Langkau ke kandungan utama

Part 1: Perjalanan dan Pengalaman belajar di Tingkatan 6


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kita chill2 je la, takyah baku sangat,hahaha.. adik2 yg umur 17 thun nak masuk 18 tahun tu mesti tertanya2, macamana suasana bila dah masuk f6 ni yerk? belajar ape je yerk? betul ke susah giler?


ko takyah risau dik sebab aq pon cam engko jugak time tu, biaselaa budak hingusan lagi. Alhamdulillah tahun 2019 ni aq baru habis STPM. hehehhe.


Aq dapat masuk F6 kat sekolah agama kat Klang, dan yg sebenarnya aq bukanlah asal daripada sekolah agama pon. Aq drpd SMK biasa2 je dan aq bukanlah budak yg pandai mana, biasa sajer..chink2. Macamana aq boleh masuk f6 sekolah agama pulak tu?? haaa ni aq nak citer ni.


Actually aq ambik aliran agama. Macam biase la kalau ko f5 ambik aliran agama mesti ade subjek Arab, Syariah, Al-Quran Al- Sunnah kan ye dak? Haa aq ade je apply UPU mana tahu dapat u kan, alhamdulillah..takde rezeki.. rupanya rezeki aq di f6.. kehkehkeh. Alhamdulillah.


Ok, pada mulanya mak aq tak nak aq masuk f6,tapi ayah aq suruh masuk f6 sebab dapat jimatkan duit tanggung kos. Yerla, aq bukan daripada keluarga senang2, sederhana sahaja. Pastu, mak aq nampak macam aq yakin je lalu dia relakan aq masuk f6...hahaha.


okeyh, f6 ni setahun setengah je guys. Cth, Korang start masuk bulan 5(2018) - akhir bulan 11(2019)

tempoh setahun setengah ko. Aq tak tahu macamana nak cite.. ko pahamkanla..hahaha.. tapi macam tulaa.. Aq ni cam jakun je do, sebab apa tau? aq ni seolah macam tak tahu apa.. cth doa rabithah. Rupanya setiap kali perhimpunan kitorang akan bace doa rabithah.. aq? aq gerakkan mulut je.. what the fruit.. hahaha..jangan jadi mcm aq..hahahha.. tapi yerla bila dah masuk skolah agama tu, alhamdulillah..semua benda pasal akhirat yang aq tak tahu, semua ada jawapannya. Pssttttt.. doa rabithah aq lancar dah..hahaahaha. Alhamdulillah. Tu semua aq selitkan kenangan2 waktu aq amik f6..hahaha..


AQ BUDAK ASRAMA

Aq f6 asrama. sekolah aq  ada f1 sampaila f6.. kirenye bukan skolah f6 semua. Tidak ye kawan2.

Mula2 16 org perempuan batch 00 duk asrama, yg f6 jer la.. At last, tahun ni..tinggal 8 ketul jerr.

Haa nak tahu sebb apa? sbb diorang tak sanggup dan tak tahan duduk asrama ni. Aq pulak tergolong antara budak 8 ketul takdi. Apelaa nasib.. suke tak suke aq redha. sebab rumah aq tu terlalu jauh drpd skolah tu.. lebih kurang 40 min laa..kalau tolak jem. Kene marah apa semua tu, mula2 rase down..tapi bila dah selalu kene marah tu, rasa cam kebal je.. hahaha.. * biasela kadang kita buat baik tu tak semua nampak, yg jahat nampak ajer. Hahahha.. jangan ikot cth kakak ni ye, adik2. Aq syorkan kalau yg skolah kat klang, lagi2 asrama,better takyah. Sebab menderita. Tapi kalau ko dh biasa takpe... boleh je.. Aq ni kire first time jugakla asrama selama Setahun setengah ni. Alhamdulillah masih bernafas.


SUBJEK AQ AMBIK

Subjek apa yg aq ambik? Haa subjek killer gak.


