Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

Cara tukar gambar favicon cute miut

Hai Assalammualaikum semua..saja je buat entri petang ni tentang bagaimana cara nak tukar favicon icon di blog? cari punya cari dan adjust punya adjust dapatlah..hahahaha.. ni contoh dia :- Senang je rupanya cara dia.. Jom ikut step ni. 1. Buka Dashboard, klik Setting 2. Kemudian,cari dan klik perkataan 'FAVICON' 3. Haaaaa...sebelum tu pastikan  SAVE IMAGE gambar gambar cute pilihan korang kat bahagian bawah tu..Next, klik 'choose file' pilih gambar yang awak save tu then klik SAVE.. Siap!! ❤❤❤ ❤❤❤ * untuk pengetahuan korang,boleh je cari gambar lain pastikan saiz die tidak lebih 100 kb dan saiz dia dalam 800x800px atau 500x500 px.. hehehee okay bye bye semoga berjaya. berjaya ke tak berjaya boleh komen kat bawah ni ye.

Giveaway Never Grow Up

Hai Assalammualaikum semua,hari ni nak join giveaway bro Safirul Amar ...  jom sama2 kita support video Never Grow Up.. Caranya senang je..like dan subscribe channel diorang.Then,cari video diorang yang mana korang rasa kelakar dekat youtube diorang dan explain scr ringkas.Gitchuwww.. Apa pon,boleh klik banner dibawah ye. Hadiahnya pun lumayan..Siapa yang taknak..kikiki..boleh la support time time Mco ni kan? apa pon good luck semua. Saya pilih video diorang pasal 'Budu Challenge' ye..saya pilih video ni sebab memandangkan saya pon orang Pantai Timur,takleh lari dari budu dengan ulam..Tapi,challenge ni mengejutkan saya bila Fem sekali minum dah separuh. Fuhh..ada la jugak part2 yang lawak hahaha pecah perut tengok dua orang ni. Semoga channel Never Grow Up terus berjaya dan maju, insya Allah. tarikh tutup :12 Disember 2020

SEGMEN : Pencarian Bloglist By Izatie Salim

Hai assalamualaikum semua,hari ni aq nak join 'Pencarian bloglist by Izzatie Salim'..jom semua kita join.. tarikh tutup: 31 Disember 2020 klik sahaja banner di atas!!!

Tart blueberry cheese so yummy tart telur mu tunggu aku datang!!

 H ai assalamualaikum semua, semalam kan,cik ani (a.k.a jiran depan rumah) buat tart cheese blueberry. Perghh.. Lepastu die bagi kitorang rase sikit..Ya Allah..semua serbu tart Cik ani..sampai tak sempat nak snap gambar..betapa jadinya cik ani buat.Dia kata tu first time die buat...Lepas aq rasa tu..memang sedap giler sebab die tak terlalu manis ..sedang sedang gitu je..memang sedap.Mak aq pulak die nak rasa tart telur..bila aq cari resepi rasenya tak susah nak buat.. Tapi cuba la dulu kan. Aq pon x de laa expert mana. Boleh la buat setakat nak makan sekeluarga..hahahahhaa. Insya Allah kalau ade rezeki dan masa yang terluang time Mco ni,aq akan cuba buat dengan adik2 aq.Kikikiki. #Lari topik sikit...time Mco ni la,banyak bende dalam rumah aq nak rosak contohnya,mesin basuh,aircond kereta,dapur gas. Ommo..doakan saya dipermudahkan urusan selalu. byeee got to go hihiks.

saja saja by rasyidahsheresimpleblog

  Assalammualaikum hai. saja nak cerita..bosan bosan ni. Hari ke berapa entah berkurung dalam rumah..kikiki..bosan bosan juga,sekang ni aq tengah midsem..minggu depan ujian Tilawah(tpt)..bulan depan pulak start exam online..fiuhhh..jangan tanya aq dah bersedia ke belum. Aq sekarang ni exam untuk Celpad. Aq ambik subjek Arab sekarang ni. Selagi aq tak lepas exam Arab (Apt) ni,aq x leh start kuliyyah aq yang sepatutnya aq  sekarang ni belajar dalam kos Bahasa Arab dan kesusasteraan.So aq extend laa satu sem di Uia ni ye.Huhu sadis jugak.  Tapi ape pon,satu benda yg aq belajar kt sini..extend satu sem pon ok je...sebab aq dapat kukuhkan lagi arab aq cuma sekarang ni aq kena banyak fokus sebab banyak betul halangan yang perlu aq tempuh pada tahun ini.Namun,aq perlu hadap dan tak boleh aq berpatah balik. okayh bye.❤️ sampai disini sahaja coretan saya kali ini.Nanti ade masa lagi saya post entri lagi.Kikikiki.

Giveaway by ejulz & radhia

 Assalammualaikum korang..rasa belum terlambat untuk saya menyertai giveaway ni.Jom yang belum join kita join ye.Klik sahaja banner di bawah ye. mudah je. sesiapa yang join boleh comment di bawah kikiki bolehla merantau di blog korang nanti ye. Tarikh tamat:25 November 2020

Lirik Lagu At My Worst by Pink Sweats (rasyidahshereblog)

Guys, aq tak tahula kenapa aq tertarik dengan lagu ni. Tapi lagu ni enjoy ngan fun la bila aq dengar.  Tapi kan korang aq lebih suka dengar "cover by Nonoy" cuba tengok utube. Tak tahula bagi aq suara die begitu unik. # UNTUK TATAPAN AQ  Can I call you baby? Can you be my friend? Can you be my lover up until the very end? Let me show you love, oh, no pretend Stick by my side even when the world is caving in (yeah) Oh, oh, oh, don't Don't you worry I'll be there, whenever you want me I need somebody who can love me at my worst Know I'm not perfect but I hope you see my worth 'Cause it's only you, nobody new, I put you first And for you, girl, I swear I'd do the worst Ooh, ooh-ooh Ooh, ooh, ooh, ooh-ooh-ooh If you stay forever, let me hold your hand I can fill those places in your heart no else can Let me show you love, oh, not pretend (yeah) I'll be right here, baby, you know it's sink or swim Oh, oh, oh, don't Don't you worry I'