Memaparkan catatan dengan label About Me. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label About Me. Papar semua catatan

Part 2: Perjalanan dan pengalaman belajar di Tingkatan 6(stp)


Is This a Fantastic Idea and Supply to Check SEE Result Nepal by ...

Hey korang yg tengah baca ni..assalamualaikum.
sorry ler lama tak update. internet dh laa ciput..takde mood aq.
sorry jugak SBB LAMA x update. Kan aq dh jnji nk up to date pasal ni... sila tekan ni .Pastu sampai sekarang terus tak bukak2 blogger smpai ke hari ni.

guys..

Alhamdulillah. Aq mencapai pointer yg bukan shj aq nak dn semestinya pelajar2 yg dduk kt situasi aq pon mesti nk kn bende yg sama..iaitu suatu KEJAYAAN. Aq berjaya mendapat 3.25.Aq sangat bersyukur dan inilah usaha aq selama ini. Kawan2 aq yg lain lebih lagi drpd aq. Aq turut bergembira atas kejayaan mereka. Bukan senang nk merentas onak duri..luas lautan...ni..fuh. Hanina pulak..memang power guys. dia dapat 3.58..memang bagus..sangat bagus. itulah usaha dia selama ni. Memang kita tak nampak ape ujian die yg dia lalui.




muka aq memang takleh belah..x ready lagi ni ngek..hahahah


alhamdulillah kawan2 sekelas yang berjaya.
FIGHTING!!!

okay.dah lepas satu ujian. berdebar2 jugak tuh.

ujian yg mendatang ni plak..

aq kene isi upu..fuh banyak hari pedong otak aq..duk mikir ke bende ni..guys..kalau korang isi upu ni kan..kene pikir masak2 yerla masa depan ko kan..hehehe tu je. Dan sekarang ni..semua budak stpm,stam,lepasan spm semestinya tgh tggu result dapat kt U mane..insha allah rezeki ade je..cume cepat atau lambat..jangan pernah merungut..Allah ada bantu kita.hehe..

Sekarang ni..palin..paling..paling mencabar adalah ujian menghadapi Virus corona atau Covid-19.
Pesanan saya kepada semua..stay safe and stay at home.


MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!

Part 1: Perjalanan dan Pengalaman belajar di Tingkatan 6


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kita chill2 je la, takyah baku sangat,hahaha.. adik2 yg umur 17 thun nak masuk 18 tahun tu mesti tertanya2, macamana suasana bila dah masuk f6 ni yerk? belajar ape je yerk? betul ke susah giler?


ko takyah risau dik sebab aq pon cam engko jugak time tu, biaselaa budak hingusan lagi. Alhamdulillah tahun 2019 ni aq baru habis STPM. hehehhe.


Aq dapat masuk F6 kat sekolah agama kat Klang, dan yg sebenarnya aq bukanlah asal daripada sekolah agama pon. Aq drpd SMK biasa2 je dan aq bukanlah budak yg pandai mana, biasa sajer..chink2. Macamana aq boleh masuk f6 sekolah agama pulak tu?? haaa ni aq nak citer ni.


Actually aq ambik aliran agama. Macam biase la kalau ko f5 ambik aliran agama mesti ade subjek Arab, Syariah, Al-Quran Al- Sunnah kan ye dak? Haa aq ade je apply UPU mana tahu dapat u kan, alhamdulillah..takde rezeki.. rupanya rezeki aq di f6.. kehkehkeh. Alhamdulillah.


Ok, pada mulanya mak aq tak nak aq masuk f6,tapi ayah aq suruh masuk f6 sebab dapat jimatkan duit tanggung kos. Yerla, aq bukan daripada keluarga senang2, sederhana sahaja. Pastu, mak aq nampak macam aq yakin je lalu dia relakan aq masuk f6...hahaha.


okeyh, f6 ni setahun setengah je guys. Cth, Korang start masuk bulan 5(2018) - akhir bulan 11(2019)

tempoh setahun setengah ko. Aq tak tahu macamana nak cite.. ko pahamkanla..hahaha.. tapi macam tulaa.. Aq ni cam jakun je do, sebab apa tau? aq ni seolah macam tak tahu apa.. cth doa rabithah. Rupanya setiap kali perhimpunan kitorang akan bace doa rabithah.. aq? aq gerakkan mulut je.. what the fruit.. hahaha..jangan jadi mcm aq..hahahha.. tapi yerla bila dah masuk skolah agama tu, alhamdulillah..semua benda pasal akhirat yang aq tak tahu, semua ada jawapannya. Pssttttt.. doa rabithah aq lancar dah..hahaahaha. Alhamdulillah. Tu semua aq selitkan kenangan2 waktu aq amik f6..hahaha..