1.pengajian am

2.syariah

3.bahasa arab

4.sejarah


Actually ada 2 kelas je pilihan kat skolah tu, sama ada subjek mcm aq tu kelas 6 atas 1.

Satu lagi kelas 6 ats 2,

1. pengajian am

2.bahasa melayu

3. pengajian perniagaan

4. usuluddin


Kirenye kelas aq tu macam aliran ank ke arab2 gitu, sape2 nak sambung law bahagian syariah pon boleh tu. Aq tak tahu lagi nak sambung mane, tapi aq, tahun ni baru tercetusnya minat yg mendalam trhadap bhs arab terutama nahu & sorof. Kalau kelas ke 2 tu, bahagian perniagaan ke, bhgian sastera ke boleh la kot ambik. Sape2 nak tanye pasal dua2 kos ni boleh je tanya aq.. klau kelas basa arab tu boleh la sikit2, tapi klau kelas bm tu pulak, tanye je laa nnti aq tanyekan kawan aq yg drpd kelas bm tu jugak. Sbb aq bukanlah thu kesemuanya pasal ni.


Korang kalau yg baru masuk tu, org kata kt tahap sem 1 la, korang kene struggle tau. Sebab nnti takpayah ulang kalau korang habis sem 3 nnti. Untuk pengetahuan korang, zaman sekarang ni, setiap sem ko periksa. Sem 1 n sem 2, ko boleh ulang, sekiranya result ko tak berapa cantik. Tapi sem 3 pon kene buat betul2 jugak sebab sem 3 ni pulak tak de ulangan. Last, tahun 2015 tak silap ade buka ulangan utk sem 3 ni. Start 2016 sampaila sekarang dh takde ulangan. Mcam dulu2, stpm ni belajar 2 tahun ke 3 tahn tak ingatlaaa, akhir tahun yg ke 2 ke 3 ntah bru periksa.. Sekarang setiap sem periksa* nampak bape kali aq ulang tu. hahahaha. Lupa plak bgthu. Kita ade 3 sem jer. hihi.. Okey berbalik kepada kenapa aq suh korang struggle? sebab, korang kene pastikan dapat result 3.5 ke ats lepas dicampor ketiga2 sem. Insha Allah, senang la korang masuk u mana2 yg korang nak. Aq pon tak thu la result keseluruhan berapa. Kalau dapat 3.0 pon aq bersyukur. Tak tahu nak gambar kan susahnya untuk aq jalani hidup sampai ke hari ni.


suka duka bersama *DOLLAH BRAVO* geng aq


aq yg kiri sekali

aq tak tahu asal gambar ni senget!

kenangan dengan Belle n Teha, dr KTM Klang,teman diorang naik MRT
di KL SENTRAL

HI-TEA

gi makan Soul Garden,ioi puchong




haa ni la member aq dalam Dollah BRAVO

sebenarnya ramai je lagi. Ni je sempat utk hari ni. sori yg tak de.

Ehem**
Iklan sikit..aq nak cite sikit
debaran menanti result STP.. ajomm kite terrrjahhhh entri terbaru aq😂

👇👇👇👇👇
👆👆👆👆👆

Untuk pengetahuan,maaf selama setahun setengah ni jugak banyak gak tak buat entri pasal aq banyak bahagikan masa dengan family je..sbb biasela duduk asrama kan..jumaat ko balik rumah,lepas tu petang ahad ko dtg semula asrama..rase tak macamane aq rase..?? Aq rasa macam 24 jam je dapat luangkan masa ngan family..huhu..family aq adalah segalanya tau.😍

MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!

