Langkau ke kandungan utama

Pengalaman melawat tempat bersejarah di Istana Bandar,Banting

Hai Assalammualaikum semua..sihat ke tuu?

Sebelum memulakan penceritaan saya, saya buat kajian pada 9 Feb 2019 .Saja nak throwback.Hihikss.

nampak tak  tudung kuning tu..tulah aq hahaha

 Saje aku nak buat tajuk ni. Aku nak cerita pengalaman aku ni.Sebenarnya,kalau tak ada kerja kursus Sejarah time aq Stpm, memang tak la jawabnya aq pergi ke tempat bersejarah macam ini tau..hahahaha..  Tajuk kerja kursus Sejarah tu aku dah tak ingat lah pulak tajuk dia tapi, die seakan-akan berbunyi begini.. "cari tempat bersejarah tempat die start bina dalam tahun  1980 sehingga 2015". Bayangkanlah wei, nak cari kat mana lah tempat bersejarah ni..huhu..dan dalam satu kelas,setiap pelajar tak boleh sama tempat. Huh apa lagi,semua berebut cari apa semua.

Cikgu Najib kata,masjid boleh tak kesah apa apa tempat yang dibuka dari tahun 1980 an sehingga 2015. Ada pelajar tu pilih,Masjid Putrajaya,Masjid Shah Alam,Mall macam Giant , Muzium galeri Sultan Abdul Aziz kt Klang and banyak lah..Aku time tu,dahlah asrama,kalau nak balik search-search tempat ni time Jumaat, Sabtu, Ahad SAHAJA tau.Bak kata cikgu Najib, "MASA MENCEMBURUI KITA".

Ramai kawan-kawan aku dah jumpa tempat nak buat kajian and aku masih tercari-cari lagi dimana tempat kajian yang aku nak buat.Hmmm..

Then,satu hari aku search lah tempat yang jarak perjalanan senang sampai, I mean, yang dekat dengan rumah aku. Then ayah aq suggest Istana Jugra. Rupanya,lepas search kat Google. Sama je nama dengan Istana Bandar. Ada banyak nama antaranya (Istana Jugra/Istana Bandar/Bandar Temasya). 

Selepas aku confirmkan tajuk ini dengan Cikgu Sejarah aku, bermulalah alkisah dimana pengalaman paling best dan beri semangat kepada aku untuk nak lawat lagi bangunan bersejarah selain tempat ini.

Oleh itu, aku pun..search la segala maklumat mengenai mengenai Bandar Temasya ni. Ramai yang tak tahu termasuklah aku. Satu lagi, bersyukur sangat sebab jarak antara rumah aku Bandar Saujana Putra ke Istana Bandar ni dalam 28 minit je. Kira okeylah sebab lalu highway je guys.

2 minggu sebelum aku pergi ni,time tu cuti sekolah seminggu.So, aku cari nombor fon ketua yang menguruskan bahagian Istana Bandar iaitu Puan Norhazita bt Sumali dekat Facebook sebab aku tengok dekat Facebook beliau aktif.Tergerak hati aku untuk mencari nombor telefon beliau kerana disebabkan bisikan syahdu umi ku," ehhh Syidah,dok kang mu gi sane dok khabor mende mende?mu tepon orang hok jaga tempat tu,bagitahu kita nok wat kajian ke mende ke..takkan gi saje gitu," Hambik kau,penangan mak aku. Alhamdulillah dapat jugak call Puan Hazita,beliau sangat baik oranganya senang faham hasrat kita. Walaupun suara garang dia memecah suasana, kau kena be calm and cool je.Kalau tak de beliau punah harapan aku untuk interview beliau. 



