Isnin, 28 Ogos 2023

Ayam goreng ala kepci


Hari ni makcik aq nk datang rumah. Jadi,hari ini ade mood baik jadi kita rasa rajin nak goreng ayam ala kepci. Ni pon jiran jugek yang beritahu camna nak buat.HAHA.


1. Kena ada ayam mentah

2. Tepung bestari



Senang je weh nak buat. Rasanya adik aq yg 6 tahun pon boleh buat. Cuma atas kita je lah rajin ke tak nak buat.


First, cari bekas. Lepas dah siap potong2 basuh2 n so on kan..ha letakla tepung letak air sikit ala-ala ko nak buat perap ayam tu. Macam aq,aq guna tepung spicy. Lepas gaul ngan tangan tu memang rasa pijar2 le tangan aq hahaha..tapi takpe sebab result die Padu..pedas2 gitu ayamnya. OKi. Berbalik pada cara nak bagi ayam kepci cam dalam gambor. Lepas ko dah salut2 ayam tu kan..biar kan ditepi.. 


Kemudian, letak tepung bestari sekali lagi di pinggan yang lain. SEBAB? haa sebab kita nak ambik ayam yang kita dah perap takdi tu kan, salut pula pada tepung bestari yang kering tu. Pada masa yang sama, minyak dah dipanaskan tau. Pastikan minyak panas! Sebab kita x nak ayam tu melekat kat kuali. Boleh moody jugek kalau jadi camtu. HAHA. Haa letak lah ayam tu. Dapatlah ayam seperti dalam gambar. Macam aq biar lama sikit api sederhana sebab nak bagi isi dalam tu macam masak sikit. Sebab kalau buat api kuat takut kulit bhgian luar je masak. Gitulah hidup.

Lepas baca ni,korang boleh share jugak tau resipi korang just komen di bawah hihi



6 ulasan:

  1. Ai pun suka goreng ayam guna tepung bestari tapi guna yang original punya. Letak garam sikit, terbaik rasa dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe ye insya Allah menjadi..rasa tak yah letak garam sebab die cukup rasa masin dah dalam tu.

      Padam
  2. Selalu cuba, tapi mcm tak pernah jadi. This time nak guna tepung bestari, hopefully menjadilah sebab sebelum ni guna tepung lain.

    BalasPadam
  3. Sedap tu next try tebalkan lagi sikit tepung tu mesti lagi padu dari ayam kepci hahaha :P

    BalasPadam