Kenapa Pilih Samsung Galaxy A35?
Prestasi dan Bateri – Tahan Ke Guna Seharian?
Setakat ini, syidah guna phone ni untuk buka Google Docs, Telegram, Canva dan YouTube – semua berjalan lancar. Bateri 5000mAh tu tahan dari pagi sampai malam walaupun guna untuk belajar contoh snap nota, tangkap gambar, scroll social media dan tonton video di Youtube.
Kamera – Untuk Gambar Nota & Assignment?
Kamera belakang 50MP dia okay untuk ambil gambar nota, assignment atau rakam video pendek. Kalau waktu malam, gambar agak grainy, tapi acceptable untuk phone bajet macam ni. Bagi syidah sumpah dah cukup bagus dah kameranya kalau kita tahu angle mana yang cantik dan sesuai.
Berbaloi Tak untuk Student?
Pada saya, Samsung Galaxy A35 memang berbaloi kalau awak student yang nak phone dalam bajet RM1000–RM1500. Performance dia cukup untuk multitasking ringan, dan design pun tak nampak murah dan premum look orang kata. Kalau awak cari phone bajet dengan ciri premium – ini antara pilihan yang bagus tau. Harga asalnya syidah beli kat shopee adalah rm1400+ tapi lepas tolak voucher bagi dapat RM1080 je. Tak silap syidah beli time 11.11 di shopee. Kena pandai tekan2 voucher kt shopee lah. hehe syidah beli kat SINI
Chop! Boleh ke nak main game guna phone ni?
Jawapannya, boleh dan tak boleh. Kalau game berat tak sesuai sebab fon ni cepat panas. Syidah banyak juga tengok review di Youtube katanya tak sesuai main game guna phone ni. Setakat ni syidah guna main game Roblox HAHA okey je la. Tapi tak tahu lah masa akan datang macamana. Setakat nak main word search, candy crush ke boleh je kot.
Okay itu sahaja, nanti syidah share review gambar belakang jika ada masa ye bye!
UPDATE: Boleh tengok ni Review kamera belakang samsung A35
Bagi seorang student pakai apa sahaja biar ala kadar.. lebih lebih lagi dlm bab hp ini. Asal boleh buat apa yg kita perlukan cukup la. For me student hp should be bawah RM1000.00. Kita yg dah bekerja ni pun Hp RM850.00 jer hihiii
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBukan nak kata demand bang, tapi macam saya pentingkan kamera dan design berbanding yang lain2 spec. Maybe harga tu nampak tinggi sikit.. Tapi betul je apa yang abg kata tu , pakai je apa2 brand as long as dia bagi benefit kt kita guna je..yg penting beli ikut bajet and jangan ikut ape org kata..
PadamKak SA sendiri pakai Samsung A33, ni pun rasa dah lama pakai..beli rasanya 2022 ke 2023, tapi dah start buat hal..but masih boleh guna la..kalau camera dan gambar..cantik jugak Samsung ni...
BalasPadamyes kamera dia lawa..kamera belakang clear kamera depan grainy sikit but still okay jee..hihi
PadamOwh.. Cantik design dia.. Tapi kurang minat kalau jenama Samsung ini.. kikiki..
BalasPadamhehe lain org lain citarasa ye dakk
Padam