Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan

8 hadiah untuk mak tersayang

Hai Assalammualaikum semua. Tiba-tiba sahaja terlintas dalam fikiran aq untuk bagitahu korang the best ever gift untuk wanita yang kita sayang. Sebenarnya mudah je hadiah nak bagi kat mak kita tak kesah lah apa-apa hadiah sekalipun yang penting kita ikhlas. Kita anggaplah balas jasa dekat mereka sebab bila fikir balik berapa ratus ribu dah habis diorang habiskan duit dekat kita dari kita lahir sampai sekarang. First tengok minat mak tu dulu dia suka apa? hobi dia apa? contoh suka menjahit, bagi mesin jahit haha. Kalau tak mampu, cari yang seangkatan dengannya. Contoh belikan benang ke, kain pasang ke... gitu.
Okey, Jom kita tengok apa lagi ada! let's check it out..

1. Peralatan dapur
Korang boleh je hadiahkan untuk mak korang peralatan dapur macam periuk, periuk nasi auto ke, blender yang lagi grand dari yang dah ada kat rumah korang. Mesti suka mak korang. Hadiah ni khas untuk mak-mak yang suka masak-masak kat dapur. Macam anak-anak yang dah bekerja boleh lah tabur duit bagi hadiah kat mak tu. Kalau student, cari yang sesuai ngan bajet awak lah hehe. 

2. Tudung instant

Uguys boleh lah beri tudung instant blink-blink atau tudung yang bercorak bunga kecik-kecik comel jugak tau! Kebiasaanya, tudung bercorak boleh kita pair dengan outfit kurung warna plain. Kalau tak tahu pilih warna apa bagi warna asas yang aq sebutkan ni sebab warna-warna ni sesuai pakai dengan outfit kurung yang pelbagai warna. Uguys boleh cari tudung tu hitam, warna macam beige (warna pasir), kelabu cair atau grey, atau putih. Biasanya kat tiktok ada yang murah kena rajin survey.


3. Lipstik atau compact powder (make up)

Biasanya mak-mak kurang berskincare. So kadang keluar at least dari nampak kusam, boleh lah berikan dia lipstik and bedak sekurang-kurangnya supaya nampak lebih natural dan ceria. Mak pon suka anak beri hehe.


4. Beli barang dapur

Hahaha macam dah biasa tau tapi okay apa. Jimat duit diorang sebab korang dah topup. Tak de la die sakit kepala lagi beli itu beli ini.


5. Kasut jalan

Uguys boleh jugak carikan kasut yang mesra alam dengan tapak kaki mak tu. Kalau jauh2 jalan tak rase sakit sangat. Biasanya, kasut brand Sneakers ade yang mesra untuk tumit kaki. Harga boleh tahan jugak tapi kualiti memang padu. Jangan lupa tengok saiz kaki mak sebelum purchase hehe. Jenama lain pon ada, dr cardin ke bata ke..kena pandai cari.


6. Bawak pergi jalan-jalan

Biasanya mak-mak kita malas jalan jauh. Kalau yang rajin berjalan tu satu bonus haha! So, kalau ada duit lebih apa kata bawak die gi makan angin Cameron Highland ke Langkawi ke..atau mana-mana tempat macam pantai ke hotel ke homestay..pastu buat BBQ.. sebenarnya tak grand mana pon takpa cipta kenangan bersama tersayang tu adalah momen paling best dia rasa.


7. Bagi kek

Bagi kek pon cun jugak weh! kalau mak korang tak biasa makan manis, bagi kek yang ade banyak2 buah atas kek tu. Okaylah kan. Kalau tak tahu nak bagi biasanya flavour Coklat atau kopi je yang menjadi pilihan mak-mak.


8. Coklat

Haa yang ni kan, lepas kita bagi mak, komfem kita sekali makan coklat tu! HAHA Tapi one of the good idea la kalau kurang bajet. Boleh la selitkan kad ucapan and flower. Pergh sweet sangat! Mesti dia happy hehe. Banyak je brand coklat Cadbury, beryls ke ferrero dsb.




