Khamis, 8 Oktober 2020

Cara buat tajuk blog kita ada di carian Google menggunakan Google Search Console

 Assalammualaikum semua. Saya saja nak tunjuk cara bagaimana tajuk blog kita cepat ada di Google.Sebelum itu,saya nak bagitahu la kelebihan gunakan Google Search Console.

Antaranya :-

-selamat

-kita dapat tahu blog mana yang paling ramai orang singgah

-bila ada tajuk kita di Google,mugkin rezeki kita cepat untuk tambahkan pendapatan di Google Adsense.

"Mesti google Adsense ni pikir,bagus budak ni pilih jalan selamat,"

ini saya rasa laa..hehehe..tapi google adsense pon saya baru buat dan naiklah jugak dari $0.00 sehingga $0.16. Alhamdulillah,walaupun tak banyak tapi ada lah jugak peningkatan..hehehe..

Untuk pengetahuan korang,setiap kali post blog terbaru, terus ambik link dari blog dan paste je kat url di Google Search Console.

Korang jangan marah saya pulak sebab tak semestinya bila dah submit link kat Google Search Console tu hari tu terus tajuk blog korang ade kat Google.Tidak ye kawan. Ambik masa dalam 2-3 hari jugak tak pun seminggu lebih maybe untuk mereka terima request kita tu. So, paling penting BERSABAR. Bersabar adalah kunci Kejayaan. Al Sobru Minal Iman(Sabar separuh daripada Iman)


Sorry intro yang panjang sebab nak bagi faham.Kan main ikut tapi tak tahu function payah la pulak kan?

jom start!


Step 1:

  • tekan ni 👉👉GOOGLE SEARCH CONSOLE👈👈
  • tekan START
  • maaf saya tak berapa ingat,tapi rasanya dia suh masukkan e-mail yang kita guna untuk blog kita ya
  • Kemudian nanti akan keluar macam ni 👇
Sorry nampak kabur.Tapi masih boleh nampak kan?
lepas dah keluar macam tu, tekan atas belah kiri ikut anak panah warna merah tu.

Step 2:
- tekan ADD PROPERTY

Step 3:
- next, masukkan link blog korang, kalau korang ada domain sendiri,masukkan link belah kiri dan kalau korang tak de domain atau tak beli (cth: https............. . blogspot. com) masukkan link korang di sebelah kanan. settle eeeehhhh..
-lepas korang dah letak link semua,lepas dah settle apa yang dia mintak tu,korang akan nampak link blog korang di bahagian atas belah kiri macam saya punya. Ini maksudnya,blog korang selamat la nak buat apa-apa pon dengan Google Search Console ni.

Step 4:

Selepas itu,biarkan sebentar. Now, buka tab lain > buka blogger.com > Post

-Cari tajuk mana-mana tajuk yang korang nak supaya tajuk tu ada di carian Google. Kalau saya,saya buat semua. Hahahaa..tapi kali ni korang try la satu dulu.
-Tekan tajuk post yang awak nak dan sebelah kiri dalam post tu cari perkataan PERMALINK. scroll scroll lah ke bawah.Jap bagi ss takut tak faham ye.



Lepas  dah jumpa PERMALINK,tekan permalink dan kat bawah tu dah ada dah link blog kita untuk tajuk tu,copy dulu. 

-Next, bukan tab yang Google Search Console tu,pastekan link tadi dalam kotak search URL seperti gambar di bawah ye. Tekan je ENTER lepas dah paste.
Step 5:
-Lepas tekan Enter, akan keluar macam ni kan?👇👇👇👇
Okayh,yang saya garis merah tu,link awak paste tadi. Next,tekan REQUEST INDEXING


haaa,korang tunggu laa die indeks tak lama pon dalam 1-2 minit la paling kurang.Sampai dia keluar macam gambar kat bawah ni..👇
\
Tekan GOT IT. Siap!


Nanti gambar nya macam ni balik btw jangan risau yang penting korang dah buat step atas takdi kan?So tunggu la dalam 2-3hari ke..
Okayh nak tahu request kita dah accept ke belum kan, cek balik dengan copy link yang di permalink tu paste kan kat dalam kotak search URL di Google Search Console keyh..
ini contoh dia dah terima dan tajuk blog yang kita dah daftar hari tu Insya Allah ada di Google tapi bawah bawah lagi. Nanti lama-lama tajuk tu akan naik sendiri. Nanti lepas dah approved hijau macam tu,try search kat Google tajuk blog korang.

Selamat Mencuba

Faham ke tak faham komen aja di bawah keyhh!

16 ulasan:

  1. hah!! memang akak gunakan kaedah macam ni..cepat sikit google baca link blog kita..

    BalasPadam
  2. jadi bloggers ni, kena tau semua benda kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah..tapi slow slow untuk nak upgrade tahu sesuatu perkara🤗

      Padam
  3. betul..lagi lagi yang baru buat blog, at least dengan cara ni,dapat menambahkan semangat yang berkobar-kobar untuk menjadi seorang blogger yg bepengetahuan..agitchuwwww😂 Insya Allah,semua bakal bakal blogger yang hebat-hebat.Majulah wahai anak muda.

    BalasPadam
  4. Selalu ingatan google yang letak dalam senarai carian.
    Apapun pengetahuan baru untuk saya.

    BalasPadam
  5. thank youu.. info yang berguna untuk newbies macam saya

    BalasPadam
  6. Saya dah cuba buat tapi tak keluar plak part 'Request Indexing' tu. Macam mana ye? Bila check balik masih lagi URL is not on Google. Harap dapat bantu. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm, URL is not on Google? Entri sis tu dah published ke?

      Padam
  7. Balasan
    1. sama2.. tpi saya lama dah tak guna bende ni baru nak godek semula

      Padam