Salam semua.
Semalam Syidah kena keluar dari uni, round luar uni Syidah..untuk buat kerja berkumpulan mengenai Nutrition and Public Health. So, apa yang Syidah and groupmates nak cari adalah foodbank dan poster-poster atau kempen yang kerajaan galakkan kepada rakyat Malaysia tentang pengambilan makanan yang berkhasiat. Foodbank ni juga bawah tajuk Nutrition and Public Health tau, parts of Food Insecurity. Banyak juga aktiviti-aktiviti yang syidah kena ambik gambar, antaranya pakcik jual buah, pakcik buat air buah, konsep makan suku-suku separuh semua kami dah ambik gambar. Alhamdulillah. Semalam try2 je pergi Melawati Mall. Nak tengok ada tak poster ke kempen2 ke kan. Sekali terjumpa foodbank dari Air Selangor. Wah bagusnya. Terima kasih Air Selangor sebab buat foodbank ni. Siapa rasa sesak boleh lah ambik. Foodbank ni dekat depan grocer je. Sebenarnya kebaikan foodbank ni adalah:
1. Membantu mereka yang memerlukan:
Foodbank menyediakan makanan percuma kepada golongan yang kurang bernasib baik, seperti keluarga berpendapatan rendah, individu yang kehilangan pekerjaan, atau mereka yang mengalami krisis ekonomi.
2. Mengurangkan Pembaziran Makanan:
Foodbank membantu mengurangkan pembaziran makanan dengan menerima sumbangan makanan daripada syarikat, kedai, dan individu yang tidak terpakai tetapi masih boleh dimakan.
3. Meningkatkan Kesedaran Masyarakat:
Foodbank memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih peka terhadap isu kemiskinan dan kekurangan makanan. Ia menggalakkan lebih ramai orang untuk memberi derma dan membantu mereka yang memerlukan.
4. Memberi Sokongan Kepada Keluarga dan Komuniti:
Foodbank bukan sahaja menyediakan makanan, tetapi juga memberikan sokongan moral dan sosial kepada mereka yang terjejas oleh kemiskinan atau keadaan yang mencabar.
5. Penyelesaian Krisis Jangka Pendek:
Ia dapat menjadi penyelesaian sementara bagi keluarga atau individu yang sedang menghadapi kesulitan kewangan atau kecemasan, memberikan mereka masa untuk mencari penyelesaian jangka panjang.
6. Peluang Sukarelawan:
Foodbank memberi peluang kepada individu untuk menjadi sukarelawan dan terlibat dalam aktiviti yang membantu komuniti, memberi mereka rasa kebersamaan dan tanggungjawab sosial.
Dengan adanya foodbank, banyak orang dapat diberikan bantuan yang sangat penting, membantu mereka untuk terus menjalani kehidupan walaupun dalam keadaan sukar.
Thanks sangat sebab jumpa foodbank kat Melawati mall. Kami dah buntu dah nak cari kat mana. Dan kalau nak tukar tajuk pun dah last minit, nak jumpa lecturer lagi fuhh. Nasib ada..
Tadaaa! inilah foodbanknya.
Macam pernah tengok kotak makanan di masjid.
BalasPadamTq sebab ikuti blog saya, saya dah ikut balik.
Betul kat masjid banyak, org panggil gerobok makanan atau foodbank..yang lebih memerlukan dipersila ambil. Tapi masjid kawasan rumah syidah dia tak open ada nama tertentu asnaf atau sebagainya boleh ambil.
Padaminisiatif yang sangat baik untuk semua yang memerlukan . in syaa allah
BalasPadambetul tu, Alhamdulillah.. ada yang masih ambik berat.
Padam