AQ BUDAK ASRAMA

Aq f6 asrama. sekolah aq  ada f1 sampaila f6.. kirenye bukan skolah f6 semua. Tidak ye kawan2.

Mula2 16 org perempuan batch 00 duk asrama, yg f6 jer la.. At last, tahun ni..tinggal 8 ketul jerr.

Haa nak tahu sebb apa? sbb diorang tak sanggup dan tak tahan duduk asrama ni. Aq pulak tergolong antara budak 8 ketul takdi. Apelaa nasib.. suke tak suke aq redha. sebab rumah aq tu terlalu jauh drpd skolah tu.. lebih kurang 40 min laa..kalau tolak jem. Kene marah apa semua tu, mula2 rase down..tapi bila dah selalu kene marah tu, rasa cam kebal je.. hahaha.. * biasela kadang kita buat baik tu tak semua nampak, yg jahat nampak ajer. Hahahha.. jangan ikot cth kakak ni ye, adik2. Aq syorkan kalau yg skolah kat klang, lagi2 asrama,better takyah. Sebab menderita. Tapi kalau ko dh biasa takpe... boleh je.. Aq ni kire first time jugakla asrama selama Setahun setengah ni. Alhamdulillah masih bernafas.


SUBJEK AQ AMBIK

Subjek apa yg aq ambik? Haa subjek killer gak.


1.pengajian am

2.syariah

3.bahasa arab

4.sejarah


Actually ada 2 kelas je pilihan kat skolah tu, sama ada subjek mcm aq tu kelas 6 atas 1.

Satu lagi kelas 6 ats 2,

1. pengajian am

2.bahasa melayu

3. pengajian perniagaan

4. usuluddin


Kirenye kelas aq tu macam aliran ank ke arab2 gitu, sape2 nak sambung law bahagian syariah pon boleh tu. Aq tak tahu lagi nak sambung mane, tapi aq, tahun ni baru tercetusnya minat yg mendalam trhadap bhs arab terutama nahu & sorof. Kalau kelas ke 2 tu, bahagian perniagaan ke, bhgian sastera ke boleh la kot ambik. Sape2 nak tanye pasal dua2 kos ni boleh je tanya aq.. klau kelas basa arab tu boleh la sikit2, tapi klau kelas bm tu pulak, tanye je laa nnti aq tanyekan kawan aq yg drpd kelas bm tu jugak. Sbb aq bukanlah thu kesemuanya pasal ni.


Korang kalau yg baru masuk tu, org kata kt tahap sem 1 la, korang kene struggle tau. Sebab nnti takpayah ulang kalau korang habis sem 3 nnti. Untuk pengetahuan korang, zaman sekarang ni, setiap sem ko periksa. Sem 1 n sem 2, ko boleh ulang, sekiranya result ko tak berapa cantik. Tapi sem 3 pon kene buat betul2 jugak sebab sem 3 ni pulak tak de ulangan. Last, tahun 2015 tak silap ade buka ulangan utk sem 3 ni. Start 2016 sampaila sekarang dh takde ulangan. Mcam dulu2, stpm ni belajar 2 tahun ke 3 tahn tak ingatlaaa, akhir tahun yg ke 2 ke 3 ntah bru periksa.. Sekarang setiap sem periksa* nampak bape kali aq ulang tu. hahahaha. Lupa plak bgthu. Kita ade 3 sem jer. hihi.. Okey berbalik kepada kenapa aq suh korang struggle? sebab, korang kene pastikan dapat result 3.5 ke ats lepas dicampor ketiga2 sem. Insha Allah, senang la korang masuk u mana2 yg korang nak. Aq pon tak thu la result keseluruhan berapa. Kalau dapat 3.0 pon aq bersyukur. Tak tahu nak gambar kan susahnya untuk aq jalani hidup sampai ke hari ni.


suka duka bersama *DOLLAH BRAVO* geng aq


aq yg kiri sekali

aq tak tahu asal gambar ni senget!

kenangan dengan Belle n Teha, dr KTM Klang,teman diorang naik MRT
di KL SENTRAL

HI-TEA

gi makan Soul Garden,ioi puchong




haa ni la member aq dalam Dollah BRAVO

sebenarnya ramai je lagi. Ni je sempat utk hari ni. sori yg tak de.