Ulasan

  1. Wah... bestnye bca blog akk ni.. sya rsa rindu pulk ngn kwn2 saya yg lain..😅😁

    BalasPadam
  2. Hehehe...tq sudi komen rajin2 lah dtg belog akk ni..kikiki
    Akk pon rse mcm gitu gak..time tgh menaip ni pon rindunye kt kawan2 huhu

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Hahaha..ni tahu dah ni..mesti nani bawak motor gendong puteri ni 😂

      Padam
  4. Uishh uishh hakak idola perform!!Bravo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak tak tahula sape tapi aq thu ko satu skolah dengan aq..hahaha

      Padam
  5. Assalamualaikum akak nk tnya kalau ambik subjek mcam akak tuu nnti bleh smbung apa utk degree?

    BalasPadam
  6. waalaikummusalam..maaf lambat jawab..kalau akak la kan...baru baru ni,isi upu kan, macam macam pilihan ade..pilihan yg ade tu plak die tgok gred setiap subjek apa yg kita dapat time f6 hri tu..die tak semestinya pointer tinggi sume dpt..tpi tengok gred..cth kan ada 4 subjek..ade 3 subjek akak b+ pengajian am akak b ke b- mcm tu tak ingat la plak..so pilihan kos wktu akak nk isi upu tu kan banyak ke arah agama.. contoh 1.BAHASA ARAB(ni pon ade pecahan anak die cth kos: bhs arab komunikasi ke,bhs arab pendidikan ke..),2.PENGAJIAN ISLAM,3.SYARIAH(ade bnyak anak2 die plak cth: kos fikh usulfikh,kos ilmu wahyu,dan mcm2 lagi) untuk subjek pengajian am kebanyakannya akak x dpt..hehehe tapi pengalaman belajar subjek tu best gilerrrr...walaupun killer. haa satu lagi 4.USULUDDIN pon ade jugak dlm pilihan kos..walaupun akak tak amik die kluar je dekat bhgian pilihan upu hri tu.. 5. BHGIAN KAUNSELING pon ade gak. akak harap jawapan akak ni menjawab persoalan sbb kadang2 akak jawab x ingat dunia gak...hahahaha

    BalasPadam
  7. Saya nak tanya kalau kita masuk STPM umur 19 boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak wak saya tak sure..sbb sy masuk time umur sy 18 bulan 5. So sampai 2019 gak la ..1 tahun setengah..

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Nk tny la akk bwk ape je kalau yg Bru nk masuk asrama tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahhaa..klu sy,first thing is,all pakaian harian,baju utk kita nk tidur (lengan panjang and bju muslimah),tudung sarung,alat² nk mndi,ubat² ke,makanan paling penting bawak sbb kalau lapar boleh kunyah²,pastu....tudung nk g skolah jangan lupa..selipar...bekas tupperware,kot malas nk gi dewan boleh tapau je..itu je lahh..ni boleh kata sebahagian laaa..nnti try pack je lagi apa lagi yg penting yeee

      Padam
  10. Akak nak tanya kalau form 6 asrama boleh bawak phone tak?

    BalasPadam
  11. kalau sekolah f6 bersama form lain cth form 1 sampai form 5 ade skali tu an,tak leh bawak pastu tunjuk2..klu nk bawak boleh tapi bagi cgu pegang atau kawan awak yg duk luar dri asrama pon boleh pegangkan.Time nk balik bru ambik. Lepastu,klu dalam skolah awak fully form 6 sahaja..rasanya boleh aje nk bawak.Sorry lambat..

    BalasPadam
  12. Hai kak, sy ambik stpm aliran agama sekarang.Sy macm akak lah drp smk.Diorang baca doa ii asy pon gerakkan mulut jeee HAHAHAHHA.Thanks kak sbb sy sekarang cam down je sbb sy lemah bahasa arab.Kalau akak baca ni nnti nagi lah komen motivasi sikit .Atau tips ii ke.HEHHEH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buka akaun bank💸 di Maybank🐅