9 FEBRUARI 2019

Haa ini adalah tarikh aku pergi. Alhamdulillah ayahku sudi nak hantar..biasanya die suh naik grab je dan ayah aq memang suka anak dia berdikari.Ayah dengan mak aku yang hantar waktu tu.Penat jugak sebab pagi tu,aq buat interview di Taman Putra Bestari tepi Lrt Alam Megah tu. Ala balik pulak,makan sekejap dan solat. Kemudian,terus gerak ke Istana Bandar. Dalam perjalanan,sikit lagi nak sampai tu...adik aq yang keempat nak terberak la pulak. Aku dah lah tengah kejar masa.Boleh pulak dia buat hal.Ko rasa??? ayah aq cepat cepat cari masjid terdekat  then tinggalkan sebentar adik aq yang buat hal dengan mak aq sebagai peneman.Alhamdulillah,selepas tengok maps,akhirnya sampai jugak ke destinasi pilihan hatiku, Agitchuw. Aku dan adik kedua aku yang turun sebab dia akan jadi camemerawoman aku sebab dia perempuan. Disebabkan hal adik aku takdi,aku telah terlewat dalam 20 ke 30 minit macam tu weyh. Ya ampun. Nasib aku dapat cari Puan Puan Hazita. Kalau tak mesti dia dah balik. So, korang tolong jangan jadi macam aku. Kita kene sharp atau pon awal sebelum masa yang dia dah tetapkan. Tak kesah lah sesiapa yang kau interview tu selagi kita bernama manusia, tepatilah masa. 

Lepas dah jumpa beliau,beliau bawa aku ke satu bilik khas untuk para pelawat. Kat situ penuh pemplet dan banner. Memang sangat membantu dalam menghasilkan penulisan aq tau. Korang snap je ngan camera. Siap!

Aku sebenarnya first time interview and tak ada pengalaman pon lagi.Boleh pulak time tu fon aq storan penuh pulak. Nasib baik ada camera phone ayah aq dan camera go pro.

Banyak benda aku kena tanya dan aku dah siapkan soalan kiranya tengok skrip je la. Setiap apa yang puan Hazita kata tu EMAS tau. Kalau boleh jangan terlepas something. Sebab maklumat-maklumat pasal bandar bersejarah ni jadi lebih tulen berbanding dekat google.gitulaa ibaratnya..hehehe

Apa yang aq perasan kan, rakyat kita macam malas dah nak lawat bandar-bandar bersejarah tau..aq lah tu org nya.Hahahha. Mereka lebih suka pergi mall,taman,waterpark je la selalu ramai yang kunjung. Betul tak?Lagi-lagi tengah covid lagi la mereput dekat rumah.hehe.

Antara tempat yang aq syorkan adalah Istana Bandar.Memang tengok dari segi luaran binaan ni macam lama.Tapi bagi aq lama tu lah LEGEND,bro.Puan hazita pon ada bagitahu walaupun Istana Bandar terletak tepi rumah orang,namun kebanyakan yang datang ke Istana Bandar bukanlah majoriti dari penduduk situ. Ada yang datang dari Negeri Sembilan,Serdang,Perak dan banyak lagila. Nampakkan?kalau dah minat tak kisah lah kita duduk ceruk mana pon,kita yang nak kita berkorban lah..hihi.








nilah suasana yang aq dapat gambarkan.

bye bye

apa apa soalan diminda diizinkan bertanya di ruangan komen di bawah hihiks

Ulasan

  1. Seronok if pergi tempat sejarah mcm ni , cantik pun Cantik

    BalasPadam
  2. hehehe..kalau sis nak tahu,Istana Bandar ni jugak adalah tempat shooting cerita Pontianak Harum Sundal Malam yang dilakonkan watak oleh Maya Karin tu.

    BalasPadam
  3. suka juga pergi tempat bersejarah ni..sbb boleh tgk benda2 yg unik dan antik

    BalasPadam
  4. even though I'm not a fan of history but I do love visiting these places.

    BalasPadam
  5. yeah why not right,i think everyone should doing this in their life because this is fun.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Wah bestnya dapat melawat tempat bersejarah macam ni

    BalasPadam
  8. hehe..tulahh..best jee..made my day 🤗

    BalasPadam
  9. hehehe alrightt thanksss singgahh

    BalasPadam
  10. Menarik juga sesekali melawat ke Muzium tempat bersejarah. Bolehlah tambah sikit ilmu sejarah dan pengetahuan :)

    BalasPadam
  11. betul tu sis. Saya ingat lepas pkp nak g bandar bersejarah jugak..kalau diberi peluang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buka akaun bank💸 di Maybank🐅

