩🏼💻I offer you a document typing service
✅ Price RM2/page
✅ Material to be typed can be sent via email
✅ Font type according to your request
✅ Accept in Arabic, English, and Malay language
🌷Don’t worry, your data will be private and confidential🌷