Salam, hai semua.
Pada hari Sabtu lepas, Syidah ke Lalaport menemani roommate nak beli baju katanya. Kitorang bukan yang jenis keluar selalu, memang jarang. Syidah pun pada awalnya susah untuk keluar-keluar macam tu sebab kita pun student duit pun urmm kalau tak ada better tak payah HAHA. Macam roommate Syidah ni memang kerja part time. So, adalah sedikit income dia begitu. Perjalanan kami adalah dari LRT Gombak to Kl sentral. Then dari Kl Sentral, kami naik Monorail. Nak ke monorail tu, kami kena masuk dalam Nu sentral mall baru jumpa Monorail tu. Then korang berhenti kat Hang Tuah. Die link dengan mall Lalaport dah, so tak perlu jalan jauh-jauh pun. Oh iya, tempat asal Lalaport ni rupanya penjara Pudu yang pernah dirobohkan dahulu dan akhirnya dibina mall.
2nd time naik selepas tahun 2018.
Sebenarnya, ini adalah kali pertama Syidah pergi mall Lalaport ni. Masuk je mall tu agak terkejut sebab tak rami orang. Kebanyakan yang Syidah jumpa pun Cina sahaja. Orang Melayu kurang nampak. Compare to Melawati Mall, punyalah ramai orang ya. Seriously, di Lalaport Syidah perasan banyak tempat-tempat kalau kita nak acah-acah study dan mesra dengan bunyi.
1) GSC (cinema)
Antaranya, tempat rehat di GSC. Syidah ingat bising lah kat situ, sekali pergi tak bising pon. Menarik tempat dia siap ada buaian HAHAH.
2) Book Excess
Lepas itu, Syidah masuk BOOK EXCESS. Sangat besar ya tempat dia. Syok jugak nak baca sudut-sudut tersembunyi. Rekaan dinding dia pun menarik tau. Hari tu syidah pergi siap ada orang shoot untuk convo tau.

3) Anime Shop
Dia bawa syidah pergi kat board anime lah pulak. Siapa minat anime datang lah Lalaport mall ade kedai merchandise anime kat sini. Ada lebih kurang 3 ke 4 kedai. Kita layankan aje walaupun tak minat HAHAH.
4) Kedai Nasi Lemak (memang meow) not sure betul ke tak ejaan
Syidah pilih menu nasi lemak and ayam goreng crispy ni, rm19.90 termasuk air tau. Korang boleh pilih nak air Milo ke Teh tarik ke Teh o. Panas atau sejuk tak kesah. Yang penting harganya RM19.90 sahaja.
Sangat sedap nasi lemak dia and air tak manis sangat, sedang2. Boleh repat makan kat situ lagi.
5) llao llao
First time rasa llao llao. Sungguh tak mengecewakan. Syidah pilih medium rm18+, 3 topping. Syidah ambil Pistachio sauce, crunch of Famous Amous biscuits and Strawberry. Nyumm! Tapi sangat manis. Lepas ni, nak ambil saiz kecil tapi 1 topping je lah.
Disclaimer: Thank you Shareena sebab dia belanja semua ini. Semoga persahabatan kami ini kekal sampai Jannah. Asbab dia ajak keluar, semua yang Syidah tak pernah merasa dah dapat merasa hehehe. Ini pun upah teman dia cari baju.
Sedikit TIPS berjalan ke sana.
- Pakai kasut, sebab mall tu luas. Kalau pakai selipar, awak akan rasa sakit tapak kaki sebab lama berjalan.
-Sebelum naik LRT, pergi ke kaunter LRT cakap nak, topup pass untuk sehari ataupun one day pass. Untuk warganegara, RM6. Foreigner pula, RM10 tak salah saya. Benefit one day pass adalah kemana-mana sahaja awak pergi sama ada awak guna MRT ke LRT ke MONORAIL ke BAS RAPID KL ke yang ditolak hanyalah RM6 sahaja tau. Tak rugi.
Sayang pula tidak ramai orang.
BalasPadamHehe saya belum pernah pergi Lalaport ini. Alhamdulillah rezeki kawan belanja.
Tq untuk tips terakhir itu.
Alhamdulillah. Sama2 awak.
PadamSaya pun tak pernah jejak lala port ni. Dulu masa mula buka meriah ramai orang. Itu yang saya nampak di media sosial lak. Rezeki Syidah kawan belanja. Sesekali keluar berjalan kan.
BalasPadam