Langkau ke kandungan utama

TAHUN2018

AKU BUKAN SIAPA2,AKU CUMA MANUSIA BIASA.



DALAM HIDUP KADANG KITA  DI ATAS,KADANG KITA DI BAWAH.

ITULAH NAMA KEHIDUPAN,NOKTAH KEHIDUPAN.

AKU SEKARANG,18 TAHUN.HAHAHA..LAMA X BERBLOG.BUSY MEMANJANG.
AQ MASUK TINGKATAN 6.SAPA2 NAK TANYA PASAL F6,BOLEH JE TANYA AKU.TAPI AKU CUMA MERASAI FORM 6 BAWAH LA.FORM 6 ATAS TAHUN DEPAN PULAK.2019.SEM 2 DAN SEM3,KATANYA SUSAH.FUHH.NASIB KAU LAH.

NAK TANYA SUSAH KE SENANG MASUK FORM 6 NI?DIK,KO MASUK MANE PON KO BELAJAR,PERKATAAN SUSAH SENTIASA ADA.MEMANG LUMRAH KITA LAH ADA MASALAH TU.TAPI AKU AKUI,FORM 6 MEMANG SUSAH.TAPI KORANG CUBA LAH MASUK.TAKKAN DENGAR SUSAH JE TAKNAK.MUNGKIN ADA KEAJAIBAN.START KO MASOK FORM 6,KO AKN MULA DRPD ZERO.SBB APA?SPM DAH TAK MAIN.SAPA PANDAI NASIB KAU LA.CONTOH EH,BUDAK YG 1A DALAM SPM PON BOLEH DAPAT 3 .0 KEATAS,MANAKALA,ADA JUGAK AQ TGOK BUDAK YANG 4A DLM SPM,TAKDELA SEPANDAI BUDAK 1A SPM.SUDAHLA.JANGAN BANDINGKAN LAGI.IA MENYAKITKAN KALAU DIFIKIRKAN.ARGHHHHH!



SUKA DENGAR NASIHAT BROTHER NI DARIPADA GROUP TELEGRAM NI.



Kredit FB Muhammad Zulhilmi Mohammad

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. 
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama. 
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. 
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. 
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. 
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. 
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga. 

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah. 
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan 
"eh nanti tua siapa nak jaga kau." 
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua? 

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting. 

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut

SO JANGAN MASALAH KO PALING BERAT.KO KENE INGAT ADE LAGI ORANG YANG MASALAH DIE LAGI BERAT DARIPADA KO 

Mohon share di group2 lain. Semoga bermanfaat.

MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buka akaun bank💸 di Maybank🐅

Hai assalamualaikum,buat apa tu?aq harap sesiapa yg baca entri ni sihat-sihat semua ye. Percaya ke tak nak percaya,umur aq 20 tahun baru buat kad bank sendiri..hahahaha Memandangkan musim Covid pada tahun ini(2020), nak buat buka akaun bank ni ambik masa 2 hari. Okeyh jom start dengar cerita aq. Awal pagi aq bangun,dah solat la subuh..lepas tu tengok tengok blog orang..kikikiki.. saja blogwalking..kemudian,dalam pukul 9 lebih macam tu,adik aq yg umur 18 ni,dapat wasap daripada cikgu IKN (Institut Kraftangan Negara) maklumla,nak masuk diploma bahagian Batik.  Cikgu dia kata, kena buat Maybank lepastu nak salinan "muka hadapan buku bank". Aq tak paham gak tapi buat faham je la,dah aq pon tak ada bank sendiri rasa macam tak perlu aq pikir..teruk nya aq weyh..tolong jangan jadi macam aq. Kebetulan ayah aq kerja,mak aq pulak tak pandai bawak kereta, naik grab banyak gak kene cas tu, nasib baik ade jiran yang sudi hantarkan. Aq panggil jiran aq tu Cik As,serius weyh..kalau tak ada ...

Nota tambahan Nahu: Maful fih(المفعول فيه)

المفعول فيه 👈اسم منصوب (يذكر لبيان زمان الفعل أو مكانه) Mafulun fih ni adalah Isim Mansub(sentiasa baris atas la maknanya) Ia juga bagi menerangkan masa dan zaman. ظرف زمان إذا دَلَّ على زمن وقوع الفعل 👈 Dinamakan  mafulun fih(zorof zaman) sebagai masa untuk melakukan sesuatau perbuatan itu. 👈ظرف مكان : إذا دَلَّ على مكان وقوعه. D inamakan  mafulun fih(zorof tempat) sebagai tempat berlaku kejadian itu. Zorof di bawah tajuk mafulun fih.So, basically dia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu zorof zaman(masa) dan zorof makan(tempat) Di bawah setiap zorof ade contohnya. Untuk membina ayat menggunakan zorof ini, 🔖Kita kena tahu atau tentukan tempat die di belakang sekali atau di tengah ayat. 🔖Kita kena tahu zorof ni (mansub). Contoh, خَلْفَ،دُونَ، يَسَارَ 🔖Selepas zorof ini,kene majrur iaitu baris bawah.Contoh ayat:- السيارة خلف البيتِ 🔖Contoh lain:- Semoga bermanfaat. Ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah.👇

~Lirik lagu tanya sama pokok mawaddah~

TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB POKOK  ANGIN YANG GONCANG TANYA SAMA LANGIT APA SEBAB HUJAN NANTI JAWAB LANGIT TANYALAH AWAN AWAN NANTI KATA AKU KANDUNG AIR SAMPAI TEMPAT SEJUK AKU PUN CAIR LIHAT DALAM AIR ADA BAYANG-BAYANG CAMPAK SATU BATU BAYANG PUN HILANG LIHAT DALAM TAMAN TERDAPAT BINATANG POKOK-POKOK HIJAU INDAH DIPANDANG ARNAB SUNGGUH COMEL BULU WARNA PUTIH ITU TANDA BERSIH ALLAH PUN KASIH OH RAMA-RAMA ENGKAU SUNGGUH COMEL MERAH,KUNING,PUTIH BERBATIK-BATIK INDAHNYA DIRIMU BERANEKA WARNA  KESANA-KEMARI MENGHISAP BUNGA TANYA SAMA BURUNG  APA SEBAB TERBANG  NANTI JAWAB BURUNG SAYAP DIGUNAKAN TANYA SAMA IKAN  BAGAIMANA BERENANG NANTI JAWAB IKAN SIRIP DIGUNAKAN BERBAGAI TUMBUHAN ALLAH JADIKAN MASAM MANIS PAHIT DAPAT DIRASAKAN ADA BOLEH DIMAKAN  ADA BOLEH DIPANDANG SYUKUR PADA TUHAN TIDAK TERBILANG