Hai assalamualaikum,buat apa tu?aq harap sesiapa yg baca entri ni sihat-sihat semua ye. Percaya ke tak nak percaya,umur aq 20 tahun baru buat kad bank sendiri..hahahaha Memandangkan musim Covid pada tahun ini(2020), nak buat buka akaun bank ni ambik masa 2 hari. Okeyh jom start dengar cerita aq. Awal pagi aq bangun,dah solat la subuh..lepas tu tengok tengok blog orang..kikikiki.. saja blogwalking..kemudian,dalam pukul 9 lebih macam tu,adik aq yg umur 18 ni,dapat wasap daripada cikgu IKN (Institut Kraftangan Negara) maklumla,nak masuk diploma bahagian Batik.  Cikgu dia kata, kena buat Maybank lepastu nak salinan "muka hadapan buku bank". Aq tak paham gak tapi buat faham je la,dah aq pon tak ada bank sendiri rasa macam tak perlu aq pikir..teruk nya aq weyh..tolong jangan jadi macam aq. Kebetulan ayah aq kerja,mak aq pulak tak pandai bawak kereta, naik grab banyak gak kene cas tu, nasib baik ade jiran yang sudi hantarkan. Aq panggil jiran aq tu Cik As,serius weyh..kalau tak ada ...

Nota tambahan Nahu: Maful fih(المفعول فيه)

المفعول فيه 👈اسم منصوب (يذكر لبيان زمان الفعل أو مكانه) Mafulun fih ni adalah Isim Mansub(sentiasa baris atas la maknanya) Ia juga bagi menerangkan masa dan zaman. ظرف زمان إذا دَلَّ على زمن وقوع الفعل 👈 Dinamakan  mafulun fih(zorof zaman) sebagai masa untuk melakukan sesuatau perbuatan itu. 👈ظرف مكان : إذا دَلَّ على مكان وقوعه. D inamakan  mafulun fih(zorof tempat) sebagai tempat berlaku kejadian itu. Zorof di bawah tajuk mafulun fih.So, basically dia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu zorof zaman(masa) dan zorof makan(tempat) Di bawah setiap zorof ade contohnya. Untuk membina ayat menggunakan zorof ini, 🔖Kita kena tahu atau tentukan tempat die di belakang sekali atau di tengah ayat. 🔖Kita kena tahu zorof ni (mansub). Contoh, خَلْفَ،دُونَ، يَسَارَ 🔖Selepas zorof ini,kene majrur iaitu baris bawah.Contoh ayat:- السيارة خلف البيتِ 🔖Contoh lain:- Semoga bermanfaat. Ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah.👇

~Lirik lagu tanya sama pokok mawaddah~

TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB POKOK  ANGIN YANG GONCANG TANYA SAMA LANGIT APA SEBAB HUJAN NANTI JAWAB LANGIT TANYALAH AWAN AWAN NANTI KATA AKU KANDUNG AIR SAMPAI TEMPAT SEJUK AKU PUN CAIR LIHAT DALAM AIR ADA BAYANG-BAYANG CAMPAK SATU BATU BAYANG PUN HILANG LIHAT DALAM TAMAN TERDAPAT BINATANG POKOK-POKOK HIJAU INDAH DIPANDANG ARNAB SUNGGUH COMEL BULU WARNA PUTIH ITU TANDA BERSIH ALLAH PUN KASIH OH RAMA-RAMA ENGKAU SUNGGUH COMEL MERAH,KUNING,PUTIH BERBATIK-BATIK INDAHNYA DIRIMU BERANEKA WARNA  KESANA-KEMARI MENGHISAP BUNGA TANYA SAMA BURUNG  APA SEBAB TERBANG  NANTI JAWAB BURUNG SAYAP DIGUNAKAN TANYA SAMA IKAN  BAGAIMANA BERENANG NANTI JAWAB IKAN SIRIP DIGUNAKAN BERBAGAI TUMBUHAN ALLAH JADIKAN MASAM MANIS PAHIT DAPAT DIRASAKAN ADA BOLEH DIMAKAN  ADA BOLEH DIPANDANG SYUKUR PADA TUHAN TIDAK TERBILANG