Langkau ke kandungan utama

Cara verify no pin Google Adsense 2021

Assalammualaikum, semua..Salam menyambut bulan Ramadhan semua..maaf lama menyepi dan menghilang...biasalah komitmen dalam kehidupan...hehehe yang Wajib diutamakan manakala blog ni hanya mengisi masa lapang daripada terbiar begitu sahaja. 

Awak semua sihat ke tu? Harap sihat walafiat belaka..


Alhamdulillah,sekian lama menunggu..akhirnya sampai pun no pin from Google Adsense berkat korang jugak ni sebenarnya singgah menyinggah ke blog ni..rasa kecik je blog ni..biarlahh asalkan bermakna..


Mesti tanya macamana awak buat Google Adsense ni??

Haaaa..nak tunggu approve pun bertahun jugak..namun jangan putus asa.Apa perlu saya buat?

1.Buat research

Syidah kan..survey bermacam macam blog..tengok youtube jugak macamana nak masukkan google adsense dalam blog..Google adsense ni kalau nak mudahkan cerita iklan..iklan yang mana memberi income sedikit kepada kita..Begitu..Selain Google Adsense,Nuffnang pon boleh tau..tapi Nuffnang macam lambat sikit tapi Syidah buat je.


2.Buat perkongsian yang menarik

Macam Syidah,ada buat perkongsian mengenai Pengalaman Syidah belajar di tingkatan 6..tak tahu pulak entri tu ramai yang berkerumun kat situ..hehe..Alhamdulillah,dengan ramai nya orang klik bahagian entri tu,tulah bukti yang Google Adsense terima jugak..So,u olls yang baru nak mula..pastikan cerita tu tak gempak pon takpe,yang penting memberi perkongsian kepada orang..Percaya kepada diri awak.. You can do it!

Cerita lah,pengalaman pergi bercuti ke..then attach la gambar atau video yang ada..hehetak kesah pengalaman pahit atau manis la...


3.Bila buat cerita kena taip panjang panjang sikit..

hehehe,kalau pasal ini ada je entri Syidah yang pendek namampus pon ada..Terpulang pada korang la..


OK tu je..Syidah mohon 2019 lagi..akhir tahun 2020 dalam bulan 9 ke 10 macam tu..baru dapat approve..tu pon Alhamdulillah..main taram je try error permulaan nak memahami Google Adsense punya prosedur..sampai sekarang pon masih belajar jugak..kalau ada org ajarkan senang la kan..


Then,tahun 2020 tu pon walaupun dah place iklan kat blog memang x de income ape ape..zero..then tahun ni bulan 1 kot tak silap..naik..$0.2..$0.6 ke macam tu..Alhamdulillah jugak tahun ni..setiap bulan naik naik ..tak banyak pon tapi bagi Syidah ia adalah satu KEJAYAAN tau! uolls kena fight uoll boleh..


Now,baru masuk pasal verify pin number..


ni bentuk MOBILE ye senang nak angkut ke mana sahaja saya berada!HAHA


Firstly,ayuh kita tengok bahagian kotak pink tu kan.. saya translate la ye.. dia kata " payment tu tak leh dikeluarkan selagi kita belum sah kan no.pin yang dia bagi".. tu yang saya dapat tahu.."oh rupanya kena verify no.pin ke" So,tunggula sebulan paling kurang sebab biasalah benda ni kan luar negara.

Pastikan bahagian alamat rumah,no fon,nama penuh..dan semua yang dia mintak tu awak isi tau..baru la dia akan bagi notify yang dia akan hantar nombor pin ke rumah kita.Kalau yang baru letak google adsense biasa x de bagitahu lagi..macam saya dalam bulan 2 ke 3 dia kata suh verify no.pin..cuak jugak..sebab x reti gak bab ni hehe..Tapi tunggu je no,pin tu sampai,,sebab kat Google adsense tu dia akan bagitahu,yang dia send no pin ke alamat rumah kita lebih kurang dalam sebulan jugakla..tapi aq rse aq punya 2 bulan baru sampai.Tapi nasib baik lambat2 pon sampai jugak kat tangan penerima.



muka depan


Haa..ni la wajahnya..die macam sekeping je tau nipis sangat..kena jaga leklok..hihi



ni muka belakang tau



cakkk! ni la keadaan dalam dia.. nombor yang besar gedabak warna biru tula no pin.. masukkan la dalam kotak verify no pin dekat web Google Adsense..

1.  Bukak google ..

2.Search Google Adsense..

3.Kalau mintak email ko masukkan la email ko..




Lepas dah bukak Google Adsense..tempat nak masukkan kod no pin tu terpampang kat situ..tengok anak panah tu ye..




nampak tak kat bahagian pin correct kat gambar di atas ni?? YEAY!!Alhamdulillah anda berjaya!


