Langkau ke kandungan utama

Kenapa telinga asyik berdengung?

Assalammualaikum semua,im back hehe..tetapi entri pendek ajerla kot kali ni.Sebab nak menyesuaikan diri ni ahaha..baru berapa bulan tak aktif di blog ni akibat perkara-perkara yang tak dapat dielakkan.Huhu

.

.

.

Sebelum tu,actually,selama ni Syidah menghilang pon sebab exam hari tu..then sampai ke hari ni pulak on off blog.hehe Syidah rindu kawan-kawan blogger..Doakan ayah Syidah jugak,sebab 2 minggu lepas sampai ke hari ni dia masih dalam keadaan sakit.Baru lepas operate apendiks.Tapi sekarang ni pulak,berperang dengan kencing manis.Sekarang ni pon,jalan slow je,dia banyak termenung,tengok kalendar,tak banyak cakap.Tak tahu kenapa,lain gila perwatakan dia tahun ini.Syidah anak sulung so,banyak komitmen Syidah..adik2 lagi.Arghh..mulalaaa nak menitik air mata ni.Apapon,doakan kesihatan dan kesejahteraan abah Syidah.Semoga jugak apa yang uolls doakan tu berbalik juga kepada uolls insya Allah.

.

.

Tajuk utama:- Kenapa telinga berdengung atau berdesing?

syidah  tak tahula apa beze tapi Syidah rasa sama je kot.If u guys nak tahu lebih lanjut cuba search..sebab syidah tak buat pencarian maklumat pon lagi.Hehe.


Cuma yang Syidah nak bagitahu ni 

ok meh dengar citer


Semalam,main scroll-scroll facebook,tetiba ade satu ceramah ni tajuk dia pasal "Sebab apa telinga berdengung" something like that bunyinya.Syidah pon tak ingat.Sorry. Tapi apa yang Syidah dapat dengar dan ingat adalah ustaz tu cakap..


"kalau kita buat sesuatu dengan secara tiba tiba kita rasa telinga kita berdengung..itu tandanya ada seseorang yang sebut nama kita" 

-ustad (maaf syidah tak ingat apa nama ustad tu)

Syidah cakap dalam hati 

"haa ni member kita yang sebut² nama kita..atau gosip pasal kita la ni."


Ustad tu menyambung lagi,

"Awak tahu siapa yang sebut nama kita yang rindukan kita ? Dialah Nabi Muhammad SAW."


Dalam hatiku

"Allahu Rabbi" 😢

Sebaknya hati Syidah time tu.Tak dapat nak digambarkan.Betapa ingatnya Rasulullah SAW terhadap umatnya yang lalai ni.


Ustad tu bagitahu lagi,apa kita nak buat?Cepat-cepatlah kita berselawat tau uolls.

Macamana?haa tengok bawah ni.


Bukan sahaja selawat ni je boleh..awak sebutlah selawat yang lain pon boleh..apa yang terlintas di fikiran.Tapi,apa yg ustad tu sebut takdi selawat yg Syidah bagi ni lah.Bukan senang nak dapat peluang ni.


Ustad tu kata,ade org tu sampai dapat penyakit lagi sebab telinga asyik berdegung.Yes memang ada.Syidah doa semoga orang yang mengalami masalah ini cepat pulih .Tapi ustaz tu kata,Okayh lagi orang yang ada penyakit ni at least dia tahu sebab apa..dari segi Islam la.Kalau dari segi Sains hmm..Syidah tak tahula..mungkin faktor lain.Terpulang kepada orang tu.


Syidah suka sangat nak share tentang perkara ni kat rakan2 blogger yg lain. Tak sangka jugak,dengan masa yng ada ni jugak uolls dapat pahala sebab berselawat.


So,sudahkah anda berselawat hari ini?🤗



Ulasan

  1. Allahhuu..tiba2 rasa sayu..terlalu asyik dgr duniawi lupa..nabi kita yg xpernah lupakan umatnya..

    BalasPadam
  2. Betul tu sis,sedih nya kita sebagai umat Islam.Rindukan nabi kita.😢

    BalasPadam
  3. orang kata tutup hidung and mulut then blow kuat kuat kalau telinga berdengung hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhe..betul tu..kadang kita buat macam tu jugak..satu lagi,kalau air masuk dalam telinga hehehe

      Padam
  4. Semoga ayah Syidah dikurniakan kesihatan yang baik. Faham tanggungjawab anak sulung. Syidah kuat ya. Doa banyak-banyak. InsyaAllah segala urusan Syidah sekeluarga dipermudahkan. Mudahan jugak Syidah dapat skor dalam study. Buat yang terbaik adik.

    Telinga berdesing tu, Eza akan rasa bila masuk air dalam telinga. Macam deria dengar berkurang masa tu. Alhamdulillah, dah pulih sepenuhnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih sis dengan doa.Alhamdulillah ayah pon dah start boleh kerja minggu lepas. Penyakit kencing manis pon dalam kawalan.hehhe

      Betul,kita akan rase berdesing kan.kalau air masuk dalam telinga...nak2 mandi2 sungai atau laut..hehhe

      Padam
  5. Semoga dipermudahkan urusan.