Ehem**
Iklan sikit..aq nak cite sikit
debaran menanti result STP.. ajomm kite terrrjahhhh entri terbaru aq😂

👇👇👇👇👇
👆👆👆👆👆

Untuk pengetahuan,maaf selama setahun setengah ni jugak banyak gak tak buat entri pasal aq banyak bahagikan masa dengan family je..sbb biasela duduk asrama kan..jumaat ko balik rumah,lepas tu petang ahad ko dtg semula asrama..rase tak macamane aq rase..?? Aq rasa macam 24 jam je dapat luangkan masa ngan family..huhu..family aq adalah segalanya tau.😍

MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!

TAHUN2018

AKU BUKAN SIAPA2,AKU CUMA MANUSIA BIASA.



DALAM HIDUP KADANG KITA  DI ATAS,KADANG KITA DI BAWAH.

ITULAH NAMA KEHIDUPAN,NOKTAH KEHIDUPAN.

AKU SEKARANG,18 TAHUN.HAHAHA..LAMA X BERBLOG.BUSY MEMANJANG.
AQ MASUK TINGKATAN 6.SAPA2 NAK TANYA PASAL F6,BOLEH JE TANYA AKU.TAPI AKU CUMA MERASAI FORM 6 BAWAH LA.FORM 6 ATAS TAHUN DEPAN PULAK.2019.SEM 2 DAN SEM3,KATANYA SUSAH.FUHH.NASIB KAU LAH.

NAK TANYA SUSAH KE SENANG MASUK FORM 6 NI?DIK,KO MASUK MANE PON KO BELAJAR,PERKATAAN SUSAH SENTIASA ADA.MEMANG LUMRAH KITA LAH ADA MASALAH TU.TAPI AKU AKUI,FORM 6 MEMANG SUSAH.TAPI KORANG CUBA LAH MASUK.TAKKAN DENGAR SUSAH JE TAKNAK.MUNGKIN ADA KEAJAIBAN.START KO MASOK FORM 6,KO AKN MULA DRPD ZERO.SBB APA?SPM DAH TAK MAIN.SAPA PANDAI NASIB KAU LA.CONTOH EH,BUDAK YG 1A DALAM SPM PON BOLEH DAPAT 3 .0 KEATAS,MANAKALA,ADA JUGAK AQ TGOK BUDAK YANG 4A DLM SPM,TAKDELA SEPANDAI BUDAK 1A SPM.SUDAHLA.JANGAN BANDINGKAN LAGI.IA MENYAKITKAN KALAU DIFIKIRKAN.ARGHHHHH!



SUKA DENGAR NASIHAT BROTHER NI DARIPADA GROUP TELEGRAM NI.



Kredit FB Muhammad Zulhilmi Mohammad

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. 
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama. 
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. 
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. 
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. 
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. 
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga. 

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah. 
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan 
"eh nanti tua siapa nak jaga kau." 
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua? 

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting. 

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut

SO JANGAN MASALAH KO PALING BERAT.KO KENE INGAT ADE LAGI ORANG YANG MASALAH DIE LAGI BERAT DARIPADA KO 

Mohon share di group2 lain. Semoga bermanfaat.

MESEJ: JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW!


yeay merdeka sementare.. XD


Asalamualaikum semua..pe khabor?
ambe sihat..
baru habis menduduki pt3..
tapi result x dapat lagi...hehehhe..
pastu,gi kem plak..
seronok nyer...




~selesai sudah trial PT3~HARI INI~




alhamdulillah..habis sudah trial PT3 aq..
ade citer ni..



hari yg ade math kan..
boleyh pulak aq lupe nk bawak pencil box..terkejut giler oh..
rase nk nangis pon ade..
nasib baik nasib aq baik..
sbb time tuh..kawan aq baik,pinjamkan barang..
kalkulator plk,aq pinjam dgn bdk pompuan 1b..
sbb lupe nk bawak sbb kalut sangat kot pagi tu..
tengah buat revision sesikit.





harap x jadi lagi lpas ni.piis..cool jer. :)














~adik saye comel lo..my birthday is today~









saje nak share gamba..hahaha..






haaa..satu lagi ..hari ni 22/5 kan..yerr..hari ni hari jadi aq kott..
gembire nye bile kawan2 sudi nyanyi kan lagu happy birthday utk aq..x kan nk sedih plk kan??
hahaha.
alissa,thnks a lot because u give a gift n i like it.




today is my day..yiihaaa..  
22/5/2015



🌷Happy Blogwalking guys!🌷