Hai assalamualaikum,buat apa tu?aq harap sesiapa yg baca entri ni sihat-sihat semua ye. Percaya ke tak nak percaya,umur aq 20 tahun baru buat kad bank sendiri..hahahaha Memandangkan musim Covid pada tahun ini(2020), nak buat buka akaun bank ni ambik masa 2 hari. Okeyh jom start dengar cerita aq. Awal pagi aq bangun,dah solat la subuh..lepas tu tengok tengok blog orang..kikikiki.. saja blogwalking..kemudian,dalam pukul 9 lebih macam tu,adik aq yg umur 18 ni,dapat wasap daripada cikgu IKN (Institut Kraftangan Negara) maklumla,nak masuk diploma bahagian Batik.  Cikgu dia kata, kena buat Maybank lepastu nak salinan "muka hadapan buku bank". Aq tak paham gak tapi buat faham je la,dah aq pon tak ada bank sendiri rasa macam tak perlu aq pikir..teruk nya aq weyh..tolong jangan jadi macam aq. Kebetulan ayah aq kerja,mak aq pulak tak pandai bawak kereta, naik grab banyak gak kene cas tu, nasib baik ade jiran yang sudi hantarkan. Aq panggil jiran aq tu Cik As,serius weyh..kalau tak ada ...

Nota tambahan Nahu: Maful fih(المفعول فيه)

المفعول فيه 👈اسم منصوب (يذكر لبيان زمان الفعل أو مكانه) Mafulun fih ni adalah Isim Mansub(sentiasa baris atas la maknanya) Ia juga bagi menerangkan masa dan zaman. ظرف زمان إذا دَلَّ على زمن وقوع الفعل 👈 Dinamakan  mafulun fih(zorof zaman) sebagai masa untuk melakukan sesuatau perbuatan itu. 👈ظرف مكان : إذا دَلَّ على مكان وقوعه. D inamakan  mafulun fih(zorof tempat) sebagai tempat berlaku kejadian itu. Zorof di bawah tajuk mafulun fih.So, basically dia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu zorof zaman(masa) dan zorof makan(tempat) Di bawah setiap zorof ade contohnya. Untuk membina ayat menggunakan zorof ini, 🔖Kita kena tahu atau tentukan tempat die di belakang sekali atau di tengah ayat. 🔖Kita kena tahu zorof ni (mansub). Contoh, خَلْفَ،دُونَ، يَسَارَ 🔖Selepas zorof ini,kene majrur iaitu baris bawah.Contoh ayat:- السيارة خلف البيتِ 🔖Contoh lain:- Semoga bermanfaat. Ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah.👇

~Lirik lagu tanya sama pokok mawaddah~

TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB POKOK  ANGIN YANG GONCANG TANYA SAMA LANGIT APA SEBAB HUJAN NANTI JAWAB LANGIT TANYALAH AWAN AWAN NANTI KATA AKU KANDUNG AIR SAMPAI TEMPAT SEJUK AKU PUN CAIR LIHAT DALAM AIR ADA BAYANG-BAYANG CAMPAK SATU BATU BAYANG PUN HILANG LIHAT DALAM TAMAN TERDAPAT BINATANG POKOK-POKOK HIJAU INDAH DIPANDANG ARNAB SUNGGUH COMEL BULU WARNA PUTIH ITU TANDA BERSIH ALLAH PUN KASIH OH RAMA-RAMA ENGKAU SUNGGUH COMEL MERAH,KUNING,PUTIH BERBATIK-BATIK INDAHNYA DIRIMU BERANEKA WARNA  KESANA-KEMARI MENGHISAP BUNGA TANYA SAMA BURUNG  APA SEBAB TERBANG  NANTI JAWAB BURUNG SAYAP DIGUNAKAN TANYA SAMA IKAN  BAGAIMANA BERENANG NANTI JAWAB IKAN SIRIP DIGUNAKAN BERBAGAI TUMBUHAN ALLAH JADIKAN MASAM MANIS PAHIT DAPAT DIRASAKAN ADA BOLEH DIMAKAN  ADA BOLEH DIPANDANG SYUKUR PADA TUHAN TIDAK TERBILANG