    Jom semak pemenang sayang giveaway by syeeda saniey :
    https://syeedasaniey.blogspot.com/2021/01/pemenang-sayang-giveaway-by-syeeda.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin terima kasih dengan doa,Alhamdulillah ayah pon dah boleh pergi keje minggu lepas.

      Padam
  6. giveaway CUya kembali! jom joinn

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehhe alamak terlepas suddah..maaf baru muncul hhehehe

      Padam
  7. Bikin gua bisa terus semangat jika melihat update cerita seperti ini, thanks dah berbagi ya kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh! kerennn banget! ada jugak eh cerita gue ini bisa bikin semanget sama orang.Terima kasih sudi singgah hehehe

      Padam
  8. moga ayahnyaaa cepat sembuh tauu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. HEHE,Amin sis..maaf tak balas..sekarang baru muncul..Alhamdulillah berkat doa para komen disini dan dengan izin Allah ayah saya sihat.

      Padam
  9. Jom Join GA ni, saya sudah:

    https://cikyatiedotcom.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buka akaun bank💸 di Maybank🐅

Hai assalamualaikum,buat apa tu?aq harap sesiapa yg baca entri ni sihat-sihat semua ye. Percaya ke tak nak percaya,umur aq 20 tahun baru buat kad bank sendiri..hahahaha Memandangkan musim Covid pada tahun ini(2020), nak buat buka akaun bank ni ambik masa 2 hari. Okeyh jom start dengar cerita aq. Awal pagi aq bangun,dah solat la subuh..lepas tu tengok tengok blog orang..kikikiki.. saja blogwalking..kemudian,dalam pukul 9 lebih macam tu,adik aq yg umur 18 ni,dapat wasap daripada cikgu IKN (Institut Kraftangan Negara) maklumla,nak masuk diploma bahagian Batik.  Cikgu dia kata, kena buat Maybank lepastu nak salinan "muka hadapan buku bank". Aq tak paham gak tapi buat faham je la,dah aq pon tak ada bank sendiri rasa macam tak perlu aq pikir..teruk nya aq weyh..tolong jangan jadi macam aq. Kebetulan ayah aq kerja,mak aq pulak tak pandai bawak kereta, naik grab banyak gak kene cas tu, nasib baik ade jiran yang sudi hantarkan. Aq panggil jiran aq tu Cik As,serius weyh..kalau tak ada ...

Nota tambahan Nahu: Maful fih(المفعول فيه)

المفعول فيه 👈اسم منصوب (يذكر لبيان زمان الفعل أو مكانه) Mafulun fih ni adalah Isim Mansub(sentiasa baris atas la maknanya) Ia juga bagi menerangkan masa dan zaman. ظرف زمان إذا دَلَّ على زمن وقوع الفعل 👈 Dinamakan  mafulun fih(zorof zaman) sebagai masa untuk melakukan sesuatau perbuatan itu. 👈ظرف مكان : إذا دَلَّ على مكان وقوعه. D inamakan  mafulun fih(zorof tempat) sebagai tempat berlaku kejadian itu. Zorof di bawah tajuk mafulun fih.So, basically dia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu zorof zaman(masa) dan zorof makan(tempat) Di bawah setiap zorof ade contohnya. Untuk membina ayat menggunakan zorof ini, 🔖Kita kena tahu atau tentukan tempat die di belakang sekali atau di tengah ayat. 🔖Kita kena tahu zorof ni (mansub). Contoh, خَلْفَ،دُونَ، يَسَارَ 🔖Selepas zorof ini,kene majrur iaitu baris bawah.Contoh ayat:- السيارة خلف البيتِ 🔖Contoh lain:- Semoga bermanfaat. Ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah.👇

~Lirik lagu tanya sama pokok mawaddah~

TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB POKOK  ANGIN YANG GONCANG TANYA SAMA LANGIT APA SEBAB HUJAN NANTI JAWAB LANGIT TANYALAH AWAN AWAN NANTI KATA AKU KANDUNG AIR SAMPAI TEMPAT SEJUK AKU PUN CAIR LIHAT DALAM AIR ADA BAYANG-BAYANG CAMPAK SATU BATU BAYANG PUN HILANG LIHAT DALAM TAMAN TERDAPAT BINATANG POKOK-POKOK HIJAU INDAH DIPANDANG ARNAB SUNGGUH COMEL BULU WARNA PUTIH ITU TANDA BERSIH ALLAH PUN KASIH OH RAMA-RAMA ENGKAU SUNGGUH COMEL MERAH,KUNING,PUTIH BERBATIK-BATIK INDAHNYA DIRIMU BERANEKA WARNA  KESANA-KEMARI MENGHISAP BUNGA TANYA SAMA BURUNG  APA SEBAB TERBANG  NANTI JAWAB BURUNG SAYAP DIGUNAKAN TANYA SAMA IKAN  BAGAIMANA BERENANG NANTI JAWAB IKAN SIRIP DIGUNAKAN BERBAGAI TUMBUHAN ALLAH JADIKAN MASAM MANIS PAHIT DAPAT DIRASAKAN ADA BOLEH DIMAKAN  ADA BOLEH DIPANDANG SYUKUR PADA TUHAN TIDAK TERBILANG