Boleh ke tak boleh buat tu?Cer komen..kat bawah ni..




Ulasan

  1. Tahniah kerana dah dapat google adsense.. semoga rezeki awak murah berlipat kali ganda selepas ini, Insha Allah..

    BalasPadam
  2. huhuhuhu... i did so much researched tapi still blurr hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh i see..i pon ada bende yang buat i blur jugak..hhehehe..i main bantai je u..

      Padam
  3. sy tgk blog akak ni alhamdulillah faham2 dah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buka akaun bank💸 di Maybank🐅

Hai assalamualaikum,buat apa tu?aq harap sesiapa yg baca entri ni sihat-sihat semua ye. Percaya ke tak nak percaya,umur aq 20 tahun baru buat kad bank sendiri..hahahaha Memandangkan musim Covid pada tahun ini(2020), nak buat buka akaun bank ni ambik masa 2 hari. Okeyh jom start dengar cerita aq. Awal pagi aq bangun,dah solat la subuh..lepas tu tengok tengok blog orang..kikikiki.. saja blogwalking..kemudian,dalam pukul 9 lebih macam tu,adik aq yg umur 18 ni,dapat wasap daripada cikgu IKN (Institut Kraftangan Negara) maklumla,nak masuk diploma bahagian Batik.  Cikgu dia kata, kena buat Maybank lepastu nak salinan "muka hadapan buku bank". Aq tak paham gak tapi buat faham je la,dah aq pon tak ada bank sendiri rasa macam tak perlu aq pikir..teruk nya aq weyh..tolong jangan jadi macam aq. Kebetulan ayah aq kerja,mak aq pulak tak pandai bawak kereta, naik grab banyak gak kene cas tu, nasib baik ade jiran yang sudi hantarkan. Aq panggil jiran aq tu Cik As,serius weyh..kalau tak ada ...

Nota tambahan Nahu: Maful fih(المفعول فيه)

المفعول فيه 👈اسم منصوب (يذكر لبيان زمان الفعل أو مكانه) Mafulun fih ni adalah Isim Mansub(sentiasa baris atas la maknanya) Ia juga bagi menerangkan masa dan zaman. ظرف زمان إذا دَلَّ على زمن وقوع الفعل 👈 Dinamakan  mafulun fih(zorof zaman) sebagai masa untuk melakukan sesuatau perbuatan itu. 👈ظرف مكان : إذا دَلَّ على مكان وقوعه. D inamakan  mafulun fih(zorof tempat) sebagai tempat berlaku kejadian itu. Zorof di bawah tajuk mafulun fih.So, basically dia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu zorof zaman(masa) dan zorof makan(tempat) Di bawah setiap zorof ade contohnya. Untuk membina ayat menggunakan zorof ini, 🔖Kita kena tahu atau tentukan tempat die di belakang sekali atau di tengah ayat. 🔖Kita kena tahu zorof ni (mansub). Contoh, خَلْفَ،دُونَ، يَسَارَ 🔖Selepas zorof ini,kene majrur iaitu baris bawah.Contoh ayat:- السيارة خلف البيتِ 🔖Contoh lain:- Semoga bermanfaat. Ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah.👇

~Lirik lagu tanya sama pokok mawaddah~

TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB POKOK  ANGIN YANG GONCANG TANYA SAMA LANGIT APA SEBAB HUJAN NANTI JAWAB LANGIT TANYALAH AWAN AWAN NANTI KATA AKU KANDUNG AIR SAMPAI TEMPAT SEJUK AKU PUN CAIR LIHAT DALAM AIR ADA BAYANG-BAYANG CAMPAK SATU BATU BAYANG PUN HILANG LIHAT DALAM TAMAN TERDAPAT BINATANG POKOK-POKOK HIJAU INDAH DIPANDANG ARNAB SUNGGUH COMEL BULU WARNA PUTIH ITU TANDA BERSIH ALLAH PUN KASIH OH RAMA-RAMA ENGKAU SUNGGUH COMEL MERAH,KUNING,PUTIH BERBATIK-BATIK INDAHNYA DIRIMU BERANEKA WARNA  KESANA-KEMARI MENGHISAP BUNGA TANYA SAMA BURUNG  APA SEBAB TERBANG  NANTI JAWAB BURUNG SAYAP DIGUNAKAN TANYA SAMA IKAN  BAGAIMANA BERENANG NANTI JAWAB IKAN SIRIP DIGUNAKAN BERBAGAI TUMBUHAN ALLAH JADIKAN MASAM MANIS PAHIT DAPAT DIRASAKAN ADA BOLEH DIMAKAN  ADA BOLEH DIPANDANG SYUKUR PADA TUHAN TIDAK TERBILANG