Apa perlu buat sekiranya air masuk dalam telinga??

Hai Assalammualaikum semua.

Aq nak cerita pengalaman aq mandi sungai bersama keluarga aq pada hari raya ke-2 baru-baru ini. Nak jadikan cerita, berapa kali menyelam..air pulak masuk dalam telinga. Setiap kali mandi sungai memang selalu jadi macam ni tapi biasanya ambik masa dalam 4 atau 5 hari je kurang dengar HAHA. 

Kali ni penangan tak dengar lama pulak lebih 10 hari. Sampai aq masuk kampus, lecturer cakap pun hilang mood aq disebabkan aq tak berapa dengar apa yang dr sampaikan tu. Aq pun pergilah klinik uni aq. Dia bagi ubat titik nama "cerumol" tak silap. Doktor kata titik 2 kali pagi dan malam selama 3 hari. Aq angguk tanda fahamlah. But then, after 3 hari pon same woi. Aq mula cuak takutlah kan sebab gegendang telinga aq rosak ke apa. Memang emosi gak ar HAHAH. 

Aq pergi lagi skali klinik tu doktor cek telinga aq. Die kata wax aq tu dah ke dalam sangat so doktor suggest untuk cuci dengan air ubat kt dalam telinga aq. First dengar tu, aq dalam hati " eh..sakit ke tak ni huhu"..tapi sebab nak sembuh kita buat je. Rupanya prosesnya die tembak ngan air dalam telinga kita je. 

Doktor kata " awak tahan sikit eh, kalau sakit cakap tau. Lepas cuci ni awak akan rase pening tau" sambil aq pegang mangkuk kecik tepi telinga aq untuk tadah lah wax yg keluar tu nanti haha. Aq angguk je laa..ingat pening biasa. Sekali die masukkan air dalam telinga tu pergh lega tak terkata tapi at the same time pening die tak boleh bawa berbincang. Ko kena baring beberapa minit. Kalau ko bangun memang akan jatuh pengsan je.

Telinga aq sebelah dah boleh dengar dah. Bunyi air, bunyi tapak kaki org, bunyi org letak beg kuat giler dari biasa. Lepas tu, doktor buat sebelah lagi telinga aq. Pening kali ke 2. HAHAH. Cam biasa melepet aq atas katil dia tu untuk beberapa minit. Tapi apa-apa pun doktor kat situ memang peramah. 

Alhamdulillah dapat dengar. Kesimpulannya, cepat-cepatlah korang jumpa doktor kalau ade masalah. Risau kalau dibiarkan, lagi teruk HEHE. Kalau ditanya nak mandi sungai lagi tak? of course nak. Jumpa sungai setahun pon jarang. Sekali jumpa sungai, memang aq terjun walaupun tak pandai berenang.

Location: Lata Ulu Kasar, Kuala Terengganu


2 ulasan:

  1. alhamdulillah dah kembali normal ye .. tak pe jangan serik mandi sungai best kan hehe :)

    BalasPadam

🌷Happy Blogwalking guys!🌷