Korang boleh komen kt bawah and tambahkan hadiah apa lagi yang ada untuk nak bagi mak!

10 hadiah perempuan suka sangat!

Hai assalammualaikum. Haa ni aq just list mengikut apa yang aq suka dan harga student. Nak mahal2 pon takleh muge kita student kan. Bagi aq,asal ada dah lah. Aq kalau orang bagi hadiah suka tengok kepada effort org yang memberi tu. Ikhlasnya awok. Ahaha. Tanpa membuang masa. Let's we started!


1. Jam tangan

Aq rasa pompuan suka jam tangan. Aq rasa bila pakai jam tangan nampak cam gempak. Semat woo! bak kata ryanbakery..hehe.. Selain menghargai masa, pakai jam ni menampakkan keyakinan dan confident kita tau. So, tu antara sebab jam tangan adalah pilihan gadis-gadis idaman masa kini.. Aggituw. Tak tahu pilih warna apa? Pilih colour hitam/putih/beige(mcm warna pasir) sebab warna-warna yang aq sebutkan ni sesuai kalau digayakan dengan segala pakaian. As student jugak, mampu jek kalau beli jam tangan ni kan. Konfem si penerima sukalah. Pakai lah dia jam tangan kamu beri setiap masa.




2. Headphone(bluetooth)

Aq rasa kan better headphone dari earphone sebab kalau earphone ni nak kene letak kat telinga belah kanan pastu belah kiri. Agak leceh ler jugak. So kalau awak beri headphone kan mudah tuu.. pakat sarung atah kepala..bluetooth..dah siap! jimat masa wak. Sedap2 pon.. sedap dengor.

3. Purse

 


Purse kan, aq rase ko bagi purse, suka do dia. Camne nak tahu die suka purse saiz panjang ke saiz yang kecil? Haa, sblum ko beli, ko perhatikan lah dia tu dulu..biasa dia bayar makanan or minuman kluarkan purse kecik ke besor. Haa, dari situ boleh agak saiz macamana yang dia suka. Pastikan, purse tu banyak ruang untuk isi kad2 debit,kad lrt, ic dan sebagainya. Baru best.


4. Bantal comel


Weh guys, kalau aq suke do bantal comel2 fluffy like cotton wool. AHAHA. Biasa dekat Kaison ade do, cari je kat bahagian bantal2 kartun. Comel sungguh! sedap buat tido.


5. Tote bag




haa kat kaison banyak tote bag lawo2 bagi je lah kat dia. Memang berguna nak gi kelas.


6. Stokin comel


Bagi aq,aq suka giler kalau orang bagi stokin. HAHA sebab aq jenis kluar rumah pakai stokin. Yang ada corak tu lawo jugakkan. Cari lah corak yang simple. JANGAN nampak cam corak bebudak sangat. Aq prefer stokin yg panjang sebab lagi selesa. Kalau die plain tapi warna pink, warna kuning pon comel.

7. Handsock


Aq lurve bethol dengan handsock. Lagi2 warna hitam. Senang nak gayakan dengan pakai warna lain tau. Better cari yang panjang lepas dari siku. Sangat selesa do!

8. Baju kurung/blouse


Pastikan sbelum beli kene pandai agakla. Dia tu saiz berapa L/M/XL. Mesti dia suka punya.


9. Tudung



Alang-alang beli blouse, beli la tudung untuk dia. Kalau beli blouse warna plain, cari tudung tu bercorak..tak kesah corak apa..kalau ade bunga ambik bunga kecik2 lawo tau. Dan kalau blouse tu bercorak, cari tudung plain. Warna tu jangan jauh sangat.

10. Coklat2


Cadbury, Kitkat,Toblerone,Hershey, sedap woo!

🌷Happy Blogwalking guys!🌷